Anda di halaman 1dari 5

SISTEM BAHASA 2.

1. “____________ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku,” kata


Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.
A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

2. Pada minggu lepas, kami ____________di Pulau Langkawi.


A. makan angin
B. ikat perut
C. naik angin
D. ada hati

3. Pakar forensik itu ___________laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal
pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.
A. menilai
B. meneliti
C. menganalisis
D. memerhatikan

4. Munir menemui sekaki cendawan yang besar _____________mengikuti ekspedisi


mendaki gunung.
A. agar
B. ketika
C. kerana
D. manakala

5. Dalam perlawanan badminton itu, kedua-dua orang pemain telah memberikan


saingan yang _____________.
A. sengit
B. tegang
C. hangat
D. tangkas

6. “____________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah
kakinya dalam kemalangan jalan raya!” kata Lina kepada Syamala.
A. Cis
B. Wah
C. Amboi
D. Aduhai
7. Adik mengutip duit syiling yang _____________di atas lantai.
A. tabur
B. bertabur
C. menabur
D. bertaburan
8. “Fokuskan perhatian __________terhadap perlawanan ini jika ingin menjadi johan
peringkat kebangsaan,” kata jurulatih itu kepada semua pemain bola sepak.
A. anda
B. awak
C. kalian
D. engkau

9. Penyanyi itu mendapatkan tepukan yang _____________setelah selesai membuat


persembahan.
A. gemuruh
B. gemilang
C. sorakan
D. riuh-rendah

10. Tujuan utama _________ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi


masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita.
A. kaji selidik
B. soal jawab
C. soal selidik
D. maklum balas

11. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru________murid-murid mampu mengubah


persepsi mereka terhadap kepentingan ilmu Pendidikan.
A. bagi
B. pada
C. untuk
D. terhadap

12. “ Fikirlah _____________sebelum mengambil keputusan untuk bertukar kursus,”


kata Faridah kepada rakan karibnya.
A. luas-luas
B. dalam-dalam
C. terang-terang
D. masak-masak

13. “_______________, cantiknya pantai pada waktu senja begini!” kata adik kepada
ayah.
A. Nah
B. Wah
C. Aduh
D. Amboi

14. Polis menangkap _________perompak yang telah memecah masuk ke sebuah kedai
emas di Jalan Lahat dua hari lepas.
A. sekawan
B. sepasukan
C. seangkatan
D. segerombolan

15. _______________ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para
pelancong.
A. Batik
B. Dodol
C. Gamelan
D. Tarian Inang

16. Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil
tangkapan _______________
A. petani
B. nelayan
C. pesawah
D. penoreh

17. _____________pegawai penguatkuasaan membuat pemeriksaan, barang seludup itu


tiada padanya.
A. Supaya
B. Semoga
C. Setelah
D. Sewaktu

18. Bandaraya Kuala Lumpur menjadi ______________apabila menjelang Tahun Baharu


Cina.
A. suram
B. muram
C. senyap
D. lengang

19. Datuk membelah kayu dengan menggunakan ____________ kapak.


A. sebilah
B. sebuah
C. sebatang
D. sehelai

20. Perjalanan____________Kuala Lumpur ke Pulau Pinang memakan masa selama


enam jam sahaja.
A. daripada
B. dari
C. di
D. ke
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

21. Selepas berlaku perselisihan faham itu, mereka tidak lagi bertegur sapa.
Keadaan ini diibaratkan
A. jauh panggang dari api
B. air dicencang tiada putus
C. antan patah, lesung hilang
D. berkerat rotan, berpatah arang.

22. Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan
peribahasa berikut kecuali
A. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
B. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
D. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

23. Oleh sebab tidak dapat menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh majikannya,
Amirul seperti _____________apabila membentangkan hasil tugasannya itu.
A. cacing kepanasan
B. rusa masuk kampung
C. telur di hujung tanduk
D. embun di hujung rumput.

24. Peribahasa bagai pinang dibelah dua bermaksud sudah sepadan atau sejodoh.
Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas ialah
A. bagai isi dengan kuku
B. bagai dakwat dengan kertas
C. bagai pahat dengan penukul
D. bagai cincin dengan permata.

25. Lisa mengambil sekeping biskut sebagai _____________sebelum pergi ke sekolah.


A. alas perut
B. ikat perut
C. perut kosong
D. perut berisi.

26. Razak__________ kerana setelah berjaya memegang jawatan yang tinggi di tempat
kerjanya dia telah melupakan ibu bapanya di kampung.
A. bagai sirih pulang ke gagang
B. bagai kacang lupakan kulit.
C. bagai aur dengan tebing.
D. bagai enau dalam belukar.

27. Shiva berasa gembira kerana dapat balik bertugas di negara sendiri setelah 15 tahun
berkhidmat di Kedutaan Malaysia di China. Keadaan ini diibaratkan
A. isi dengan kuku
B. hujan jatuh ke pasir
C. tikus jatuh ke beras
D. sirih pulang ke gagang.

28. Amalan menabung hendaklah dididik sejak kecil lagi. Bak kata pepatah
A. melentur buluh biarlah dari rebungnya
B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
D. genggam bara api biar sampai jadi arang.

29. Bilangan kenderaan di bandar-bandar besar semakin hari semakin meningkat


__________________.
A. bagai telur di hujung tanduk
B. seperti mencurah air ke daun keladi
C. seperti cendawan tumbuh selepas hujan
D. bagai aur dengan tebing.

30. Rafi dan Hadi selalu _____________untuk mempertahankan hujah masing-masing


walaupun mereka tahu akan kebenarannya.
A. lidah biawak
B. lidah bercabang
C. lembut lidah
D. bertikam lidah

Anda mungkin juga menyukai