Anda di halaman 1dari 46

Latihan Pengukuhan Tatabahasa (Tahun 4,5&6)

Bandingan Semacam

1. Puan Ainon tidak suka akan Mak Nora kerana mulutnya becok macam
________.
A. merpati B. bidadari
C. bendul D. murai

2. Timbuhan sampah itu berbau busuk macam ________.


A. bangkai B. salji
C. hempedu D. cuka

3. Rambut gadis itu ikal macam _______.


A. mayang B. galah
C. sembilu D. bidadari

4. Dia sedang mengasah pisau yang tumpul macam ________ itu.


A. salji B. belakang parang
C. pasir D. sembilu

5. Sawah padi itu terbentang luas macam ________.


A. gunung B. cermin
C. sungai D. lautan

6. Longgokan sampah yang busuk macam _______ itu menyebabkan


penduduk di Taman Aman kurang selesa.
A. najis B. durian
C. masam D. lembu

优学教育分享 1 www.youxue.com.my
7. Masakan kakak ________ macam air kerana dia terlupa membubuh
garam.
A. manis B. masin
C. masam D. tawar

8. Encik Tan disaman oleh polis kerana memandu keretanya laju macam
________ dan melebihi had laju yang ditetapkan.
A. arus B. kilat
C. roket D. burung

9. Gadis yang cantik macam _______ itu ialah anak Puan Khatijah.
A. bunga B. istana
C. merak D. bidadari

10. Beg sekolah adik berat macam ________ kerana semua bukunya
disimpan di dalam beg.
A. batu B. gajah
C. tunggul D. badak

11. Muka Lela ________ apabila disoal oleh gurunya secara tiba-tiba.
A. pucat seperti mayat B. putih seperti kapas
C. hitam seperti arang D. ganas seperti singa

12. Badan Mak Munah ______ akibat menderita penyakit yang berbahaya.
A. kurus seperti lidi B. bulat seperti bola
C. manis seperti madu D. gagah seperti gergasi

13. Muka Stacy _________ kerana tidak dapat pergi bercuti ke Melaka.
A. cantik seperti bidadari B. lembut seperti sutera
C. masin seperti garam D. masam seperti cuka

优学教育分享 2 www.youxue.com.my
Imbuhan
14. Puan Siti ________ bayinya hingga lena.
A. buaian B. membuaikan
C. berbuai D. terbuai

15. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah itu amat ________.


A. membosankan B. kebosanan
C. pembosan D. berbosan

16. Guru-guru sedang ________ tentang disiplin murid di bilik guru.


A. berbincang B. membincangkan
C. perbincangan D. pembincang

17. ________ tentu tidak disukai oleh semua orang.


A. Pembohongan B. Berbohong
C. Kebohongan D. Pembohong

18. Jayaratnam ________ rahsia itu kepada kawannya.


A. tercakap B. bercakap
C. pencakap D. cakapan

19. Anjing dan kucing sering ________.


A. cakaran B. dicakar
C. bercakaran D. tercakar

20. Para penonton telah ________ Stadium Sri Perwira untuk


menyaksikan perlawanan akhir bola sepak.
A. membanjiri B. kebanjiran
B. dibanjiri D. membanjir

优学教育分享 3 www.youxue.com.my
21. Para pengguna jalan raya dinasihati supaya tidak melakukan
perkara yang ________ undang-undang.
A. tersalah B. bersalah
C. kesalahan D. menyalahi

22. Penternak burung unta mampu ________ pendapatan yang lumayan.


A. peroleh B. perolehan
C. memperoleh D. memperolehi

23. Soon Keat dan Gimis ________ modal untuk memulakan perniagaan
dengan menjual akhbar-akhbar lama.
A. kumpulan B. berkumpul
C. kumpulkan D. mengumpul

24. Setiap peserta hendaklah menjaga ________ sepanjang mengikuti


perkhemahan ini.
A. tatacara B. tatasusila
C. tatabahasa D. tatanegara

25. Dalam ________nya, pengarang novel terkenal itu merakamkan


ucapan terima kasih kepada pihak yang membantunya menerbitkan
novel tersebut.
A. prauniversiti B. prasejarah
C. prasyarat D. prakata

