Anda di halaman 1dari 1

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

___________________________________________________________________________
__

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti
badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan
menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.
     
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang
aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak
masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya.
Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
     
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,
mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
       
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual
yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala
aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih
berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap


persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama
mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
   
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti
menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang
disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh.
Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah


hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu
bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi
kebaikan anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai