Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 1 : KATA NAMA AM

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


1.
__________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A Kebun
C Buah
B Pokok
D Tumbuhan
2.
Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A tajak
C parang
B gunting
D pisau
3.
Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa
penjenayah ke muka pengadilan.
A tentera
C rela
B polis
D kastam
4.
_________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan
selama lima tahun.
A Orang
C Atlet
B Pasukan
D pemain
5.
Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama
lagi.
A perumah
C perumahan
B rumah
D berumah
6.
Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli
dengan rakan-rakannya.
A pekerja
C pegawai
B peniaga
D usahawan
7.
Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A ketuaan
C mengetua
B ketua
D pengetua
8.
Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A pelancung
C pelancong
B pendatang
D pelawat
9.
Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah
kecemerlangan akan diadakan lusa.
A taman
C kantin
B dewan
D kedai

10.
Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A pengurus
C penjual
B penjaja
D pedagang
11.
__________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A Bas
C Basikal
B Kereta
D Motosikal

12.
Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu pada jari manisnya.
A subang
C kerongsang
B gelang
D cincin
13.
Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A tikar
C kotak
B bakul
D bekas
14.
Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.
A jam
C radio
B komputer
D gitar
15.
Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
A dewan
C tadika
B sekolah
D balai
16.
Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga
sembilan tahun.
A cerpen
C skrip
B cerita
D novel
17.
__________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan
lagu.
A Penari
C Penyair
B Penyajak
D Penyanyi
18.
Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.
A pekan
C kampung
B negeri
D negara
19.
Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A jejentik
C lelabah
B riang-riang
D umang-umang

20.
Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A kad
C nota
B kertas
D surat

Anda mungkin juga menyukai