26. _________ persatuan silat sedang memberi nasihat yang berguna


kepada anak didiknya.
A. Maharani B. Maharaja
C. Mahaguru D. Mahahakim

优学教育分享 4 www.youxue.com.my
Kata Adjektif
27. Tiang-tiang elektrik di tebing itu _________ selepas berlakunya
gegaran.
A. serong B. bengkok
C. bongkok D. condong

28. Motosikal yang dipandu laju itu __________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan.
A. jauh B. cepat
C. nyaris D. hampir

29. Michael Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________


mendengar berita tentang kemalangan itu.
A. sedih B. hairan
C. terkejut D. gembira

30. Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat
__________.
A. pantas B. cepat
C. deras D. kencang

31. Minyak yang berbau __________ itu telah dibuang oleh ibu.
A. hamis B. hapak
C. tengik D. hanyir

32. Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan kerana


membahayakan keselamatan orang ramai.
A. baru B. antik
C. retak D. kecil

优学教育分享 5 www.youxue.com.my
33. Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A. sibuk B. damai
C. serabut D. gembira

34. Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang _________.
A. hapak B. tengik
C. hamis D. haring

35. Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai
di rumahnya.
A. tertib B. gopoh
C. pantas D. cermat

36. Pemerintah negara itu sangat __________ kerana telah menindas


rakyatnya.
A. baik B. keras
C. kejam D. lembik

37. Farisha __________ tinggal bersendirian kerana ahli keluarganya


telah berkunjung ke pasar raya.
A. aneh B. boros
C. buruk D. bosan

38. Puan Maizarah menyediakan makanan yang __________ untuk


keluarganya.
A. elok B. lazat
C. hebat D. basi

39. Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang _________
dengan sayur-sayuran.
A. sarat B. sendat
C. sumbat D. sandal

优学教育分享 6 www.youxue.com.my
Kata Bilangan
40. Siew Moi mendapat tempat __________ dalam pertandingan nyanyian
itu.
A. dua B. kedua
C. kedua-dua D. satu

41. __________ buah kereta telah ditahan oleh polis trafik semalam.
A. Semua B. Para
C. Beberapa D. Segala

42. Setiap kesalahan ejaan akan ditolak 被减 __________ markah 分数.


A. kedua B. kedua-dua
C. setiap D. setengah

43. __________ jenis hadiah telah ditawarkan dalam pertandingan kuiz


itu.
A. Semua B. Sebilangan
C. Pelbagai D. Segala

44. Pak Hashim memasukkan __________ ekor burung itu ke dalam


sangkar yang cantik.
A. dua B. kedua
C. kedua-dua D. satu pertiga

45. __________ pelancong memuji keindahan pulau ini.


A. Para B. Beberapa
C. Pelbagai D. Masing-masing

46. Murid-murid mengemas ___________ peralatan sukan selepas


waktu Pendidikan Jasmani tamat.
A. para B. segala
C. sekalian D. segelintir

优学教育分享 7 www.youxue.com.my
47. Gempa bumi di Indonesia telah meragut __________ nyawa penduduk.
A. segala B. setengah
C. sesetengah D. beribu-ribu

48. Azlin telah mendapat tempat __________ dalam pertandingan


bercerita itu.
A. tiga B. ketiga
C. sepuluh D. setengah

49. Adik gementar pada hari __________ ke sekolah.


A. dua B. satu
C. pertama D. sesetengah

50. __________ hari, ibu bangun awal untuk menyediakan sarapan.


A. Semua B. Seluruh
C. Tiap-tiap D. Setengah

51. __________ orang anak Pak Mat telah berumah tangga.


A. Berbagai-bagai B. Para
C. Keempat-empat D. Pelbagai

52. __________ orang tidak suka akan bau petai.


