Anda di halaman 1dari 3

NAMA KURSUS:

GGGD 5022: SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TAJUK PENULISAN ILMIAH:

INTELEKTUAL MASYARAKAT MEMBANGUN

PENSYARAH:

EN AZHARUDIN MOHAMED

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AMALIA AMALYN BINTI MOHD BAZURI (P128267)


Assalamualaikum W.B.T dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, segala puji bagi-Nya yang telah memberi kekuatan dan petunjuk untuk
menuntut ilmu. Saya, Nur Amalia Amalyn Binti Mohd Bazuri, nombor matrik
P1268267, merasa terhormat dan bersyukur dapat menyampaikan refleksi
pembelajaran subjek GGGD5022: Sekolah dan Masyarakat.

Apa yang dimaksudkan dengan sekolah dan masyarakat? Sekolah dan masyarakat
berasaskan terori modal sosial yang melibatkan pelajar menguasai kemahiran sosial
dalam pengurusan aktiviti jaringan bersama yang melibatkan sekolah dan ibu bapa
serta agensi agensi luar termasuk NGO, Insstitusi Swasta dan Kerajaan.

Melalui pembelajaran ini, saya dapat memahami dan membezakan antara tiga
elemen yang penting dalam modal insan iaitu “bonding social capital” dan “bridging
social capital”. Selain daropada itu, saya juga dapat mengetahui apakah cara-cara
terbaik untuk guru bagi meningkatkan modal insan mereka dalam meningkatkan
profesionalisme mereka sebagai seorang guru. Sebagai contoh, guru dapat
berhubung dengan guru-guru yang yang lain untuk meningkatkan kemahiran mereka
dan juga berkonsi pengalaman dan pendapat tentang perkara yang boleh
diaplikasikan olehj mereka dalam pengajaran kepada pelajar. Seterusnya, guru-guru
boleh bergiat secara aktif dalam seminar dan kursus yang diadakan dan juga
penglibatan mereka diluar sekolah seperti pengelibatan mereka dengan badan-
bandan NGO samada NGO dalam bidang Pendidikan, Politik, Sosial dan Ekonomi.

Disamping itu, melalui pembelajaran kursus ini juga saya dapat melihat kepentingan
penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ini merupakan aktiviti dan
juga pengalaman belajar kepada pelajar dan melengkapi dalam kurikulum akedemik.
Kepentingan aktiviti ko-kurikulum ini dapat melahirkan kemahiran intelek, kemahiran
insaniah, dan nilai-nilai moral. Pengelibatan pelajar dalam unit beruniform juga
adalah sangat penting untuk membentuk mereka dalam kemahiran bidang-bidang
yang disertai.
Kebaikan kokurikulum dapat membantu guru lebih mahir untuk menyampaikan
arahan kepada pelajar untuk merangka-rangka tugasan dan juga aktiviti bersesuaian
dengan aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Selain itu, guru-guru juga
mempelajari bagaimana untuk menyediakan bahan dan juga peralatan yang sesuai
dengan aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti kokurikulum ini adalah selari dengan
aktiviti kurikulum untuk mingkatkan salsiah seseorang pelajar.

Kebaikan kokurikulum terhadap pelajar ialah pelajar dapat meningkatkan kemahiran


kepimpinan. Melalui aktiviti kokurikum, pelajar dapat melatih diri untuk menjadi
seorang pemimpin. Dalam masa yang sama pelajar juga dapat memupuk kerjasama
dalam berkumpulan. Kerjasama Bersama kumpulan ini haruslah dipupuk sewaktu
persolahan lagi agar mereka dapat membiasakan diri untuk melakukan kerja-kerja
kumpulan ini semasa mereka menjalankan pekerjaan nanti. Selain itu, aktiviti ini juga
dapat mempertingkatkan kemahiran kendiri dan juga daya tahan yang lebih tinggi,

Melalui kursus ini juga, saya telah didedahkan dengan isu-isu sekolah yang berkait
dengan masyarakat. Isu- isu yang dibangkitkan ini hendaklah dibincangkan untuk
menyelesaikan dengan mendapatkan cadangan-cadangan yang bernas bagi
mengatasi masalah tersebut. Seperti yang kita tahu, sekolah bukan sahaja tempat
untuk pelajar belajar tetapi akan tiba pada penghujung waktu mereka akan keluar
dan meninggalkan sekolah dan mereka akan melalui bidang pekerjaan dan juga
mereka secara tidak langsung akan bersosial dengan masyarakat. Oleh itu, amatlah
penting untuk kita bincangkan isu-isu yang ada pada sekolah, supaya isu tersebut
tidak menjadi masalah kepada pelajar pada masa akan datang.

Melalui kursus sekolah dan masyarakat ini juga saya dapat memahami hubungan
antara sekolah dan juga ibu-bapa, antara pelajar dan guru, dan hubungan diantara
sekolah dan juga masyarakat. Saya juga dapat melihat peranan-peranan pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran pelajar sepanjang
mereka melalui sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai