Anda di halaman 1dari 4

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat

di bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.

2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.

3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam

sekitar.

4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia

berusia tiga hari.

5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.

6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali

budak yang begar itu.

7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.

8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.

9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan

Encik Suki.

10 Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.

11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.

12 Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.

13 Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.


.

14 Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.

15 Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. __________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.

A Kebun C Buah

B Pokok D Tumbuhan

2. Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.

A tajak C parang

B gunting D pisau

3. Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa
penjenayah ke muka pengadilan.

A tentera C rela

B polis D kastam

4. _________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan
selama lima tahun.
A Orang C Atlet

B Pasukan D pemain

5. Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.

A perumah C perumahan

B rumah D berumah

6. Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli
dengan rakan-rakannya.

A pekerja C pegawai

B peniaga D usahawan

7. Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.

A ketuaan C mengetua

B ketua D pengetua

8. Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.

A pelancung C pelancong

B pendatang D pelawat

9. Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah
kecemerlangan akan diadakan lusa.

A taman C kantin

B dewan D kedai

10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.

A pengurus C penjual

B penjaja D pedagang

11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.

A Bas C Basikal

B Kereta D Motosikal

12. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.

A tikar C kotak

B bakul D bekas
13. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.

A jam C radio

B komputer D gitar

14. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.

A dewan C tadika

B sekolah D balai

15. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga
sembilan tahun.

A cerpen C skrip

B cerita D novel

Anda mungkin juga menyukai