Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan Kokurikulum merangkumi aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta
kegiatan sukan dan permainan. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan kokurikulum adalah setara
dengan kepentingan aktiviti di kurikulum dalam darjah kerana peranannya sebagai
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
secara menyeluruh.
Oleh yang demikian, kokurikulum dilihat sebagai salah satu cabang yang utama dalam
melahirkan anak muda yang cemerlang. Kokurikulum muncul sebagai alat bantu untuk
membolehkan para pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan
seharian. Selama ini, sistem pelajaran di negara kita terlalu mengutamakan
kecemerlangan akademik sehingga banyak potensi pelajar yang tenggelam begitu
sahaja. Kokurikulum merupakan satu medium yang paling ideal dalam mencungkil
bakat anak muda selain mengasah bakat baru dalam diri pelajar.
Selain itu, para pelajar juga memperoleh kemahiran sosial melalui aktiviti kokurikulum.
Kemahiran untuk bersosial merupakan satu aspek yang tidak dapat dipelajari melalui
akademik semata-mata, sebaliknya dipelajari melalui pengalaman berkomunikasi.
Kemahiran ini adalah penting untuk menjamin segala idea dan pendapat pelajar dapat
disalurkan dengan jelas dan betul. Bukan itu sahaja, mereka juga belajar tentang cara
berkomunikasi dalam kumpulan. Mereka diajar supaya bekerjasama serta berani
menyuarakan pendapat melalui aktiviti kokurikulum. Kemahiran ini adalah amat relevan,
terutamanya sebagai persiapan diri ke pasaran kerja kelak.. Oleh itu, melalui aktiviti
kokurikulum, semangat bekerjasama dapat dilahirkan.
Bukan itu sahaja, aktiviti kokurikulum turut melatih bakat kepemimpinan dalam diri
pelajar. Melalui aktiviti kokurikulum, para pelajar diberi pelung untuk menyandang
pelbagai jawatan seperti presiden, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Jawatan-
jawatan yang diwujudkan ini dapat melatih para pelajar untuk memimpin rakan-rakan
sebaya yang lain. Para pelajar mestilah berfikiran strategik serta sanggup memikul
tanggungjawab untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sekiranya para pelajar telah biasa memimpin rakan-rakan, maka mereka
tidak akan teragak-agak untuk memimpin negara pada masa akan datang. Pelajarlah
yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara.
Penganjuran pertandingan yang berteraskan kokurikulum akademik turut mewujudkan
keyakinan dalam diri pelajar. Misalnya, pertandingan yang berteraskan bahasa seperti
pertandingan perbahasan, pertandingan pidato, pertandingan bercerita dan lain-lain lagi
telah memupuk keyakinan para pelajar untuk berucap di khalayak ramai. Bahkan,
pertandingan sebegini turut mewujudkan semangat kompetitif dalam kalangan pelajar.
Mereka akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memenangi
pertandingan yang disertai. Mereka juga dapat membiasakan diri dengan adat
pertandingan yang sihat. Mereka tidak akan memandang kekalahan sebagai
kegagalan, tetapi sebagai alas untuk kejayaan pada masa depan.Aktiviti kokurikulum
merupakan pemampan bagi kecemerlangan seorang pelajar.
Melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum ini diharapkan akan melahirkan individu
atau pelajar yang sempurna, seimbang dan harmoni dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelek, sosial dan menghayati nilai estetika selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Semua pelajar diwajibkan untuk mendaftar dan mengambil
bahagian dalam satu Selain itu, kokurikulum juga merangkumi semua aspek
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan individu yang seimbang dan harmonis

Anda mungkin juga menyukai