Anda di halaman 1dari 5

UNIT 6 KATA KERJA PASIF

NOTA:
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang mengutamakan objek asal dalam ayat pasif. Kata kerja
pasif terbahagi kepada tiga iaitu:

Kata Kerja Pasif

Kata Ganti Nama Diri Dengan Kata Bantu ‘Kena’ Kata Berimbuhan
Pertama beR-
Kedua teR-
Ketiga ke-…-an

Kata Kerja Pasif Contoh


Kata Kerja Transitif Pasif diri (saya) tendang, (kami) laksanakan, (kita) perhatikan
pertama
Kata Kerja Transitif Pasif diri kedua (kamu) tulis, (engkau) baca, (kalian) pelajari
Kata Kerja Transitif Pasif diri ketiga dibaca oleh(nya), dijawab oleh (beliau), digemari oleh (mereka)
Kata Kerja Transitif Pasif kena kena rampas, kena tahan, kena rompak, kena sepak
Kata Kerja Transitif Pasif ber- berjahit, berbasuh, berlipat, berbalut
Kata Kerja Transitif Pasif ter- terhidang , terambil, terjawab, terlanggar
Kata Kerja Transitif Pasif ke-…-an kehujanan, keletihan, kemalangan, ketinggalan

Latihan i-Think
Peta Pokok
Kelaskan kata kerja pasif mengikut jenisnya berdasarkan peta pokok di bawah.

Kata Kerja Pasif

Dengan kata ganti nama diri Dengan kata bantu ‘bantu’ Dengan kata berimbuhan

tersepak

tersepak

26
Praktis 1
Senaraikan 10 kata kerja pasif yang anda ketahui.

Bil Kata Kerja Pasif Bil Kata Kerja Pasif


1 diperoleh 6
2 7
3 8
4 9
5 10

Praktis 2
Bina ayat berdasarkan kata kerja pasif di bawah ini.

Bil Kata Kerja Pasif Ayat


1 dijual Buah durian dijual oleh ibu di tepi jalan.
2 diperbesar
3 terambil
4 kena kritik
5 berjahit
6 ketinggalan
7 diakui
8 cat
9 kena cubit
10 termakan

Praktis 3
Nyatakan jenis kata kerja pasif yang berhuruf condong dalam setiap ayat yang berikut:

1. Novel yang mendapat sambutan luar biasa itu saya baca sambil menikmati udara petang.
_________________________________________

2. Tali bungkusan yang kamu retas itu tali tangsi.


_________________________________________

3. Piala yang sedang dijulang di hadapan penyokong setia mereka itu Piala Malaysia.
_________________________________________

4. Cerita yang saya karang pada malam tadi ialah cerita tentang remaja.
_________________________________________

5. Pendatang asing yang kena cekup oleh pihak berkuasa itu dari negara jiran.
_________________________________________

27
6. Dia kemalangan jalan raya pada malam tadi ketika melalui di satu selekoh tajam.
_________________________________________

7. Rumah kebajikan untuk orang miskin yang terbina oleh penduduk kampung dalam masa
sehari sahaja itu sungguh cantik.
_________________________________________

8. Baju yang masih belum berlipat itu di ruang tamu.


_________________________________________

9. Buku yang tidak terbaca oleh adik itu sangat tebal.


_________________________________________

10. Dia ke sekolah untuk mengetahui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah setelah
diumumkan di televisyen.
_________________________________________

Soalan Berformat Peperiksaan


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ceramah itu ______________ oleh badan bukan kerajaan.


A anjur
B dianjur
C teranjur
D dianjurkan

2 Pemain bola sepak yang memakai jersi bernombor 12 itu __________ kerana terpaksa
bermain dalam tempoh masa yang agak lama.
A keletihan
B kehabisan
C kesusahan
D kehilangan

3 Kawasan rumah Tok Penghulu Daud __________ oleh kawat berduri bagi mengelakkan
haiwan ternakan merosakkan taman orkidnya.
A dipagar
B terpagar
C dipagari
D dipagarkan

4 Surau di hujung kampung ___________ oleh penduduk kampung dalam masa tiga bulan.
A terbina
B dibangun
C kebinaan
D dibinakan

28
5 Latihan dalam buku itu sudah saya _____________tadi.
A selesai
B diselesai
C terselesai
D selesaikan

6 Kambing kepunyaan lelaki tua itu kena ____________ oleh ular sawa.
A belit
B balut
C lulur
D hisap

7 Selendang Datin Alia _________dengan benang emas.


A dijahit
B berjahit
C dijahitkan
D terjahitkan

8 Basikal milik datuk __________oleh ayah semalam.


A dibetul
B dibaiki
C diperbaik
D diperbaiki

9 Ayat yang tercatat pada papan hitam perlu kamu ____________ dalam buku latihan.
A tulis
B tulisi
C bertulis
D tuliskan

10 Sekawan lembu ___________ oleh Pak Wan dengan batu sehinggalah binatang ternakan
tersebut beredar dari kawasan rumahnya.
A dilontar
B dilontari
C terlontar
D dilontarkan

11 Lalang di halaman rumah telah saya ________ petang kelmarin.

A tetak
B kerat
C tebas
D tebang

12 Penyakit sosial seperti melepak dan melayari internet secara keterlaluan __________
akan merosakkan akhlak remaja.

29
A disyaki
B disebab
C dikhuatiri
D dibimbangi

13 Ah Song _________ oleh Ah Meng kerana tidak pandai bermain bola sepak.
A diperkecil
B diperlekeh
C diperbudak
D diperbodoh

14 Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah itu telah saya __________.
A baca
B bacai
C bacaan
D bacakan

15 Penerbitan akhbar Sensasi Harian akan ___________ buat sementara waktu kerana
kemerosotan ekonomi Malaysia yang teruk.
A direhatkan
B dihentikan
C ditundakan
D digantungkan

30

Anda mungkin juga menyukai