Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan


di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan. Marcapada ini,
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum amat mengecewakan
kerana mereka tidak sedar bahawa betapa pentingnya kegiatan tersebut.
Hal ini dikatakan demikian kerana, usaha untuk melahirkan modal insan
yang holistik tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum malah
penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum juga amat penting. Oleh itu,
fokus utama perbincangan ini akan mengupas tentang kepentingan
kegiatan kokurikulum kepada pelajar.
Sebagai pembuka tirai perbincangan, kegiatan kokurikulum dapat melatih
pelajar menjadi pemimpin. Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar telah
dilantik sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada
pengerusi, setiusaha atau ahli jawatankuasa. Apabila seseorang pelajar
memegang sesuatu jawatan maka mereka diasah bakat kepimpinananya
untuk berinteraksi dengan ahli lain. Pengalaman tersebut dapat menjadikan
para pelajar sebagai pemimpin yang berwibawa pada masa depan.
Tamsilnya, ahli jawatankuasa.perlu berinteraksi bagi mempengaruhi dan
meyakinkan ahli persatuan tentang sesuatu perkara atau idea. Secara
tidak langsung, sifat kepimpinan dalam pelajar tersebut akan berkembang.
Tegasnya, kegiatan kokurikulum dapat melatih pelajar menjadi pemimpin
masa hadapan.

Pada waktu yang sama, kegiatan kokurikulum dapat membentuk pelajar


yang berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap persatuan, kelab
dan unit beruniform mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang mesti
dipatuhi oleh setiap ahli.peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk
membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berkeyakinan tinggi. .
Misalnya, pelajar akan akur kepada peraturan demi menjayakan aktiviti
organisasi mereka dan juga mengelakkan diri mereka daripada dijatuhi
hukuman. Contoh yang terang lagi bersuluh ialah, setiap ahli perlu
mendengar arahan komander dan tidak meninggikan suara mereka
terhadap komander dalam kawad kaki. Amalan ini akan berkembang dalam
diri mereka secara tidak langsung. Terbuktilah bahawa kegiatan
kokurikulum berpotensi untuk membentuk pelajar yang berdisiplin tinggi.

Selanjutnya, kegiatan kokurikulum juga dapat mencungkil bakat pelajar


dalam bidang tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar dapat
mengenal pasti dan mengembangkan bakat mereka. Bakat tersebut boleh
dijadikan sebagai sebuah hobi atau kerjaya juga. Contoh ketara yang
paling dekat dengan kita ialah dua jaguh sukan negara kita yang terhebat
iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Bakat kedua-dua
jaguh sukan tersebut telah dicungkil melalui kegiatan kokurikulum sekolah
mereka. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menganjurkan banyak
pertandingan yang berpotensi untuk mencungkil bakat para pelajar.
Ringkasnya, kegiatan kokurikulum dapat mencungkil bakat pelajar dalam
sesebuah bidang.

Sebagai penghias bicara akhir, dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan


kokurikulum amat berfaedah kepada para pelajar terutamanya dalam
aspek pemupukan nilai murni. Tanpa penerapan niali murni dalam jiwa
generasi muda sudah pasti kemjuan negar akan terbantut kerana mereka
merupakan jentera penggerak pembangunan negara pada masa hadapan
bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu,
semua pihak seperti kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa perlulah
menggembleng tenaga bagi memastikan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum tidak merosot

Anda mungkin juga menyukai