Anda di halaman 1dari 2

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikilum

Yang Berusaha Cik Ong Poh Poh ,Pengetua SMJK Chung Hwa
Barisan Pentadbir
Guru-guru Kanan
Guru-guru yang saya hormati dan
Rakan-rakan yang saya sayangi sekalian.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera ,dan Salam Malaysia Madani.

Pada pagi ini saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Kebaikan
Menyertai Aktiviti Kokurikulum.

Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian,

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti


Persatuan, Kelab, Badan Beruniform serta Sukan dan Permainan memberi banyak
manfaat kepada pelajar.

Antara faedahnya termasuklah menambah ilmu pengetahuan.Contohnya semasa


aktiviti perkhemahan dapat mendedahkan kepada pelajar cara mendirikan
khemah,ikhtiar hidup semasa di hutan disamping dapat memupuk sikap
bekerjasama dan bertolak ansur sesama ahli.

Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat melatih sikap berdisiplin ,bertanggungjawab


dan memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Contohnya, dalam setiap
aktiviti pelajar mesti menepati masa dan mengikut arahan yang ditetapkan
semasa aktiviti dijalankan.
Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian,

Seterusnya , aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk pelajar menjadi seorang


yang tabah dan gigih semasa menghadapai cabaran.Disamping itu, dapat
melahirkan pelajar yang yakin pada diri sendiri,sabar dan berani dalam apa sahaja
situasi.

Tuntasnya, aktiviti kokurikulum memberi banyak faedah kepada para pelajar.Oleh


sebab itu wajarlah para pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah tanpa sebarang alasan. Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai