Anda di halaman 1dari 4

Kata Bilangan Himpunan

Pilih kata bilangan himpunan yang paling sesuai untuk mengisi


tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1  Setelah _____ merantau di negeri orang, akhirnya dia pulang juga.
A.      Bertahun-tahun
B.      Berabad-abad
C.      Berpuluh-puluh
D.      Berguni-guni

2  Sudah ______ tahun kami tinggal di sini.


A.      Berpuluh-puluh
B.      Ketiga-tiga
C.      Berhari-hari
D.      Berbulan-bulan

3  ______ orang anaknya belajar di Universiti Malaya.


A.      Keempat-empat
B.      Berpuluh-puluh
C.      Bertahun-tahun
D.      Ribuan

4  _______ penonton datang membanjiri Stadium Shah Alam sewaktu perlawanan akhir bola sepak
Peringkat Kebangsaan diadakan.
A.      Ribuan
B.      Kedua-dua
C.      Berabad-abad
D.      Berpuluh-puluh

5  _____ buah rumah telah musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada nyawa yang terkorban.
A.      Ribuan
B.      Berpuluh-puluh
C.      Berbagai-bagai
D.      Berjenis-jenis

6  Polis telah berjaya menangkap ______ orang perompak itu.


A.      Ribuan
B.      Berpuluh-puluh
C.      Ketiga-tiga
D.      Bertiga-tiga
 
7 ______ jenis kuih disediakan oleh ibu untuk tetamu yang datang minum petang.
A.      Berjenis-jenis
B.      Beribu-ribu
C.      Berbagai-bagai
D.      Berpuluh-puluh

8  Siti tetap menunggu kepulangan suaminya walaupun sudah ______ lamanya.


A.      Beratus-ratus
B.      Bertahun-tahun
C.      Berbagai-bagai
D.      Beribu-ribu

9 Sudah ______ lamanya Puan Ina mengait stoking untuk anaknya.


A.      Berhari-hari
B.      Ribuan
C.      Berminggu – minggu
D.      Berabad-abad
10 _____ buah kereta itu kepunyaan bapa saya.
A.      Berjenis-jenis
B.      Kedua-dua
C.      Berbagai-bagai
D.      Bermacam-macam

11 Pak Busu telah menunggu anaknya _____ di situ sejak anaknya keluar bekerja di Bandar.
A.      berhari-hari
B.      Berminggu-minggu
C.      Berjam-jam
D.      Berbulan-bulan

12 Mak Cik Ani menghidangkan ______ makanan di atas meja.


A.      Berjenis-jenis
B.      Beribu-ribu
C.      Berbagai-bagai
D.      Berpuluh-puluh

13 ______ buah rumah setinggan di situ akan dirobohkan untuk pembangunan oleh kerajaan
tempatan.
A.      Ketiga-tiga
B.      Berpuluh-puluh
C.      Bermacam-macam
D.      Berbagai-bagai

14 _____ orang murid sekolah dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan.


A.      Ribuan
B.      Ketiga-tiga
C.      Berpuluh-puluh
D.      Ratusan

15 Encik Amran amat menyayangi akan ______ orang anaknya yang cacat itu hinggakan dia
mengambil dua pekerjaan supaya mereka dapat hidup lebih senang.
A.      Kedua-dua
B.      Berpuluh-puluh
C.      Ratusan
D.      Ribuan

16 Ketua Kampung Limau Manis telah menghantar _____ orang penagih dadah itu ke pusat
pemulihan.
A.      Keempat-empat
B.      Ribuan
C.      Beribu-ribu
D.      Puluhan

17 _____ lamanya tentera Malaysia dihantar untuk bertugas di Bosnia.


A.      Berhari-hari
B.      Ketiga-tiga
C.      Berminggu-minggu
D.      Berabad-abad

18 _____ lamanya Puan Siti menenun kain songket itu.


A.      Bertahun-tahun
B.      Beratus-ratus
C.      Berminggu-minggu
D.      Berabad-abad

19 Bas yang datang dari Bandar itu tiba setelah ______ dia menunggu.
A.      Berhari-hari
B.      Berjam-jam
C.      Berminggu-minggu
D.      Bertahun-tahun

20 Walaupun telah _____dia mencari, namun begitu gelang yang hilang itu masih belum ditemuinya.
A.      Behari-hari
B.      Berabad-abad
C.      Ketiga-tiga
D.      Bertahun-tahun

21 _______ penyokong Kedah datang membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan perlawanan
bola sepak.
A.      Ribuan
B.      Ketiga-tiga
C.      Kelima-lima
D.      Berhari-hari

22 Pemborong itu mengimport _____ ekor anak ayam dari Thailand.


A.      Berates-ratus
B.      Berguni-guni
C.      Ketujuh-tujuh
D.      Berjenis-jenis

23 ______ model kereta yang telah dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putera pada minggu lepas
menjadi tumpuan orang ramai.
A.      Berpuluh-puluh
B.      Berjenis-jenis
C.      Kelima-lima
D.      Berkurun-kurun

24 Letupan gunung berapi itu telah mengakibatkan ______ buah rumah musnah.
A.      Bermacam-macam
B.      Beratus-ratus
C.      Berjuta-juta
D.      Jutaan

25 Cuaca yang berjerubu telah mengakibatkan _______ orang dimasukkan ke hospital.


A.      Ketiga-tiga
B.      Sepuluh-puluh
C.      Berhari-hari
D.      Berpuluh-puluh

Jawapan Kata Bilangan Himpunan


1.       A
2.       A
3.       A
4.       A
5.       B
6.       C
7.       C
8.       B
9.       C
10.   B
11.   C
12.   A
13.   B
14.   C
15.   A
16.   A
17.   D
18.   C
19.   B
20.   A
21.   A
22.   A
23.   A
24.   B
25.   D

Anda mungkin juga menyukai