Anda di halaman 1dari 4

(selang sekurang-kurangnya 2 baris selepas penyalinan setiap ayat)

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Maslahat-maslahat:

1. Mengisi masa lapang

- Primanya, aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang para pelajar.

- Hal ini demikian kerana para pelajar telah menghabiskan masa lapang mereka

dengan kegiatan kokurikulum.

- Ekorannya, para pelajar tidak mempunyai masa lapang yang berlebihan untuk

terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat.

- Contohnya, melepak di gedung beli-belah dan kafe siber.

- Dengan adanya kegiatan kokurikulum, pelajar juga tidak berpeluang untuk

bergaul dengan anasir-anasir negatif yang rosak akhlak.

- Sebaliknya, masa lapang mereka pada waktu petang akan dihabiskan dengan

aktiviti seperti berkawad, bersukan dan seumpamanya.

- Secara tuntasnya, masa 24 jam yang diberikan oleh Pencipta Alam dapat

dimanfaatkan.

2. Menyihatkan badan

- Sekundernya, aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan badan.

- Aktiviti kokurikulum terdiri daripada kegiatan sukan dan permainan.


- Uswahnya, permainan bola sepak, bola keranjang dan badminton.

- Aktiviti ini menggalakkan dan memerlukan pelajar menggerakkan anggota

badan.

- Natijahnya, sisa-sisa toksik daripada badan dapat dikeluarkan melalui sistem

perpeluhan.

- Kegiatan sukan dan permainan juga membantu membekalkan oksigen kepada

pelajar.

- Dengan itu, pelajar tidak mudah berasa mengantuk ketika proses pengajaran

dan pembelajaran dilangsungkan.

- Sebagai pengitlakan, anggota badan pelajar menjadi cergas dan minda menjadi

cerdas.

- Sistem jantung dan peredaran darah juga berfungsi dengan lancar.

- Bak kata peribahasa, badan cergas, otak cerdas.

- Kegiatan sukan dan permainan juga dapat menghindarkan pelajar daripada

pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti/kegemukan.

3. Memupuk nilai-nilai murni

- Burung berkicau hari siang, pelajar dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni

dengan terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

- Biar kita ambil contoh, nilai kerjasama dan saling membantu.


- Pelajar akan berganding bahu, serumpun bagai serai, seliang bagai tebu, dengan

pelajar lain ketika melakukan sesuatu aktiviti yang ditujukan.

- Uswahnya, tugasan pembentangan dan aktiviti perkhemahan.

- Para pelajar mesti berganding bahu untuk menjayakan tugasan yang diberikan

dan diagihkan.

- Selain itu, pelajar juga akan mempelajari nilai berdikari, iaitu berdiri atas kaki

sendiri.

- Pelajar perlu berdikari ketika merancang sesuatu tugasan atau aktiviti.

- Memang tidak dapat dinafikan bahawa melalui aktiviti kokurikulum, nilai

kepimpinan juga akan disuntik.

- Nilai ini adalah betapa penting kerana para pelajar bakal menerajui pucuk

kepimpinan negara pada hari muka.

4. Mengenali kenalan baharu

- Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar dapat mengenali kenalan baharu

melalui aktiviti kokurikulum.

- Hal ini demikian kerana setiap persatuan dan badan beruniform serta sukan

terdiri daripada banyak ahli/anggota.

- Ahli-ahli persatuan atau badan beruniform akan melakukan sesuatu aktiviti

bersama.
- Mereka akan berbincang dan bertukar-tukar pendapat atau idea.

- Secara tidak langsung, mereka akan saling berkenalan dan berkawan.

- Untuk pengetahuan kita, kenalan-kenalan baharu akan membantu kita ketika

kita menemui jalan buntu.

- Mereka juga akan berkongsi segala pahit maung dan manis dengan kita.

- Dengan itu, adalah ketara bahawa pelajar akan mengenali kenalan baharu.

- Keadaaan ini secocok dengan peribahasa serampang dua mata.

Anda mungkin juga menyukai