Anda di halaman 1dari 2

6.

4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah)
ketua hakim dengan kelajuan 128 - 135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih
atau kurang daripada yang ditetapkan tersebut akan dikenakan penalti
markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke


hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c) Jadikan dua barisan (Hukuman: Jadikan, dua...barisan)

d) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

e) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

f) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk
diuji, tuan)

g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada


pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
V) Tutup barisan...gerak.
vi) Jadikan tiga....barisan.
vii) Ke kanan....lurus. Pandang....depan.

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok


hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D


dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama
dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila
anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan
barisan melintang melintasi para hakim.
k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri
pusing” diberikan.

m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada
antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti
dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai
(Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ).


(Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan ).

p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan /
kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

Anda mungkin juga menyukai