OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan konsep-konsep pengurusan sumber manusia,
pengurusan strategik dan pengurusan sumber manusia strategik.
2. Menerangkan tentang proses pengurusan strategik.
3. Menghuraikan perkaitan di antara pengurusan strategik dengan
pengurusan sumber manusia strategik.
4. Membincangkan tentang peranan-peranan sumber manusia di
dalam pengurusan sumber manusia strategik.
5. Mengenal pasti kecekapan-kecekapan yang diperlukan di dalam
pengurusan sumber manusia strategik.
2.1
PENGENALAN
Seperti yang telah kita pelajari, salah satu peranan pengurusan sumber
manusia adalah untuk memastikan organisasi mempunyai sumber
manusia yang cukup bilangannya, cekap dan berkeupayaan membantu
organisasi mencapai matlamat-matlamatnya. Kita juga telah
membincangkan tentang kepentingan-kepentingan dan proses
pengurusan sumber manusia di dalam bab yang lepas.
Di dalam pelajaran ini pula, kita akan membincangkan bagaimanakah
pengurusan sumber manusia yang berkesan dapat membantu organisasi
untuk mencapai matlamat-matlamat strategik serta meningkatkan
kelebihan daya saingnya. Seterusnya, kita juga akan cuba untuk mengenal
pasti kecekapan-kecekapan yang diperlukan oleh sumber manusia bagi
melaksanakan peranan-peranan strategik yang telah ditugaskan di dalam
sesebuah organisasi untuk membantu merealisasikan matlamatmatlamatnya.
2.2
Sebelum kita mulakan perbincangan, saya rasa lebih baik kita cuba
memahami konsep pengurusan sumber manusia strategik ini terlebih
27
dahulu. Jika di dalam pelajaran yang lepas kita telah pun membincangkan
tentang konsep dan proses pengurusan sumber manusia, di dalam
pelajaran ini pula kita akan cuba mengaitkan konsep tersebut dengan
pengurusan strategik sesebuah organisasi. Penekanan dan tumpuan yang
diberikan terhadap kepentingan pengurusan sumber manusia inilah yang
akan membawa kita kepada pengurusan sumber manusia strategik.
Seperti yang telah kita pelajari dalam Bab 1, pengurusan sumber manusia
bolehlah dirujuk sebagai polisi-polisi dan sistem-sistem yang diamalkan
bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang cekap dan berkesan
untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi. Ia melibatkan pelbagai
aktiviti penstafan seperti perancangan, perekrutan, pemilihan,
pengambilan dan pembangunan sumber manusia untuk memastikan
organisasi mempunyai tenaga kerja yang layak dan sesuai untuk
menjalankan pelbagai tugas dan kerja yang diperlukan. Kita akan
mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang setiap aktiviti pengurusan
sumber manusia di dalam pelajaran-pelajaran yang seterusnya.
Cuba anda bayangkan sebuah organisasi yang tidak
mempunyai pekerja. Apa yang akan terjadi kepada
organisasi tersebut? Apa pula yang akan terjadi jika
organisasi mempunyai pekerja yang tidak mencukupi
atau yang tidak berkelayakan?
Seperti yang telah kita bincangkan di dalam pelajaran yang lepas, sumber
manusia memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan dan
pengendalian sesebuah organisasi. Tanpa tenaga kerja yang mencukupi,
organisasi tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Sungguhpun
begitu, kita perlulah ingat bahawa mempunyai tenaga kerja sahaja belum
cukup untuk mencapai matlamat organisasi. Tenaga kerja yang ada di
dalam organisasi tersebut perlulah mempunyai jenis serta tahap
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang tertentu bagi memastikan
mereka dapat menjalankan tugas dan kerja yang diberikan dengan cekap
dan berkesan.
Baiklah, setakat ini saya rasa kita telah pun memahami konsep
pengurusan sumber manusia. Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan
pengurusan sumber manusia strategik? Sebelum kita terus kepada konsep
tersebut, eloklah kita bincangkan dahulu konsep pengurusan strategik.
Secara ringkasnya, ia bolehlah dilihat sebagai satu usaha organisasi yang
terancang yang melibatkan penggunaan dan pembahagian sumbersumber, termasuklah sumber manusia untuk merealisasikan matlamatmatlamatnya. Pengurusan strategik ialah satu proses yang memerlukan
organisasi mempelbagaikan langkah-langkah perancangan, penyusunan,
28
(viii)
strategi fokus pula ialah strategi yang digunakan oleh organisasi yang
ingin meningkatkan kelebihan daya saingnya, sama ada dalam aspek kos
atau pembezaan, dalam industri yang disertainya.
SOALAN DALAM TEKS 2.1
1.
2.
2.3
DEFINISI
PENGURUSAN
STRATEGIK
SUMBER
MANUSIA
1.
2.
2.4
Rajah 2.1
Hubung Kait antara Pengurusan Strategik dengan Pengurusan Sumber
Manusia Strategik
Melaksanakan Strategi
Membangunkan Strategi
PENGURUSAN STRATEGIK
Matlamat-Matlamat
Organisasi
Pelaksanaan Strategi
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Analisis Persekitaran
Strategi-Strategi
Amalan/Sistem
Keupayaan
Sumber
Manusia
Penilaian Strategi
Sumber:
2.5
Tingkah Laku/
Gelagat
Sumber Manusia
Prestasi Organisasi
Noe et al. (1997). Human resource management and competitive advantage (2nd
ed.). Chicago: Irwin.
PERANAN
SUMBER
MANUSIA
DALAM
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA STRATEGIK
Pengurusan strategik melibatkan proses mengenal pasti matlamatmatlamat organisasi dan tindakan yang perlu diambil untuk berjaya.
Strategi-strategi perniagaan yang dirancang akan mempengaruhi aktivitiaktiviti sumber manusia di dalam organisasi tersebut. Keupayaan dan
pengurusan sumber manusia yang bertepatan dengan matlamat-matlamat
organisasi tersebut akan dapat mempengaruhi kejayaan pelaksanaan
strategi-strategi yang telah disusun.
Kecekapan pengurus sumber manusia adalah salah satu faktor utama
yang dapat mempengaruhi pengurusan sumber manusia strategik.
Pengurus sumber manusia perlu faham tentang keperluan organisasi dan
juga pekerja secara individu agar dapat merangka aktiviti-aktiviti atau
program-program sumber manusia yang sejajar dengan matlamatmatlamat organisasi.
Kecekapan pengurus sumber manusia adalah salah satu faktor utama
yang dapat mempengaruhi pengurusan sumber manusia strategik
(Schuler, 1992). Pengurus sumber manusia perlu faham tentang
keperluan organisasi dan juga pekerja secara individu agar dapat
merangka aktiviti-aktiviti atau program-program sumber manusia yang
dapat menghubungkannya dengan matlamat-matlamat organisasi.
SOALAN DALAM TEKS 2.4
1.
2.
3.
4.
RUMUSAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
38
9.
39