A. Beberapa B. Sesetengah
C. Masing-masing D. Seluruh

53. Telah ___________ dia tidak pergi ke sekolah kerana demam.


A. bertahun-tahun B. berjuta-juta
C. berbagai-bagai D. berhari-hari

优学教育分享 8 www.youxue.com.my
Kata Ganda
54. Pekerja itu mencuci tangannya __________ selepas bercucuk tanam
di kebun.
A. elok –elok B. sihat-sihat
C. baik-baik D. bersih-bersih

55. Kepala paip di dalam bilik mandi itu tidak boleh ditutup
_________ dan perlu ditukar dengan kepala paip yang lain.
A. erat-erat B. rapat-rapat
C. ketat-ketat D. cukup-cukup

56. __________ pokok rambutan bertaburan memenuhi halaman


rumah nenek.
A. Dedalu B. Dedaun
C. Dedawai D. Bebawang

57. __________ mula beransur pulang apabila majlis hari jadi Melinda
sudah berakhir.
A. Jejaka B. Lelaki
C. Tetamu D. Tetangga

58. __________ Kok Seng terasa sakit kerana tertusuk tulang ikan.
A. Sesiku B. Kekisi
C. Kekuda D. Lelangit

59. Abang menasihati adik agar menggunakan __________ semasa


melintas jalan raya.
A. jejambat B. jejantas
C. jejari D. jejentik

60. Banyak __________ yang berterbangan di taman bunga itu.


A. kekuda B. tetupai
C. pepatung D. kekura

优学教育分享 9 www.youxue.com.my
61. Daging yang telah dikisar itu dibulatkan menjadi bentuk _______.
A. kekacang B. kekunci
C. bebola D. lelabi

62. Tin susu lama di dalam longkang itu dipenuhi dengan ________.
A. jejari B. lelabah
C. jejentik D. sesawang

63. Encik Jamal disaman kerana terdapat _______ di halaman rumahnya.


A. jejentik B. lelabi
C. lelabah D. kekura

64. Khalid selalu tersesat ketika memandu di Kuala Lumpur kerana


jalannya yang ber __________.
A. bengkang-bengkok B. simpang-siur
C. hiruk-pikuk D. tali-arus

65. Lisa agak __________ apabila mengetahui bahawa hanya dia


seorang yang belum menghantar buku latihan itu.
A. sedu-sedan B. kusut-masai
C. kelam-kabut D. keluh-kesah

66. Badan penagih itu _________ dan berbau hapak.


A. hancur-luluh B. kusut-masai
C. kurus-kering D. remuk-redam

优学教育分享 10 www.youxue.com.my
Kata Ganti Nama Diri

67. “Apakah yang sedang ___________ fikirkan,” tanya Romanah kepada


Yit Wei yang sedang duduk di atas tangga.
A. kamu B. kami
C. anda D. aku

68. “Ampun ___________, patik datang menghadap ,” kata Hang Jebat


Kepada Sultan Mansur Syah.
A. hamba B. baginda
C. tuanku D. beta

69. Puteri bongsu sedang beradu di dalam kamar. ___________


tidak mahu diganggu.
A. Baginda B. Tuanku
C. Beliau D. Beta

70. Encik Muthusamy guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Emerald. __________ amat menitikberatkan pelajaran murid-murid.
A. Dia B. Beliau
C. Tuanku D. Mereka

71. Penagih dadah itu merayau-rayau di sekitar stesen bas. ________


meminta sedekah untuk menyara hidup.
A. Dia B. Anda
C. Kamu D. Beliau

72. Grace murid yang rajin dan pintar. ___________ bukan sahaja
cemerlang dalam pelajaran malahan aktif dalam kokurikulum.
A. Dia B. Anda
C. Awak D. Kamu

优学教育分享 11 www.youxue.com.my
73. Jonathan bercadang hendak pulang ke kampung datuknya.
____________ ingin mengajak sepupunya turut serta .
A. Anda B. Mereka
C. Dia D. Saya

74. “Mengapakah ____________ sultan mencemar duli melawat ke pasar


ini?” tanya Mak Kundur kepada Badang.
A. tuanku B. baginda
C. beliau D. kalian

75. “Bilakah ____________ akan bertolak ke Kanada?” tanya Hana kepada


Syida sambil tangannya ditunjukkan ke arah Ika dan Athirah.
A. saya B. mereka
C. kita D. kami

76. “Cuba awak tanyakan tentang perkara itu kepada ___________,”


kata Azamasambil menudingkan jarinya ke arah sekumpulan budak.
A. baginda B. beta
C. mereka D. kalian

77. Tuan puteri jatuh gering. ____________ sultan berkenan untuk


menganugerahkan seuncang emas kepada sesiapa yang dapat
mengubati puterinya.
A. Patik B. Beta
C. Baginda D. Hamba

优学教育分享 12 www.youxue.com.my
Kata Hubung
78. Kita harus sentiasa ingat _________ bermain air ketika banjir
membahayakan keselamatan diri.
A. bahawa B. walaupun
C. sementara D. sungguhpun

79. Pihak sekolah mengadakan jualan amal _________ membantu


mangsa banjir di Kelantan.
A. apabila B. supaya
C. kerana D. untuk

80. Latihan kecemasan sangat penting kepada anggota penyelamat


_________menghadapi situasi yang tidak dapat diduga.
A. untuk B. kerana
C. supaya D. setelah

81. Encik Paulus memaklumkan _________ tanah runtuh yang berlaku di


Kuantan sudah dibersihkan.
A. agar B. kerana
C. supaya D. bahawa

82. “__________ melintas jalan raya, semua murid mestilah melihat ke


kiri dan ke kanan dahulu ,” kata CikguRamli.
A. Tatkala B. Selepas
C. Sebelum D. Semenjak

优学教育分享 13 www.youxue.com.my
83. “Jantung pisang ini sedap ________ dibuat ulam,” kata nenek.
A. agar B. selama
C. supaya D. jika

84. Semua orang tidak dibenarkan memasuki kawasan itu ________


kakitangan hospital sahaja.
A. malahan B. kecuali
C. bahawa D. lalu

85. Ayah merotan adik ________ dia tidak mahu mendengar nasihat.
A. atau B. sementara
C. kerana D. supaya

86. ________ kami bertolak pada awal pagi, kami akan sampai ke Kelantan
pada waktu malam.
A. Supaya B. Jika
C. Selama D. Sementara

87. Pertunjukan pancaragamnitu terpaksa ditunda akibat hujan lebat


________ semalam.
A. selagi B. tetapi
C. semenjak D. supaya

88. Kakak menyapu halaman rumah _______ menunggu rakannya tiba.


A. kalau B. sementara
C. malahan D. agar

优学教育分享 14 www.youxue.com.my
Kata Kerja
89. Rahim mengutip buah duraian yang _________ di dusun datuknya.
A. roboh B. rebah
C. gugur D. runtuh

90.

Si Jalak __________ di atas dahan kayu di tepi sawah.


A. berpegang B. bertenggek
C. berpijak D. berlunjur

91. Si Jalak __________ dengan nyaring menandakan hari hampir senja.


A. berdering B. berdenting
C. bergugur D. berkokok

92. Wan Yee _______ mi goreng itu perlahan-lahan kerana bibirnya luka.
A. menyudu B. menyuap
C. menggigit D. mengunyah

93.

Andy sedang __________ duit syiling ke dalam tabung beruang


yang dihadiahkan ibunya.
A. menyangkutkan B. menambahkan
C. memasukkan D. menghulurkan

优学教育分享 15 www.youxue.com.my
94.

Ayah sedang _______ semak-samun yang tumbuh di halaman rumah.


A. melibas B. menebas
C. memotong D. memukul

95.

Penerima Anugerah Penjaring Terbanyak itu __________ oleh rakan


sepasukannya.
A. dijulang B. diusung
C. diangkat D. dijunjung

96. Polis________tangan peragut yang ditangkap oleh orang ramai itu.


A. menggali B. menggari
C. mengguli D. menggelisah

97. Dari arah kandang itu kedengaran bunyi kambing __________.


A. mengaum B. menyalak
C. mengembek D. menguak

优学教育分享 16 www.youxue.com.my
98.

Emak ___________ adik semasa kami membeli-belah di pasar.


A. memikul B. memimpin
C. menjinjing D. mendukung

99. Kapal itu singgah di Peabuhan Klang sebelum _________ menuju ke


Pulau Langkawi.
A. berlepas B. berjalan
C. belayar D. berlabuh

100. Seekor burung helang berhenti terbang lalu _________ di atas


dahan pokok itu.
A.berbaring B. bersantai
C. bertenggek D. singgah

优学教育分享 17 www.youxue.com.my
Kata Nama Am
101.

Armita dan Jessica sering mengulang kaji pelajaran di _________.


A. kantin B. dewan
C. bilik D. perpustakaan

102.

Setiap hari, Soo Min membawa _________ ke sekolah.


A. baldi B. bakul
C. bekal D. besen

103.

Kamal berjalan di atas _______ yang usang itu dengan berhati-hati.


A. titi B. jejantas
C. sungai D. jejambat

104. Tat Meng mengambil ________ memarut kelapa di Kedai


Runcit Wah Kong.
A. gaji B. wang
C. duit D. bayaran

优学教育分享 18 www.youxue.com.my
105. Pekerja-pekerja _________ itu mengangkut arang batu
dengan menggunakan jentera khas.
A. lombong B. bengkel
C. hospital D. pejabat

106.

__________ telefon itu rosak akibat perbuatan budak-budak nakal.


A. Balai B. Tiang
C. Talian D. Pondok

107.

Encik Kumar menjalankan tugasnya sebagai __________ dengan baik.


A. kerani B. buruh
C. posmen D. pemandu

108.

Wanita itu kelihatan bergaya apabila memakai ________ yang baru


dibelinya.
A. rantai B. cincin
C. gelang D. subang

优学教育分享 19 www.youxue.com.my
109. Sebelum berbaring, Wani mengalaskan kepalanya dengan _______.
A. kayu B. bantal
C. kertas D. plastik

110. Encik Dhamaraj mendaftarkan nama untuk belajar secara sambilan


di _________.
A. tadika B. pejabat
C. sekolah D. universiti

111. Beberapa orang pekerja sedang menyimen _________ bola


keranjang di sekolah itu.
A. dewan B. padang
C. gelanggang D. perpustakaan

112. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C adalah seperti oren,


jambu batu dan _________.
A. sawi B. betik
C. lobak D. brokoli

优学教育分享 20 www.youxue.com.my
Kata Sendi Nama

113. Penanaman pokok keladi boleh dilakukan __________ menggunakan


anak keladi.
A. dari B. pada
C. dengan D. daripada

114. Encik Yao akan menyewakan rumah kedai itu ________sesiapa


sahaja yang berminat.
A. kepada B. terhadap
C. akan D. daripada

115. Encik Leong bekerja keras tanpa mengira penat lelah ________
kebahagiaan keluarganya.
A. oleh B. akan
C. demi D. terhadap

116.

Dia menampalkan notis itu __________ papan kenyataan.


A. pada B. ke
C. kepada D. terhadap

117. Kunci bilik sukan masih ada __________ Cikgu Remy.


A. di B. dari
C. pada D. kepada

118. Baju yang telah siap digosok itu digantung __________ dalam almari.
A. di B. pada
C. kepada D. antara

优学教育分享 21 www.youxue.com.my
119. Jarak __________ Ipoh dengan Kuala Lumpur lebih kurang tiga
jam perjalanan.
A. di B. antara
C. dalam D. pada

120. Mimi menyusun buku-buku itu __________ atas rak.


A. di B. ke
C. pada D. dalam

121. Kamal mengait buah rambutan itu __________ galah.


A. akan B. sejak
C. hingga D. dengan

122. Kasut kulit kesayangan abang itu digilapnya ________ berkilat.


A. dari B. sejak
C. dalam D. hingga

123. Ayah berbuat demikian ________ mengingatkannya agar


berhati-hati kelak.
A. untuk B. kepada
C. dalam D. oleh

124. Kad undangan perkahwinan ini saya terima _________ Encik Tan.
A. daripada B. kepada
C. terhadap D. pada

125. Baju yang comot itu dicuci __________ kakak.


A. kepada B. ke
C. oleh D. pada

优学教育分享 22 www.youxue.com.my
Kata Tanya
126. __________ letaknyaLegoland Malaysia?
A. Siapakah B. Di manakah
C. Ke manakah D. Mengapakah

127. _________ barang yang dibeli oleh ibu?


A. Siapakah B. Bagaimanakah
C. Bilakah D. Apakah

128. __________ pertandingan mengarang esei itu akan diadakan?


A. Bilakah B. Ke manakah
C. Berapakah D. Siapakah

129. __________ mata pelajaran kegemaran kamu?


A. Bagaimanakah B. Berapakah
C. Ke manakah D. Apakah

130. __________ bilangan adik-beradik Noris?


A. Siapakah B. Apakah
C. Berapakah D. Di manakah

131. __________ cara-cara untuk membuat uji kaji ini?


A. Di manakah B. Mengapakah
C. Bilakah D. Bagaimanakah

132. Sepasang baju kurung ini harganya _________?


A. siapa B. mengapa
C. berapa D. apa

133. _________ yang ditulis oleh budak lelaki itu?


A. Bilakah B. Apakah
C. Bagaimanakah D. Siapakah

优学教育分享 23 www.youxue.com.my
Kata Seru
134. ______, rupa-rupanya kamu yang datang ke rumah saya semalam!
A. Wahai B. Ah
C. Oh D. Wah

135. ________ anak-anakku, tuntulah ilmu sebanyak mungkin!


A. Wahai B. Hai
C. Nah D. Eh

136. ________, kasihan budak perempuan itu ditinggalkan ibunya!


A. Aduh B. Aduhai
C. Cis D. Nah

137. ________, sakitnya gigiku!


A. Amboi B. Wah
C. Cis D. Aduh

138. ________, berani engkau mengusik adikku!


A. Ah B. Nah
C. Cis D. Amboi

139. ________, terlupa pula hari ini cuti umum!


A. Oh B. Tahniah
C. Cis D. Ah

140. _______, kamu berjaya menewaskan juara tahun lepas!


A. Amboi B. Syabas
C. Nah D. Wah

优学教育分享 24 www.youxue.com.my
Penjodoh Bilangan
141. Posmen itu memasukkan se ________ surat ke dalam peti surat
rumah saya.
A.pucuk B. helai
C. keping D. lembar

142. Pihak berkuasa tempatan akan menggunakan beberapa ________


tanah itu untuk membina sebuah taman permainan.
A. gelung B. papan
C. keping D. bidang

143.

Johnson menyangkutkan se __________ kunci pada dinding.


A. gugus B. laras
C. bentuk D. cucuk

144. Se __________ guru sedang bermesyuarat di bilik guru pada


waktu petang.
A. orang B. kumpulan
C. kawan D. gerombolan

145.

Kelihatan beberapa __________ dakwat hitam pada lengan bajunya.


A. das B. tompok
C. urat D. botol

优学教育分享 25 www.youxue.com.my
146. Pelayan restoran memasukkan tiga __________ ais ke dalam
minumam itu.
A. ketul B. cubit
C. buah D. gelas

147. Rizal membeli se __________ pen merah di Kedai Runcit Setia.


A. urat B. baris
C. buah D. batang

148. Adik hanya makan dua __________ durian.


A. biji B. ulas
C. sikat D. pangsa

149.

Mariam membeli se __________ kalung mutiara bersempena hari


lahir ibunya.
A. utas B. butir
C. buah D. bentuk

150.

Puan Laila menanam se _________ pohon serai di belakang rumahnyan.


A. berkas B. batang
C. rumpun D. kelompok

优学教育分享 26 www.youxue.com.my
Simpulan Bahasa
151. Tulisan Khairi macam ________ kerana susah hendak dibaca.
A. rabun ayam B. cakar ayam
C. kaki lima D. rambang mata

152. Cikgu Izwan seorang yang kelakar. Semua murid ________


apabila beliau bergurau dengan murid-muridnya.
A. buah tangan B. geli hati
C. pencuci mulut D. otak cair

153. Shue Hui berasa ________ kerana telah dipilih sebagai


olahragawati terbaik.
A. kaki lima B. besar hati
C. ambil berat D. tanda mata

154. Ibu bapa haruslah ______ tentang pelajaran anak-anak mereka.


A. ambil hati B. besar hati
C. berat tulang D. ambil berat

155. Budak yang ________ itu dibenci oleh kawan-kawannya.


A. ada hati B. pasang telinga
C. hidung tinggi D. tangan terbuka

156. Guru disiplin ____ untuk mengatasi masalah disiplin murid-muridnya.


A. telinga nipis B. ada jalan
C. kaki bangku D. berat mata

157. Semua murid ________ semasa guru sedang mengajar.


A. telinga kuali B. pasang telinga
C. pekak badak D. kaki ayam

优学教育分享 27 www.youxue.com.my
158. Beberapa orang pejalan kaki singgah di ________ kedai itu
kerana hujan lebat.
A. mandi peluh B. curi tulang
C. rambang mata D. kaki lima

159. Badan budak itu kotor kerana dia ________.


A. mandi peluh B. ringan tulang
C. mandi kerbau D. tanah air

160. Jangalah kita ________ dalam hal mereka.


A. buah tangan B. dalam tangan
C. tangan terbuka D. campur tangan

161. Puan Mary menghidangkan puding buah-buahan sebagai ______.


A. mulut murai B. buah mulut
C. mulut tempayan D. pembasuh mulut

162. Tiada ada gunanya kamu bertengkar dengan Sian Zho yang
________ itu.
A. keras kepala B. kepala angin
C. berat mata D. naik angin

163. Christina ________ apabila mendapati bukunya dikoyak.


A. naik darah B. besar hati
C. panjang tangan D. mulut tempayan

优学教育分享 28 www.youxue.com.my
Kata Hampir Sama Makna
164. Baju kemeja yang baru dibeli oleh ibu tidak sesuai dengan abang
kerana _________.
A. lusuh B. singkat
C. pendek D. panjang

165. Kareena tidak mahu memakai baju yang dijahit _________ itu.
A. serong B. bujur
C. condong D. bengkok

166. Kakak _________ meja makan itu sehingga kering.


A. menyental B. mengelap
C. menggosok D. menggilap

167. Buah mangga yang telah masak itu telah _________ kerana lambat
dipetik.
A. gugur B. roboh
C. tumbang D. rebah

168. Mata air yang jernih _________ di celah-celah rekahan batu itu.
A. timbul B. muncul
C. terbit D. tampil

169. Keropok udang yang digoreng panas-panas itu _________ dan sedap
dimakan.
A. rapuh B. rangup
C. keras D. ringan

170. Puan Farisya _________ beberapa ekor ikan untuk juadah makan
tengah hari.
A. menanak B. menggoreng
C. menjerang D. mereneh

优学教育分享 29 www.youxue.com.my
171. Kakak jatuh ________ di atas lantai kerana mengigau semasa tidur.
A. terjunam B. terjatuh
C. terperosok D. tersemban

172. Minyak yang berbau ________ ini sudah tidak sesuai digunakan untuk
memasak.
A. tengik B. basi
C. hapak D. busuk

173. Pak Mat memberikan nasi _________ itu kepada ayam peliharaannya.
A. basi B. hapak
C. busuk D. hangit

174. Pak Senin _________ dua buah baldi besar yang berisi susu getah.
A. menjunjung B. membimbit
C. menjulang D. memikul

175. Kami terasa ________ api dari tempat membakar lemang.


A. hangat B. bahang
C. panas D. suam

176. Sejak kebelakangan ini, dia lebih suka memakai pakaian yang agak
_________.
A. longgar B. lebur
C. besar D. luas

177. Biskut yang terdedah kepada udara ini sudah _________.


A. lembut B. lembik
C. empuk D. lemau

优学教育分享 30 www.youxue.com.my
Kata Arah
178. Parit yang dalam itu terletak di _________ rumah Kok Keong.
A. atas B. dalam
C. penjuru D. belakang

179. Di _________ bilik darjah itu terdapat setimbun surat khabar lama.
A. antara B. atas
C. samping D. penjuru

180. Johor terletak di ________ Semenanjung Malaysia.


A. barat B. timur
C. utara D. selatan

181. Jarum kompas sentiasa menghala ke ________.


A. barat B. utara
C. timur D. selatan

182. Adik hanya berdiam diri di ________ kerusi itu ketika dimarahi oleh
ayah.
A. sisi B. dalam
C. atas D. luar

183. Mandy tekun membaca buku di ________ pokok itu.


A. luar B. bawah
C. dalam D. antara

184. Para penonton telah mulai masuk ke ________ panggung wayang.


A. dalam B. luar
C. atas D. sisi

优学教育分享 31 www.youxue.com.my
Kata Majmuk
185. Proses ________ bangunan itu dijangka mengambil masa selama tiga
bulan.
A. mengemas kini B. mengenal pasti
C. mengubah suai D. menokok tambah

186. Tugasnya akan ________ oleh pegawai baru.


A. ditokok tambah B. dikemas kini
C. ditunjuk ajar D. diambil alih

187. “________ guru amat diperlukan dalam proses pembelajaran,” kata


Lau Meng kepada kawan-kawannya.
A. Kemas kini B. Tunjuk ajar
C. Tindak balas D. Campur tangan

