Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera .

Terima kasih Tuan Pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya ingin menyampaikan satu syarahan yang
bertajuk “Faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulm.”

Hadirin yang dihormati,

Aktiviti kokurikulum bermaksud aktiviti yang dilakukan di luar waktu persekolahan iaitu pada waktu
petang.Aktiviti ini melibatkan pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 .Antara aktiviti kokurikulum ialah aktiviti unit
beruniform , sukan dan permainan serta kelab dan persatuan.Aktiviti unit beruniform terdiri daripada
pasukan Tunas Puteri, Bulan Sabit Merah ,Pengakap dan lain ii. Manakala sukan dan permainan pula
melibatkan permainan bola tampar,bola keranjang,olahraga dan gimnastik .Antara kelab dan persatuan
pula ialah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Bahasa Cina ,Kelab Pusat Sumber dan Kelab Pencegah
Jenayah.

Hadirin yang dimuliakan,

Menyertai aktiviti kokurikulum ini banyak faedahnya. Antaranya penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dapat melatih sikap kepimpinan kepada pelajar.Pelajar akan dilatih menjadi sesebuah jawatan
dalam satu persatuan dan mengendalikan aktiviti persatuan tersebut dengan bimbingan guru.Pelajar yang
dipilih sebagai pemimpin kebiasaannya pelajar yang dapat menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab dan berdisiplin.Selain itu,melalui aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk sikap
berkerjasama dan bertolak-ansur melalui aktiviti persatuan,kelab atau unit beruniform yang diwakili oleh
pelajar.Contohnya, aktiviti kawad kaki,perkhemahan dan pertandingan antara kumpulan .Semuanya
memerlukan kerjasama dan bertolak-ansur bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Melalui aktiviti ini juga dapat memupuk sikap perpaduan antara kaum.Faedah menyertai aktiviti
kokurikulum yang seterusnya ialah pelajar mendapat banyak pengetahuan dan menimba ilmu pengetahuan
baru dalam aktiviti yang dijalankan. Contohnya pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan dalam aktiviti
seperti pertolongan cemas, mendirikan khemah dan teknik bermain dengan betul. ilmu pengetahuan
dalam pelajaran juga dapat ditingkatkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan seperti kuiz,
pertandingan syarahan dan bercerita.Seterusnya, melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga pelajar
dapat berseronok dan bergembira bagi melepaskan tekanan setelah penat belajar. Hal ini dapat
menjauhkan pelajar dari berasa bosan semasa berada di sekolah.Keseronokan dalam melakukan aktiviti
kokurikulum dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk terus belajar.Faedah menyertai aktiviti
kokurikulum yang seterusnya ialah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Hadirin sekalian,

Masa lapang yang ada dapat digunakan dengan mengikuti kegiatan kokurikulum di sekolah. Selain itu,
mengikuti aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk sikap jati diri kepada pelajar . Pelajar yang
mengikuti aktiviti kokurikulum biasanya akan berani dan sanggup menghadapi cabaran serta tahu hidup
berdikari.Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga dapat manjadi seorang itu cergas fizikal
dan cerdas mindanya melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan.Dengan mengikuti aktiviti
kokurikulum ,pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan rakan-rakan.Selain
itu ,perlajar juga mendapat ramai kawan baru semasa aktiviti perkhemahan peringkat daerah,negeri atau
kebangsaan dijalankan.

Hadirin yang dihormati,

Maka tamatlah syarahan saya pada hari ini.Kesimpulannya, di sini saya ingin menegaskan bahawa aktiviti
kokurikulum di sekolah mempunyai banyak faedahnya.Sebagai pelajar, kita hendaklah melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai