Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN RINGKASAN 2

Aktiviti 1: Mencari Isi-isi Penting

Soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan,


‘study group’, ‘study circle’, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya,kumpulan
perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk
membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu
bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi
meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku


atau kuliah untuk disusun dalam bentuk yang lebih kemas, kita memerlukan
perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing
atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks
yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk
kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang


tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan seharusnya
disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau
orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau
perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan
perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan
meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah
kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang
bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demikian kita akan membuat persediaan
awal yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan perbincangan itu.

Namun begitu,kumpulan perbincangan ini ada juga keburukannya. Bagi


sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan
lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak
tercapai.
Jawapan

- membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara


tertentu

- memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah


untuk disusun dalam bentuk yang lebih kemas

- memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang


yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut

- kadar kepantasan kita akan meningkat

- membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk


menjayakan perbincangan itu

- suatu tradisi meningkatkan ilmu


AKTIVITI 2: Menulis Jawapan

Tugasan: Lengkapkan ringkasan karangan di bawah dengan isi dan ayat yang
sesuai.

Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah ________________________


____________________________
dan _____________________________________________________________
_________________________________________________________________.
Selain itu, ________________________________________________________
_________________________________________________________________
dan______________________________________________________________
_________________________________________________________________.
Seterusnya, _______________________________________________________
_________________________________________________________________
dan ______________________________________________________________
_________________________________________________________________.
AKTIVITI 3: Menjawab Soalan Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata perkongsian pendapat.


[2markah]
Rangkai kata perkongsiaan pendapat bermaksud ________________________
________________________________________________________________.

2. Apakah keburukan kumpulan perbincangan ?


[4 markah]

Antara keburukan kumpulan perbincangan ialah


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
__________________________________________________________.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan pelajar


menyertai kumpulan perbincangan.
[4 markah]

Pada pendapat saya,cara untukmenggalakkan pelajar menyertai kumpulan


perbincangan ialah ____________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________.
JAWAPAN LENGKAP RINGKASAN

Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah bertukar-tukar pendapat


tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli dan pemahaman tentang sesuatu
perkara dapat dipertingkatkan.. Selain itu, nota hasil pembelajaran dapat disusun
dengan rapi dan rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut
urutan yang tepat dan semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada
perbincangan yang dilakukan. Seterusnya, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan dan kadar kepantasan kita
akan meningkat.

JAWAPAN PEMAHAMAN

1. - bergabung pandangan

2. - memberi gangguan
- objektif tidak tercapai

3.- menjelaskan kebaikan kumpulan perbincangan


- membentuk kumpulan perbincangan dalam kelas
-menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan.
- mengadakan ceramah tentang cara belajar secara berkumpulan yang efisien.
- memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri untuk menjadi murid yang
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai