Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pada hari khamis 30 Mei 2019 yang lepas, saya telah


meluangkan masa untuk mencari maklumat tentang kebaikan aktiviti
kokurikulum untuk remaja seperti saya. Saya juga telah menyumbang
idea untuk mencari maklumat melalui internet kerana isu golongan
remaja harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk
merealisasikan manfaatnya. Saya juga menyumbang tenaga dalam
usaha mencari maklumat tambahan dengan menggunakan buku-buku
contoh karangan, surat khabar dan juga majalah.

Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah saya dapat


menyihatkan badan saya serta menjamin kesihatan yang sempurna.
Aktiviti kokurikulum seperti badminton, bola sepak membantu saya
mengeluarkan bahan toksik daripada badan saya dalam bentuk
peluhan.Tambahan pula, saya dapat menyertai pertandingan dan
mengharumkan nama saya dan keluarga.Oleh itu,saya juga
mengamalkan nilai harga diri semasa menyertai sesuatu pertandingan.
Dengan ini, saya akan prihatin terhadap kesihatan saya dengan
menyertai aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, menyertai aktiviti
kokurikulum pada masa yang tertentu adalah tanggungjawab sebagai
seorang pelajar.

Selain itu, saya akan berkenalan dengan pelbagai kawan yang


berbeza kaum. Jika saya menyertai kem kepimpinan semasa aktiviti
kokurikulum, saya akan bekerjasama dengan kawan lain untuk
membuat sesuatu kerja demi mengapai kejayaan bersama- sama. Bukan
sahaja itu, saya akan rajin dengan memimpin dan membantu kawan
saya yang lemah dalam sesuatu perkara dan saya tidak akan bersikap
sombong sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin


diri saya. Saya juga akan mempelajari beberapa nilai yang perlu
ditanam dalam sanubari serta saya akan memupuk nilai hemah tinggi
dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Jika saya ternampak kawan saya
ponteng semasa waktu kokurikulum, saya akan bertoleransi sewaktu
menasihat dan memberitahu kepentingan dan impak jika menyertai
aktiviti kokurikulum. Saya juga akan mengawal keadaan yang tidak
baik dengan menggunakan nilai dan ilmu yang saya peroleh semasa
aktiviti kokurikulum.

Kesimpulannya, saya telah sedar bahawa aktiviti kokurikulum


memberikan banyak manfaat kepada remaja hari ini. Daripada kajian
yang dijalankan, saya dapat mengambil ikhtibar bahawa golongan
remaja seperti saya harus berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum secara berterusan. Saya telah insaf bahawa golongan
remaja pada hari ini hanya mementingkan akedemik dan tidak memberi
tumpuan yang vital untuk kokurikulum yang memberikan faedah.
Selepas mencari dan membaca maklumat dalam internet, saya berjanji
akan berubah sikap untuk menjadi seorang yang aktif dalam aktiviti
kokurikulum.

361 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai