Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti kokurikulum satu daripada elemen yang terdapat dalam pendidikan di sekolah dapat

dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Aktiviti kokurikulum banyak membawa kebaikan kepada murid.

Murid-murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman baharu. Contohnya, murid dapat
mempelajari cara-cara membuat pelbagai jenis ikatan, memasang khemah dan menghidupkan api.
Murid juga dapat menimba pengalaman mencedok air sungai, mencari kayu api dan bermalam di
tengah hutan. Tegasnya, pengetahuan dan pengalaman tersebut tidak dapat diperoleh di dalam bilik
darjah.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga membantu murid-murid mengisi masa lapang dengan perkara
yang berfaedah. Dengan ini, mereka tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal. Mereka
juga tidak terlibat dalam gejala sosial yang merugikan diri sendiri misalnya, pergaulan bebas,
perlumbaan motosikal haram. Lantaran itu, mereka akan lebih menghargai masa kerana menganggap
masa itu emas.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum membantu murid-murid membentuk disiplin diri. Hal ini dikatakan
demikian kerana disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Murid yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Oleh itu, murid dilatih untuk menepati masa, mematuhi peraturan dan berpakaian kemas
semasa menyertai aktiviti kokurikulum.

Kesimpulannya, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum banyak kebaikannya. Aktiviti kokurikulum tidak
boleh dipandang sebelah mata. Oleh itu, setiap murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum. Tanggapan
segelintir pihak aktiviti kokurikulum hanya membuang masa murid patut dikikis.

Anda mungkin juga menyukai