Anda di halaman 1dari 2

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-
masing.

7.1 Kawad Asas


a) Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan
3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128 -135 langkah
seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.
b) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap kehadapan
kanan…pusing”.
c) Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka barisan….gerak”.
d) Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ ke kanan….. lurus”.
“Pandang…..depan”.
e) Melapor. Ketua Platun melapor kepada kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan
buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “ Assalamualaikum
/ Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan (……………) siap untuk diuji, tuan ”.
f) Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib
melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri,
kiri…..pusing.
ii) Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan,
belakang pusing.
iii) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke
belakang, kanan……pusing”
iv) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “ menghadap ke
hadapan, ke belakang pusing”.
g) Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas kawad asas. Bahasa
hukumannya, “tutup barisan……….gerak”.
h) Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan di beri.
i) Hukuman bergerak ke kanan di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan…..pusing”.
j) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ diberikan
Bahasa Hukuman adalah :’’dari kiri .. cepat jalan’’
k) Hukuman berhenti di hujung garisan
Bahasa Hukuman :’’Skuad.. henti’’
l) Pergerakan ‘ke kiri pusing dari kedudukan berhenti’
Bahasa Hukuman :’’bergerak ke kiri.. belakang pusing’’
m) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ diberikan
Bahasa Hukuman adalah :’’dari kiri .. cepat jalan’’
i) Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan…hormat
ii) Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
hadapan….hormat”.
iii) Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar
langkah, maju”.
iv) Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku
terima sijil, hormat ke hadapan…..hormat”.
v) Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
perlahan, perlahan…jalan”.
vi) Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman:
“Bergerak ke kanan, belakang…….pusing”.
vii) Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
cepat, cepat jalan”.
viii) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang…..
pusing”.
ix) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke
belakang, kiri……pusing”.
x) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke
hadapan, belakang……pusing”. (tiada hukuman henti dan ke
kanan lurus)
xi) Hentak kaki. Bahasa hukuman: “Hentak kaki”.
xii) Henti. Bahasa hukuman: “Skuad…..henti”.
xiii) Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap,
dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama
skuad ketika mara mengadap)
q) Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).

7.2 Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad. Bahasa melapor keluar ialah
“Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan. (………………..) telah selesai diuji. Mohon kebenaran
menjalankan tugas seterusnya, tuan”.

Peringatan :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman
Ketua Platun sahaja.(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan,
kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan
mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah
antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa
kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar
sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja
berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun
akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

Anda mungkin juga menyukai