Anda di halaman 1dari 4

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman


pasukan masing-masing.
7.1.

Kawad Asas:
a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah
seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya menghadap ke hadapan,
kanan....pusing.
Ketua platun dan platunnya akan mengadap kehadapan bersamasama.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, buka, barisan......gerak.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, ke kanan....lurus.
Selepas hukuman diberi, Ketua platun akan berpusing mengadap
platunnya.
Pandang......depan.
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap
untuk diuji, tuan.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib
melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: bergerak ke kiri,
kiri.....pusing.
ii.
Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: bergerak ke kanan,
belakang pusing
iii.
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
menghadap ke belakang, kanan....pusing
iv.
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : menghadap ke
hadapan, ke belakang pusing .
g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa
hukumannya, tutup barisan.......gerak.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri......pusing.
j. Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila
membelok, beri hukuman kiri belok.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah
platun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan
pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman
menghadap ke hadapan, kanan....pusing diberikan.
Platun akan
perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i. buka barisan (dalam perlahan jalan)

ii. pandang...kanan (dalam perlahan jalan)


iii. pandang...depan. (dalam perlahan jalan)
iv. tutup, barisan. (dalam perlahan jalan)
n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri,
kiri.....pusing diberikan.
o. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad
berada antara kon C dan kon D.
p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan
dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi
kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut
urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.
ii. Hormat
ke
hadapan.
Bahasa
hukuman:
Hormat
ke
hadapan....hormat.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah,
maju.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima
sijil, hormat ke hadapan.......hormat.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman:
Bergerak ke kanan, belakang....pusing.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat,
cepat jalan.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri,
belakang....pusing.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Menghadap ke
belakang, kiri......pusing.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Menghadap ke hadapan,
belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.
xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap,
dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama
skuad ketika mara mengadap)
q. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa;
kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke
arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara
kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad
dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar
sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja
berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun

akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama


platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak
dibenarkan membawa alatan.
7.2.

Pergerakan Membentuk Formasi


a. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan
pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon
akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi
seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut
kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
c. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat.
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang
tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih
sebagai ketua platun terbaik.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi
yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
f.
Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3
barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan
litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad
formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah
pergerakan kawad.

7.3. Melapor Keluar


Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor
keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM /
Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan
8.

PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :
Semasa Kawad Asas
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan

Pergerakan cepat jalan tidak 128 135 seminit


Anggota jatuh ( pengsan / pitam )
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )
Terlanggar kun
Tidak mengikut urutan
Pergerakan yang bukan ditetapkan

Markah
Penalti
10
5
3
1
5
3
5
5

Maksimum
ditolak
sekali
3 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Semasa Kawad Formasi


Bil
Jenis Kesalahan
1
2
3
4
5
6
7

Gerakan bukan kawad


Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )
Mengeluarkan arahan / isyarat
Perlakuan / aksi kurang sopan
Menggunakan peralatan tambahan
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya

Ketua Platun
Bil

Jenis Kesalahan

Markah
Penalti
5
5
5
5
5
3
1

Maksimum
ditolak
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Markah
Maksimum
Penalti
ditolak
1
Bergerak bersama pasukan
15
sekali
2
Memberi hukuman kawad di luar litar
10
sekali
3
Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam )
10
sekali
4
Melapor di luar litar kawad
5
2 kali
5
Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya
3
5 kali
6
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
1
5 kali
7
Tidak mengikut urutan
5
5 kali
8
Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan
5
5 kali
Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad
pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya
dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

Anda mungkin juga menyukai