Anda di halaman 1dari 2

NAMA: Krithika Yuvarajah

SEKOLAH: SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Semua pelajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan
pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib
menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti
permainan. Kini kegiatan kokurikulum dilihat sama penting dengan bidang akademik, malahan
ada yang berpendapat kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ seseorang pelajar.

Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan tubuh badan akan menjadi sihat
dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu
aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin
dari dalam badan melalui peluh. Apabila kita sihat, mudahlah untuk kita mengikuti pelajaran dan
yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang itu malas menghadiri aktiviti
kokurikulum dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak
sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya seterusnya minat untuk
belajar pun luntur.

Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang
dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti
akan digunakan untuk menonton televisyen, bermain permainan video, melayari internet dan
berkemungkinan akan mengikut rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah, akhirnya
boleh terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan jenayah, atau sekurang-kurangnya boleh
terjebak menjadi perokok. Jelaslah Bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan mereka
daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti jenayah, merempit, meragut,
menagih dadah, mengedar dadah dan banyak lagi .

Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar juga boleh
menambah kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun
aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah bangsa dan warna kulit
seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan
dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan –rakan. Apabila para pelajar di sesebuah
sekolah kenal-mengenali maka wujudlah perpaduan dan persefahaman antara mereka
sekaligus dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Aktiviti
kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan, sama ada pertandingan di
peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Melalui pertandingan dalam aktiviti kokurikulum tersebut seorang pelajar boleh mencipta
kejayaan dan mengharumkan nama sekolah sekiranya dia atau pasukannya memenangi
kejohanan yang disertai. Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini sudah berjaya
mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh
mengharumkan nama Negara. Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat
yang banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mestimemanfaatkan masa yang terluang
dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar pintar yang mendapat
gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan, tetapi tubuh badannya tidak bermaya,
lebih buruk lagi jika dia hidup dalam kesepian kerana tidak mempunyai kawan.

Anda mungkin juga menyukai