Anda di halaman 1dari 1

Karangan Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang

berwawasan dan berdisiplin


Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan
berdisiplin.Berikan pendapat anda tentang perkara tersebut

Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan
mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu pperspektif baru
kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini
turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya.
Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan
mereka.

Sebenarnya, aktiviti kokurikulum memberikan pelajar satu keyakinan diri yang hakiki menerusi
pembabitan mereka dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu. Keyakinan diri ini timbul kerana
setiap kali berjaya melaksanakan sesuatu tugasan itu mereka akan menimba pengalaman yang memberi
mereka satu jangkaan awal apabila melakukan aktiviti lain pula. Sudah pasti perasaan ini memudahkan
mereka untuk menjalani kehidupan selepas sekolah yang lebih mencabar suasananya. Maka,
penglibatan kokurikulum memang memberi manfaat kepada seseorang pelajar itu.

Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi
dalam diri mereka. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum
memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputii pakaian
seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu projek itu. Semua aktiviti ini
hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk
belajar dan beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Oleh itu, pelajar
yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti ini akan mempunyai satu sikap mementingkan
disiplin yang tinggi.

Malah, pembabitan pelajar dalam kokurikulum menghasilkan pelajar yang berhati mulia dan baik. Rasa
hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan sebaya terhasil kerana setiap aktiviti kokurikulum menekankan
aspek menghormati orang lain. Kekerapan melakukan aktivit ini secara tidak langsung akan menerapkan
nilai-nilai kesopanan yang jitu dalam diri mereka. Jelaslah, kokurikulum mampu membentuk pelajar
menjadi pelajar yang memiliki ciri-ciri sopan yang tinggi.

Mungkin satu impak positif kegiatan kokurikulum yang baik ialah aktiviti ini memberikan pelajar satu sikap
bersaing yang tinggi. Sikap persaingan positif ini menyebabkan pelajar tidak gentar untuk menghadapi
setiap cabaran yang mendatang. Mereka seolah-olah sudah lali untuk mengharungi kehidupan yang
penuh dengan dugaan dalam aspek alam persekolahan atau kehidupan biasa mereka. Justeru,

Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum akan berjaya memiliki satu
personaliti yang berkualiti tinggi. Semua ciri yang diutarakan di dalam hujah ini akan membantu mereka
untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang besar ini. Cuma pelajar yang sebegini
lebih mudah untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Slogan 'pemuda tiang negara, pemudi harapan
bangsa” sesuai menjadi pedoman kita dalam aspek ini. 

Anda mungkin juga menyukai