Anda di halaman 1dari 6

PDPR BM TING 3 2021

NAMA GURU :
NAMA PELAJAR :
SUBJEK : BAHASA MELAYU KELAS : TING1

TOPIK : TATABAHASA – AYAT AKTIF AYAT PASIF PELAJARAN :

SUBTOPIK : TARIKH : 25 MEI 2021

HARI/MASA : SELASA 8-10 PAGI

AYAT AKTIF
Ayat aktif boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu;
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif

(a) Ayat aktif transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif. Ayat aktif ini
mengandungi predikat yang terdiri daripada satu objek dan dua objek.

Ayat aktif transitif dengan satu objek


Subjek Predikat
Kata kerja transitif Objek
1 Johan melukis gambar pemandangan.
2 Encik Aziz menyambut tetamu.
3 Pemandu itu memandu kereta tuannya.
4 Pelajar itu makan mi goreng.
5 Ayahnya mencuci lantai.

Ayat aktif transitif dengan dua objek


Subjek Predikat
Kata kerja transitif Objek 1 Objek 2
1 Ayah membelikan saya kasut kulit.
2 Abang membasuhkan adiknya pakaian.
3 Puan Mariah memasakkan anaknya nasi lemak.
4 Azizan membawakan kawannya buah tangan.
5 Kamil menuliskan kami sepucuk surat.

(b) Ayat aktif tak transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif.

Contoh ayat
1 Ramzul ________________ sambil bersiul-siul di tepi jalan itu.
2 Kamal ______________ di sisi ibunya.

1
3 Halim ________________ sekuat hatinya.
4 Buah nangka itu sudah _______________.
5 Harun _______________ di belakang rumah.

AYAT PASIF
Ayat pasif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu;
(a) Ayat pasif dengan kata kerja pasif berimbuhan di- dan teR-.
(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama, kedua, dan ketiga.
(c) Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena.

(a) Ayat pasif dengan kata kerja pasif berimbuhan di- dan ter-
Contoh ayat
1 Buah anggur itu __________________ oleh Adib.
2 Kertas ini ________________ oleh adik.
3 Pokok durian itu _______________ oleh ayah saya.
4 Batu itu _________________ olehnya.
5 Tidak ________________ oleh Kasman kotak yang berat itu.

(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama


Contoh ayat
1 Wang ini akan _____________ simpan di dalam tabung.
2 Masalah ini perlu ___________ bincangkan sebentar lagi.
3 Buku itu telah ____________ simpan di dalam almari.
4 Lantai ini akan ____________ sapu sebentar lagi.
5 Nasihat orang tua harus _____________ patuhi.

(c) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua


Contoh ayat
1 Poskad itu ____________ kirimkan kepada siapa?
2 Pemandangan ini hendaklah _____________ lukis.
3 Projek ini mesti ____________ siapkan sekarang.
4 Barang kemas ini ___________ simpan di rumah.
5 Masalah kemiskinan penduduk perlu ___________ atasi sekarang.

(d) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga


Contoh ayat
1 Bayi itu didukung oleh ibu________.
2 Roti ini dimakan oleh _____________.
3 Rumput di halaman rumah saya dipotong oleh________.
4 Hadiah itu disampaikan oleh ______________.
5 Barang makanan ini didermakan oleh ________________.

(e) Ayat pasif dengan kata bantu pasif 'kena'


Contoh ayat
1 Khairul ____________ marah oleh gurunya.
2 Binatang itu __________ jerat lagi.
3 Pintu itu ___________ tutup sekarang.
4 Pencuri itu __________ tangkap oleh polis.
5 Kulit pisang itu ___________ pijak oleh Hakimi.

2
LATIHAN PENGUKUHAN 1

Soalan 1 - 10
Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif yang betul.

1 Saya tidak dapat melakukan semua keIja yang berat itu.

2 Kami menentang pelantikan Amran sebagai ketua pasukan ini.

3 Kakak dan emak sedang memasak bubur kacang.

4 Dia menjumpai bungkusan itu di tepi jalan semasa pulang dari sekolah.

5 Polis telah menangkap semua perompak kedai emas itu.

6 Emak sedang membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh.

7 Mereka makan buah-buahan itu.

8 Kamu harus membantu fakir miskin di kampung ini.

9 Pak Abu menternak kerbau di kandang itu.

10 Saya telah melaporkan kejadian itu kepada ketua kampung.

Soalan 11 - 20
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif yang betul.

