Anda di halaman 1dari 2

Salin karangan : Kebaikan aktiviti kokurikulum

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar


bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian
seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-
kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja
dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting
tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Mereka menyertai aktiviti kokurikulum
dengan sambalewa bagaikan melepaskan batok di tangga. Hal ini amat membimbangkan
kerana usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai
melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai
nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum.
Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia
terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya
peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?
Salah satu faedah aktiviti kokurikulum ialah nilai kepemimpinan dapat ditanam dalam diri
saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting suaya negara kita
tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi muda pada
hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar telah
dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai
pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah
sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya
berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam
memimpin ini dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati
kelak. Di sekolah, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu.
Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempeelajari cara untuk
menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang
menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan
persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan
menjadi lebih bijak dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru
mereka. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti
kokurikulum yang saya ceburi.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum
dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan
makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan
dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya
bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya,
saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk
bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola
jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak
langsung, hubungan saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan
bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat
yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati
walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan
faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya
juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau
kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan
perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai
berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,
berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri
kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa
mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan
mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti
kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform.
Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan
beruniform ini akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar
sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan
yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli
keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah
sendiri. Lantaran daripada itu, saya eperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi
tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Izharlah bahawa Lebih-lebih lagi, anggota
pasukan beruniform lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai
berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang
saya sertai.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk
disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab
seseorang pelajar. Sikap melepaskan batok di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang
pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting
dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit
beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi
tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas
dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati
masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat
dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana
memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat
saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek
pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi
muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan
jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa
yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita seharusnya
mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk
pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian
Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan
dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

Anda mungkin juga menyukai