Anda di halaman 1dari 2

KATA SENDI NAMA

1. Pak Mus bekerja di lading kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.
A di B ke C pada D kepada

2. Hanya kain batik tulis lebih mahal ______ harga kain batik cap.
A oleh B dengan C dari D daripada

3. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah ______ para pelajar.
A untuk B pada C kepada D ke

4. Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada B untuk C demi D bagi

5. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
A terhadap B hingga C dalam D oleh

6. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
A di B dengan C kepada D hingga

7. Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah
seluruh negara untuk membuat kajian.
A dalam B untuk C akan D terhadap

8. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
A sejak B oleh C tentang D dalam

9. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan
pergi.
A dengan B untuk C bagi D di
10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.
A pada B akan C demi D terhadap

11. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______ selatan
Thailand.
A dari B daripada C ke D di

12. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta
huruf di kalangan penduduk di luar bandar.
A sejak B tentang C oleh D untuk

13. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu
Melayu asli.
A sampai B umpama C demi D antara

14. Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
A daripada … sehingga B dari … hingga C sejak … ke D pada … hingga

15. Ayah dan ibu sangat suka _______ mee goring yang dijual di restoran itu.
A oleh B kepada C akan D pada

16. Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
A dari B daripada C kepada D untuk

17. _______ pesta tersebut , perbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan
.
A dengan B pada C di D seperti

18. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa .
A akan B dengan C tentang D antara

19. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar, saya telah dijemput _______ sepupu saya.
A ke … oleh B pada … dengan C di … oleh D dalam … daripada

20. _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang, kita perlulah berjimat cermat .
A di B pada C dalam D daripada

Anda mungkin juga menyukai