11 Baju itu sudah saya jemur.

12 Gula-gula itu dimakan oleh Azlan.

13 Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Nila Kurnia.

14 Novel yang saya baca ini dikarang oleh sasterawan negara.

15 Pesanan ini disampaikan oleh jiran saya.

16 Mi rebus yang panas itu telah saya makan.

17 Buku latihan itu telah diperiksa oleh Cikgu Zanawati.

18 Sampah sarap dan rumput kering itu telah kami bakar petang semalam.

19 Hafiz Hashim telah dikalahkan oleh pemain Denmark dalam perlawanan akhir.

20 Tangan budak itu digigit oleh anjing liar.

3
LATIHAN PENGUKUHAN 2

Soalan 1 hingga Soalan 5


Pilih ayat pasif yang sama maksud dengan ayat aktif di bawah ini.

1 Puan Rohani menyapu daun kering di halaman rumahnya dengan menggunakan


penyapu lidi kelapa.
A Daun-daun kering sedang disapu oleh Puan Rohani bersamanya dengan
menggunakan
penyapu lidi kelapa.
B Daun-daun kering di halaman rumah itu disapu oleh Puan Rohani dengan
menggunakan
penyapu lidi kelapa.
C Penggunaan daun-daun kering memudahkan keIja menyapu sampah oleh Puan
Rohani.
D Puan Rohani menyapu lidi kelapa dan daun kering dengan menggunakan penyapu lidi
kelapa.

2 Rozita menanam pokok serai berhampiran dengan pagar rumahnya.


A Pokok serai ditanam oleh Rozita berhampiran dengan pagar rumahnya.
B Pagar itu ditanam berhampiran dengan pokok serai oleh Rozita.
C Rozita mengubahsuaikan kedudukan pokok serai dan pagar agar berhampiran.
D Pagar itu diubah dan ditanam oleh Rozita berhampiran dengan pokok serai.

3 Hamdan membaca buku dan majalah untuk menambah ilmu pengetahuan yang
sedia
ada.
A Hamdan menambah buku-buku itu dengan penambahan ilmu pengetahuan yang
sedia ada.
B Buku-buku dan majalah itu dibaca oleh Hamdan untuk menambahkan ilmu
pengetahuan yang
sedia ada.
C Buku-buku dan majalah menjamin ilmu pengetahuan Hamdan yang sedia ada dengan
tanpa
pembacaan.
D Hamdan memang sinonim dengan bukubuku dan media agar ilmu pengetahuan yang
sedia
ada itu akan menambah.

4 Mak Jah menyediakan masakan itu untuk anak-anaknya yang akan pulang dari
sekolah.
A Masakan itu disediakan untuk Mak Jah dan anak-anaknya yang akan pulang dari
sekolah.
B Masakan itu disediakan oleh anak-anak untuk Mak Jah semasa mereka pulang dari
sekolah.
C Masakan itu disediakan oleh Mak Jah untuk anak-anaknya yang akan pulang dari
sekolah.
D Untuk Mak Jah dan anak-anak semasa pulang dari sekolah disediakan masakan itu.

4
5 Pekerja Jabatan Kerja Raya itu memperlebar jalan raya menuju ke bandar
Kuantan.
A Jalan raya ke bandar Kuantan diperlebar oleh pekerja Jabatan Kerja Raya.
B Diperlebar jalan raya ke bandar Kuantan dengan pekerja Jabatan Kerja Raya itu.
C Diperlebarkan lagi jalan raya ke bandar Kuantan bersama pekerja Jabatan Kerja Raya
itu
D Jabatan Kerja Raya itu sedang memperlebar jalan ke bandar Kuantan oleh
pekerjanya.

Soalan 6 - 10
Pilih ayat pasif yang betul.

6 A Rumput kering itu dibakar oleh pekeIja sekolah sebentar tadi.


B Nasi lemak itu dimakan oleh kami pagi tadi.
C Kerja ini mesti disiapkan oleh awak sebelum balik ke rumah.
D Lauk-pauk di bawah tudung saji itu dimasak oleh saya.

7 A Kita mesti bermain dengan bersungguh malam ini.


B Projek Kemahiran Hidup itu harus kita siapkan segera.
C Hadiah itu akan beliau sampaikan kepada pemenang.
D Wang sakunya disimpan oleh saya.

8 A Minumlah air di dalam botol itu.


B Semua makanan dan minuman ini bernilai sepuluh ringgit.
C Surat khabar ini sudah aku baca beberapa kali.
D Latihan ini dikhaskan untuk awak sahaja.

9 A Ikan keli itu ditangkap oleh ayahnya dengan menggunakan bubu.


B Sayur-sayuran itu ibu beli di pasar.
C Mereka sedang membersihkan longkang yang kotor itu.
D Biji saga ini dikutip oleh kami di bawah pokok itu.

10 A Menteri Pendidikan telah merasmikan sekolah yang baru itu.


B Masalah remaja ini perlu ditangani oleh ibu bapa dengan segera.
C Kereta itu sedang menuju ke taman permainan.
D Logo kereta proton telah mencipta oleh dia.

Soalan 11 - 13
Pilih ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama yang betul.

11 A Semua soalan itu telah kami jawab sebentar tadi.


B Kami telah menjawab semua soalan itu sebentar tadi.
C Semua soalan itu telah dijawab oleh kami sebentar tadi.
D Telah menjawab oleh kami semua kertas soalan itu.

12 A Patik basuhi semua pakaian itu.


B Semua pakaian itu telah patik basuh.
C Patik membasuhi semua pakaian itu.
D Semua pakaian itu patik telah basuh.

5
13 A Nasihat ayahanda itu saya akan mematuhinya.
B Saya akan mematuhi semua nasihat ayahanda itu.
C Semua nasihat ayahanda itu akan saya patuhi.
D Akan mematuhi saya segala nasihat itu.

Soalan 14 - 16
Pilih ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua yang betul.

14 A Kuih lapis itu diberi oleh engkau kepada siapa ?


B Kuih lapis itu engkau beri kepada siapa?
C Kuih lapis itu memberikan kepada siapa?
D Kuih lapis itu engkau telah berikan kepada sesiapa?

15 A Wang saku yang berlebihan perlu kausimpan untuk masa akan datang.
B Wang saku yang selebihnya perlu kau menyimpan untuk masa akan datang.
C Wang saku yang berlebihan engkau perlu menyimpan untuk masa akan datang.
D Wang saku yang melebihi perlukan simpanan untuk masa akan datang.

16 A Harta ini harus kau disedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.
B Harta ini harus kausedekah kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.
C Harta ini harus kau menyedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan
bantuan.
D Kau harus menyedekahkan harta ini kepada fakir miskin yang memerlukan
bantuan.

Soalan 17 - 20
Pilih ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga yang betul.

17 A Budak itu telah diasuh olehnya sejak bayi lagi.


B Budak itu telah dia asuh sejak kecil lagi.
C Dia telah mengasuh budak itu sejak kecil lagi.
D Budak kecil itu telah kena asuhan.

18 A Jagung manis itu telah mereka makan pagi tadi.


B Jagung manis itu telah dimakan oleh mereka pagi tadi.
C Jagung manis itu telah mereka makan pagi tadi.
D Jagung manis itu telah mereka makankan pagi tadi.

19 A Masjid yang baru siap itu akan dirasmikan oleh beliau.


B Masjid yang baru siap.itu akan perasmian oleh beliau.
C Masjid yang baru menyiap itu akan perasmian oleh beliau.
D Masjid yang baru siap itu akan beliau rasmikan.

20 A Barang-barang ini akan disedekahkan oleh baginda kepada rakyat jelata.


B Barang-barang ini akan baginda sedekahkan kepada rakyat jelata.
C Barang-barang ini akan baginda menyedekahkan kepada rakyat jelata.
D Barang-barang ini akan rakyat jelata sedekahi oleh baginda.

Anda mungkin juga menyukai