Anda di halaman 1dari 3

Latihan Rumusan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan
kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah
perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti
tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan
kokurikulum.

Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang
lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa
menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih
baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi
cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang
telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar
yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin
dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat
dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang
mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di
luar bilik darjah.

Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan
tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia
kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya
kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti
merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih
berfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil
langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan
aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah

Menyertai
Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa,
April 2006)

Pendahuluan

Isi-isi Tersurat
1
2
3
4
5
6
7
8
Isi-isi Tersirat
1
2
3

Kesimpulan

Jawapan Rumusan (Peringatan: Jangan melebih 120 patah perkataan)

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
Latihan Pemahaman 2
Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas. (2 markah)

Tip soalan 1: Dalam jawapan pelajar perkataan rangkai kata perlu ada “___” untuk memudahkan pemeriksa. Berikan maksud
rangkai kata dalam maksud yang sama tetapi menggunakan perkataan yang lain.

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?
(3 markah)

Tip soalan 2: Pendapat pelajar perlulah berdasarkan petikan rumusan. Cari kata kunci (bagaimana) sebanyak mungkin dalam
petikan ringkasan.

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti
kokurikulum? (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai