Anda di halaman 1dari 6

PT3 2019

PENTAKSIRAN
TINGKATAN 1
UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN 1 MAC
02

ARAHAN :
1. Buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.
2. Tulis nama dan tingkatan pada ruangan yang
disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruangan
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
BAHASA MELAYU

Kegunaan Pemeriksa
Soalan Markah Penuh Markah
Diperoleh

Jumlah

Nama Pelajar :

Tingkatan :
Soalan 1 – 10
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1. “Tunas ini diambil __________ bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.
A. di C. dari
B. pada D. daripada

2. ______ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah malakukan beberapa kesilapan ketika
menyebut nama-nama pemenang.
A. Juru acara C. Juru ulas
B. Juru hebah D. Juru bahasa

3. Cikgu Zawiyah _____________ bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke


Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja.
A. mengira C. mengehadkan
B. menghadkan D. menganggar

4. Semenjak demam, bayi itu asyik ____________ dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
A. meratap C. merungut
B. meracau D. merengek

5. Jadual kegiatan yang ketat dan __________________ telah menyebabkan pekerja kilang itu
terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.
A. padat C. penuh
B. suntuk D. sendat

6. Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam gaung itu menemui
_________ kerana jurang sangat dalam.
A. jalan mati C. jalan buntu
B. jalan belakang D. jalan pintas

7. Orang ramai yang tinggal sekitar Bandar Segamat _______________ ke pejabat kami untuk
mendapatkan borang membeli rumah.
A. bararak-arak C. berpusu-pusu
B. berasak-asak D. bertalu-talu

8. Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
A. memasak C. merebus
B. menjerang D. mengukur

9. Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG ____ sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
A. dimansuhkan C. diberhentikan
B. dibubarkan D. ditangguhkan
10. Pegawai yang bertugas di ibu pejabat ayah itu _____________ dengan senyuman.
A. banyak C. murah
B. mewah D. subur

Soalan 11 – 20
Bahagaian yang bergaris dalam ayat-ayat yag berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

11. Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana
taklimat akan dimulakan.
A. masukkan ke dalam dewan sekarang
B. masuk ke dalam dewan sekarang
C. masuki dewan sekarang
D. masuk dewan sekarang

12. Masjid Sultan Ibrahim terletak di antara stesen bas dan taman perumahan.
A. di antara stesen bas dengan taman perumahan
B. antara stesen bas dengan taman perumahan
C. antara stesen bas dan taman perumahan
D. di atara stesen bas dan taman perumahan

13. Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi
permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.
A. membeli setandan pisang mengkal
B. membeli setandan pisang mongel
C. membeli setandan pisang mekar
D. membeli setandan pisang masak

14. Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam sesuatu
kejohanan.
A. banyak ahli sukan ahli sukan negara
B. banyak ahli sukan negara
C. banyak ahli-ahli sukan-sukan negara
D. banyak ahli-ahli sukan negara

15. Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh anggota
badan.
A. susah yang sangat
B. kesusahan yang amat tersangat
C. susah yag tersangat
D. kesusahan yang teramat sangat
16. Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
A. di dalam bidang akademik dan kokurikulum
B. di bidang akademik dan kokurikulum
C. pada bidang akademik dan kokurikulum
D. dalam bidang akademik dan kokurikulum

17. Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur.
A. bertanya saya
B. tertanya-tanya kepada saya
C. bertanya kepada saya
D. bertanyakan kepada saya

18. Pegawai Daerah itu sedang berucap di hadapan segelintir orang penduduk kampung yang
rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin.
A. segelintir-segelintir penduduk kampung
B. segelintir penduduk kampung
C. segelintir penduduk-penduduk kampung
D. segelintir orang penduduk kampung

19. Aktiviti melukis memang menjadi kegemaran saya sejak daripada zaman kanak-kanak lagi.
A. kegemaran saya sejak kecil
B. kegemaran saya semenjak kecil
C. kegemaran saya sejak
D. kegemaran saya sejak daripada

20. Majalah usahawan melaporkan bahawa fabrik batik pembuatan Malaysia telah diterima di
pasaran antarabangsa.
A. fabrik batik buatan Malaysia
B. fabrik batik dibuat Malaysia
C. fabrik batik diperbuat Malaysia
D. fabrik batik pembuatan Malaysia

Soalan 21 – 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

21. “Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar
tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,” kata Encik Abu kepada anaknya.
Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa _______________.
A. menangguk di air jernih
B. sebelum ajal berpantang mati
C. sudah terhantuk baru terngadah
D. menarik rambut di dalam tepung
22. Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia
langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan ______________.
A. rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
B. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
C. orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya
D. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

23. Hati Hartini _________ apabila mendengar tunangnya curang.


A. seperti ikan kena tuba
B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. seperti emas baru disepuh
D. seperti kaca terhempas ke batu

24. Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi terpaksa _______ untuk menjawab semua
soalan dalam peperiksaan akhir tahun.
A. memasang telinga
B. memerah otak
C. bulat kata
D. buka mulut

25. Cikgu Amin sentiasa merungut tulisan Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini
bertepatan dengan _______.
A. halus seperti kuman C. jernih seperti cermin
B. kurus seperti lidi D. lambat seperti kura-kura

26. Pilih jawapan yang betul.


A. serkap jarang – menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih
B. telinga nipis – orang yang penyabar
C. paku belanda – harga yang tidak boleh diubah-ubah
D. makan angkat – orang yang tidak suka akan pujian

27. Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?


A. berkata benar
B. mendengar arahan
C. suka mengarah
D. tidak berani membantah

28. Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina orang. Keadaan ini dikatakan
__________.
A. takut akan bayang-bayang sendiri
B. alah bisa tegal biasa
C. sudah terhantuk baru terngadah
D. menanti kucing bertanduk
29. Idris berasagembira kerana dapat bali semula ke kampung setelah 15 tahun merantau di
luar negara. Keadaan ini diibaratkan ________.
A. sirih pulang ke gagang
B. isi dengan kuku
C. hujan jatuh ke pasir
D. tikus jatuh ke beras

30. “Saya akan melupakan segala perbalahan yang lalu demi semangat kejiranan,” kata Amin
kepada Mustafa. Amala ini dikatakan _______.
A. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B. di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
C. buang yang keruh ambil yang jernih
D. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Jawapan :
1 11 21
2 12 22
3 13 23
4 14 24
5 15 25
6 16 26
7 17 27
8 18 28
9 19 29
10 20 30

30

Anda mungkin juga menyukai