Anda di halaman 1dari 7

UNIT 8 KATA SENDI NAMA

NOTA:
Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama bagi
menerangkan kata nama atau frasa nama tersebut. Kata sendi nama juga dikenali sebagai kata
depan atau kata preposisi.

Kata Sendi Nama Kegunaan Ayat Contoh


1. di Untuk menunjukkan tempat. Kata Saya bertugas di sekolah itu.
sendi nama ini tidak boleh Ceramah itu diadakan di SK Shah
digunakan di hadapan kata nama Alam.
atau frasa nama yang Burung itu ada di dalam sangkar.
menunjukkan waktu, masa atau
zaman.
2. ke Untuk menunjukkan tempat atau Mereka menuju ke utara.
arah yang dituju. Kata sendi nama Saya ke Melaka esok.
ini boleh digunakan di hadapan Dia bekerja dari pagi ke petang.
kata atau frasa nama yang Kami berbincang dari pukul 9.00 pagi
menunjukkan waktu atau masa. ke pukul 11.00 pagi.
3. dari Untuk menunjukkan ATM Kapal itu datang dari utara.
A - arah Dia berasal dari Johor.
T - tempat Saya telah menunggu anda dari pukul
M - masa. dua petang tadi.
4. daripada Untuk menunjukkan KABOS Kelab ini terdiri daripada 20 orang
K - Keanggotaan ahli.
A - Abstrak Dia menjauhkan diri daripada
B - Benda/perbandingan pengaruh negatif.
O - Orang atau organisasi Buku itu lebih lengkap daripada buku
S - Sumber ini.
Surat ini daripada pihak sekolah.
Benang diperbuat daripada kapas.
5. kepada a) Untuk menyatakan sasaran Sila serahkan borang itu kepada guru
yang merujuk kepada tingkatan.
manusia, haiwan dan unsur Peserta itu dibahagikan kepada dua
mujarad. kumpulan.
b) Untuk menyatakan pecahan. Suhu badannya meningkat kepada 32
c) Untuk menyatakan perubahan darjah celsius.
keadaan.
6. pada a) untuk menunjukkan keterangan Pasukan kami akan bertolak pada
waktu. pukul 7 pagi.
b) apabila didahuli perkataan ada, Buku itu ada pada saya.
mesti diikuti oleh kata sendi Layang-layang itu tersangkut pada
nama pada yang merujuk dahan pokok.
kepada haiwan atau manusia. Lukis kartun itu pada kertas ini.
c) Untuk menunjukkan tempat Nota itu ditampal pada papan notis.
bagi perbuatan sesuatu kata
kerja.

37
7. untuk / bagi a) untuk menujukkan kegunaan Derma untuk/bagi mangsa banjir kilat
sesuatu. sedang dikutip.
b) Untuk menyatakan maksud Buku rujukan ini untukmu.[/]
bahagian yang ditentukan atau Buku rujukan ini bagimu [x]
diperuntukkan. (Untuk tidak
boleh bertukar ganti dengan
bagi)
8. demi Untuk menunjukkan tujuan. Kami berkhidmat demi negara.
Kita perlu patuh akan peraturan itu
demi keselamatan diri.
Aku melakukan kebaikan ini demi
Tuhan.
9. tentang Untuk membawa maksud rujukan Mereka berbincang tentang masalah
sesuatu yang tidak tentu atau pencemaran.
umum, atau mujarad. Taklimat ini tentang “Peranan Guru
di Sekolah”.
10. seperti, bagai, Untuk menunjukkan maksud Datuk kebingungan seperti /bagai/
umpama, perbandingan umpama/laksana rusa masuk ke
laksana, kampung.
11. dengan a) Untuk membawa maksud Kakak pergi ke pekan dengan ibu.
bersama-sama atau berserta. Bantuan itu kami terima dengan hati
b) Untuk menunjukkan maksud yang terbuka.
cara sesuatu itu dilakukan. Dia memotong kek itu dengan pisau
c) Untuk menunjukkan maksud plastik.
memakai atau menggunakan. Beliau sentiasa sependapat dengan
d) Untuk menunjukkan keadaan ketuanya.
perbandingan yang serupa atau
sama.
12. sejak atau Untuk menandakan waktu atau Kami telah tinggal di sini sejak /
semenjak masa. semenjak lima tahun yang lalu.
13. terhadap Untuk menunjukkan maksud Janganlah bersikap biadab terhadap
rujukan di hadapan penyambut orang tua.
tertentu seperti manusia, haiwan Kita mestilah mempunyai perasaan
atau benda. belas kasihan terhadap binatang.
Asid akan bertindak terhadap logam
itu.
14. akan Untuk menunjukkan perasaan Wanita itu rindu akan suaminya.
emotif di hadapan kata atau frasa Abu sayang akan anaknya yang
nama yang merujuk kepada sulung itu.
manusia.
15. oleh Untuk menunjukkan pembuat Kuih itu diambil olehnya.
dalam ayat pasif. Batu itu tidak terangkat oleh saya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Dia tewas mengejut oleh kekurangan
latihan.
Untuk menunjukkan hubungan
yang membawa maksud sebab.
16. hingga dan Untuk menunjukkan perihal Pengawal itu berjaga hingga/sampai
sampai peringkat had dan masa, waktu pagi.
atau tempat.

38
17. dalam dan Untuk menujukkan maksud Dalam hal ini, kami semua bersetuju.
antara lingkungan yang tidak mempunyai Tidak ada perbezaan yang besar antara
ruang atau jarak. pendapat saya dengan pendapat beliau.

Latihan i-Think

Lengkapkan peta buih berganda di bawah mengikut persamaan dan perbezaan bagi kata sendi
nama dari dan daripada.

Perbezaan Persamaan Perbezaan

untuk tergolong untuk


arah keanggotaan
dalam
kata tugas

dari

Praktis 1
Garisi kata sendi nama yang salah kemudian betulkannya.
1. Novel berjudul “Cinta Terlarang” dikarang oleh Cik Haini daripada Sabah.
2. “Hadiah itu ada kepada Zulaikha,” kata Hani kepada Solina.
3. Perlawanan bola jaring antara pasukan IPGM Raja Melewar dan IPGM Kota Bharu
ditangguhkan kerana hujan turun dengan lebatnya.
4. Encik Imran curiga terhadap kejujuran pembantu rumah dari Indonesia itu kerana dua
hari lepas duitnya telah hilang.
5. Di saat itu, semua orang bangun bagi menunjukkan rasa hormat kepadanya.
6. Harga beras dari Thailand meningkat dari RM30 kepada RM40.
7. Dari pagi hingga ke petang, Haji Ghafar masih di kebunnya.
8. Laili sentiasa mengutus e-mel pada rakannya yang tinggal di Indonesia.

39
9. Lelaki tua itu hanya bergantung kepada derma orang ramai kerana dia tidak mampu
untuk bekerja.
10. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh para guru.

Praktis 2
Baca petikan di bawah, kemudian garisi kata sendi nama yang anda temukan. Anda
dikehendaki menyatakan fungsi kata sendi tersebut.

Terabai sangat terkenal di Sarawak kerana dihasilkan oleh kaum Iban. Terabai dibuat
daripada kayu yang diukir dengan pisau sebelum diwarnakan. Lazimnya, ukiran ini
menggambarkan budaya kaum Iban seperti harimau, ular, naga dan sebagainya. Pada
zaman dahulu, terabai digunakan untuk mempertahankan diri semasa berlakunya
peperangan. Di samping itu, terabai tidak lengkap jika tidak digandingkan dengan parang
ilang. Pada hari ini, parang ilang dan terabai menjadi simbol budaya kaum Iban yang perlu
dipertahankan untuk diberi perhatian oleh generasi akan datang.

Bil Kata Sendi Nama Fungsi


1 di Sarawak merujuk tempat
2
3
4
5
6

Praktis 3
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Buku cerita itu sudah saya pulangkan ________ pustakawan.

2. Nasihat emak masih terngiang-ngiang __________ minda saya.

3. __________ cerita sensasi yang menghiasi media massa adalah tentang artis muda itu.

4. Saloma bekerja ________ petang _______ malam untuk membiayai pengajian adiknya
_______ Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Rambutnya __________ artis popular yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2016.

6. Kita mesti kasih _______(akan/terhadap/kepada) ibu dan bapa kita.

7. Pak Zin menyabit rumput_______(dari) pagi _________(hingga/sampai) tengah hari.

8. Lukisan ini dilukis _____(oleh) Awanis Natasha _________(sebagai) kenang-kenangan.

40
9. _______ (Sejak) pergaduhan itu, Aisar dan Budi tidak bertegur sapa lagi.

10. Seekor ______ (demi) seekor ayam kampung itu disembelihnya.

Soalan Berformat Peperiksaan


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Keruntuhan rumah tangga berpunca __________ sikap suami isteri yang tidak mahu
bertolak ansur dalam hubungan.
A dari
B antara
C dengan
D daripada

2 Anak Pak Soh mencapai kejayaan __________bidang bioperubatan.


A antara
B dalam
C hingga
D terhadap

3 Pak Lang berterima kasih kepada Alina ________ bantuan yang diberikan tempoh
hari.
A atas
B dalam
C antara
D tentang

4 Suhaibah dan Aminah sedang berbual dengan rancaknya __________ kenakalan anak
Besah di anjung rumahnya.
A akan
B demi
C untuk
D tentang

Lukis gambar tandas awam


di kawasan perkelahan.

5 Tandas ini _________ kegunaan orang awam di kawasan perkelahan Gunung Ledang.

A bagi
B pada
C demi
D dengan

41
6 Orang gila itu kena ejek __________ beberapa anak muda yang melalui jalan itu.
A dari
B oleh
C demi
D dengan

7 Kerajaan mengadakan perbincangan __________ beberapa badan bukan kerajaan


(NGO) untuk memuktamadkan sistem itu.
A pada
B untuk
C kepada
D dengan

8 Ayah gemar _________ buah durian kampung yang berasal dari Kuala Nerang.
A ke
B oleh
C akan
D kepada

9 __________ pandangan kami, parit itu perlu diperdalam untuk mengelakkan banjir.
A Atas
B Pada
C Dalam
D kepada

10 Pil Kacang Kuda akan bertindak balas _________air.


A demi
B untuk
C kepada
D terhadap

11 Pihak pentadbir sekolah mengadakan pemantauan ______ minggu ________minggu


untuk memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
A dari ... ke
B daripada ... ke
C dari ... hingga
D dari ... kepada

12 Kita mesti meneliti perkara ini _________ perspektif yang berbeza untuk mendapatkan
maklumat yang lebih mantap.
A dari
B pada
C untuk
D daripada

42
13 _________ tadi, murid pemulihan itu berusaha untuk mengeja perkataan yang
diberikan ______ cikgunya.
A sejak ...akan
B sejak ... oleh
C semenjak ... kepada
D semenjak ... terhadap

14 _______ha ri Selasa ______hari Khamis, Azmir kelihatan sugul sahaja.


A Dari ... hingga
B Dari ... dengan
C Daripada ... pada
D Daripada ... kepada

Lukis gambar kalendar tahun


2016 digantung pada penjuru
dinding.

15 Kalendar 2016 itu tergantung ________ penjuru rumah Imran.


A di
B ke
C pada
D dalam

43

Anda mungkin juga menyukai