Anda di halaman 1dari 8

KESATRIA KEMBARA

BAHAGIAN 1

“ASAS KAWAD KAKI”


Apa Itu Kawad Kaki?
Kawat kaki adlah merupakan sesuatu pergerakan yang serentak, berirama dan selalunya
dikaitkan dengan badan beruniform.

Sejarah Kawad Kaki.


Sejarah kawad kaki bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di
Tanah Melayu pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan
tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh
kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera lnggeris di
Pulau Pinang pada tahun-tahun 1900 an dan di Singapura pada tahun-tahun 1800 an juga dilihat
sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera lnggeris pada
masa itu sebahagian besarnya adalah tentera-tentera upahan dari India, namun corak dan cara
disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada
tuannya. Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan
Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, Pasukan Laut dan udara serta pasukan
uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red Cross), St John
Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini. Pertandingan
kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkan
kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagai identiti pasukan.
Tujuan Kawad Kaki.

i. Untuk membentuk sesorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
( menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut).
ii. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
iii. Berkawad adalah asas untuk perpaduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas
dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang
diperbaiki berkali-kali.
iv. Membentuk jati diri pelajar melalui semangat keyakinan yang tinggi dalam diri
seorang pelajar agar pelajar berani melakukan atau menonjolkan diri dalam
melakukan sesuatu perkara.
v. Membentuk sahsiah rupa diri melalui cara pemakaian, sikap dan personaliti diri.
vi. Mendisiplinkan diri pelajar
BAHASA HUKUMAN KAWAD.

Arahan Bahasa Hukuman

i. Sedia Baris ……… sedia


ii. Buka barisan Buka barisan…..gerak
iii. Senang diri Baris………. Senang diri
iv. Ke kanan lurus Ke kanan…….. lurus
v. Bergerak ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kanan……pusing
vi. Bergerak ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri ……… pusing
vii. Berjalan Dari kiri atau kanan …….. cepat jalan
viii. Berhenti semasa cepat jalan Baris …….. henti
ix. Menghadap ke hadapan Baris akan menghadap kehadapan……ke belakang
pusing
x. Menghadap ke belakang Baris akan menghadap ke belakang…..ke belakang
pusing
xi. Hormat Hormat …..hormat kehadapan…… hormat.
xii. Hormat selaku terima sijil Hormat…...hormat selaku terima sijil… hormat
xiii. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan……. Tukar langkah
xiv. Menghadap kebelakang semasa Baris akan menghadap kebelakang, ke kanan atau
cepat berjalan kekiri pusing.
Kawad kaki static.
1. Sedia

 Bahasa Hukuman : “ Baris … Baris sedia. ”


 Kedudukan tangan dan kaki sentiasa lurus dan rapat ke badan.
 Kedudukan kepala dan badan sentiasa tegak, mata terbuka dan memandang lurus
kehadapan ( Jarak yang disyorkan ialah 200 meter kehadapan ).

2. Senang Diri

 Bahasa Hukuman : “ Senang … diri ”.


 Kedudukan kaki kanan sentiasa kekal diam dan kaki kiri diangkat setinggi paras
pinggang atau sehingga 90 darjah dan hentak kebumi.
 Kedudukan kaki juga tidak boleh rapat.
 Dalam waktu yang sama, tangan akan berada di belakang punggung.

3. Rehatkan Diri

 Bahasa Hukuman :“ Rehatkan.…diri ”


 Rehatkan diri biasanya dilakukan selepas senang diri.
 Bagi kedudukan tangan, lengan perlu dibengkokkan dan dibawa ke paras
pinggang secara perlahan (kiraan masa 1,2,3 rehat).
4. Meluruskan Barisan

 Bahasa Hukuman :“ Kekanan … lurus ”.


 Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan
barisan belakang hendaklah mengangkat tangan separas dengan bahu sendiri.
 Anggota yang lain hendaklah mengangkat tangan kearah penanda kanan separas
dengan bahu sendiri dan diam.
 Apabila mendapat bahasa hukuman ( “ Pandang … Hadapan ” ), semua anggota
hendaklah memandang hadapan dan turunkan tangan kesisi dengan pantas.

5. Buka danTutup Barisan

 Bahasa Hukuman :“ Buka barisan … gerak ”.


 Barisan hadapan akan mengambil dua langkah kehadapan dan menghentak kaki
kiri.
 Barisan belakang akan mengambil dua langkah kebelakang dan menghentak kaki
kiri.
 Bahasa Hukuman :“ Tutupb arisan … gerak ”.
 Barisan hadapan akan melangkah dua langkah kebelakang dan barisan belakang
akan melangkah dua langkah kehadapan.

6. Nombor dan Nyatakan


 Bahasa Hukuman :“ Dari kanan … nombor ”.
 Barisan hadapan sahaja yang akan mengira dan menyebut nombor dengan pantas
dari kanan kekiri.
7. Berpusing dan Berpusing Separuh

 Berpusing.
o Bahasa Hukuman : “ Bergerak kekanan, kekanan … pusing ”.
o Semua anggota hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah kekanan, di atas
tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri.
o Tangan dan badan hendaklah kekal dalam keadaan sedia.
o Kemudian hentak kaki kanan.

o Bahasa Hukuman :“ Bergerak kekiri, kekiri … pusing ”.


o Semua anggota hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah kekiri, di atas
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri
dan tumit kaki kanan.
o Kemudian hentak kaki kiri.

 Berpusing Separuh.
o Bahasa Hukuman :“ Bergerak kekanan,
separuh kanan … pusing ”
o Bahasa Hukuman : “ Bergerak kekiri, separuh kiri … pusing ”.
o Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/ kiri tetapi separu kanan/kiri
sahaja (45 darjah).

Anda mungkin juga menyukai