188. Emak sedang ________ tepung dan mentega untuk membuat kek.
A. mencampuradukkan B. mencampurgaulkan
C. menyalahgunakan D. menyejukbekukan

189. Wajah kanak-kanak itu _______ kerana sudah seminggu mengalami


demam panas.
A. pucat lesi B. cerah kulit
C. hitam putih D. kuning langsat

190. Wartawan itu ________ Menteri Pelajaran di Putrajaya petang


semalam.
A. beramah mesra B. menemu duga
C. bersoal jawab D. menemu bual

191. Memorandum itu telah _________ oleh wakil kedua-dua pihak.


A. dititikberatkan B. ditandatangani
C. dipatgandakan D. dicampurgaulkan

优学教育分享 32 www.youxue.com.my
192. ________ itu bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan
pengendalian kursus.
A. Kaji selidik B. Soal siasat
C. Soal jawab D. Maklum balas

193. Terdapat banyak bangunan ________ dibina di negara maju itu.


A. pemanjat langit B. penyusur langit
C. pencakar langit D. pencakar ayam

194. Masalah _________ dadah di negara ini semakin runcing.


A. penembualan B. pemberitahuan
C. penyoalsiasatan D. penyalahgunaan

195. Pelbagai juadah dijual di ________ itu.


A. medan magnet B. padang rumput
C. medan selera D. padang pasir

196. Yin Wei sanggup ________ mahkamah semata-mata untuk


mempertahankan haknya.
A. turun naik B. panjat tangga
C. turun bawah D. angkat bangsa

197. Puan Yee tidak dapat menyiapkan pakaian yang ditempah oleh
pelanggannya kerana _______nya rosak.
A. mesin taip B. mesin jahit
C. mesin kira-kira D. mesin pencetak

198. Beberapa orang murid sedang menjalankan _________ di makmal


sains.
A. uji kaji B. ulang kaji
C. kaji selidik D. soal selidik

优学教育分享 33 www.youxue.com.my
Kata Perintah
199. ________lah bergurau dengannya. Dia itu mudah terasa orangnya.
A. Sila B. Usah
C. Jemput D. Jangan

200. _________ sudilah menerimanya kerana hadiah ini memang untukmu.


A. Jangan B. Tolong
C. Harap D. Usah

201. “Hari sudah hampir malam, Devi. ________ pulang ke rumah


sekarang,” kata Cikgu Nora.
A. Sila B. Minta
C. Harap D. Jemput

202. ________ perhatian, latihan bola tampar pada petang ini dibatalkan.
A. Usah B. Minta
C. Tolong D. Harap

203. “________ senaraikan barang-barang yang hendak dibeli,” arah ayah.


A. Tolong B. Jemput
C. Harap D. Sila

204. “_________ masuk. Inilah rumah baharu saya,” kata Puan Mandy.
A. Jemput B. Tolong
C. Minta D. Harap

205. “________ bersabar, kawan-kawan.” Kita akan masuk ke dewan


sebentar lagi, ujar Kim Hock.
A. Jemput B. Harap
C. Jangan D. Usah

优学教育分享 34 www.youxue.com.my
Kata Bantu
206. “Kita ________ berikhtiar untuk mengatasi masalah ini.” Kata Puan
Chan.
A. mahu B. masih
C. mesti D. dapat

207. “Wang simpanan ini ________ saya gunakan apabila melanjutkan


pelajaran nanti,” kata Rachel.
A. masih B. harus
C. boleh D. telah

208. Pemenang peraduan itu ________ menerima hadiah tiket


penerbangan ke Korea Selatan.
A. pernah B. belum
C. telah D. masih

209. Rakyat Malaysia yang ingin menderma kepada mangsa bencana alam
________ menyalurkannnya kepada Tabung Bencana RTM.
A. belum B. boleh
C. akan D. telah

210. Kami ________ berlatih seperti biasa setiap hari kecuali pada hari
Sabtu dan Ahad.
A. akan B. masih
C. belum D. pernah

211. Sekumpulan kanak-kanak _________ bermain di taman permainan


walaupun hujan semakin lebat.
A. akan B. telah
C. masih D. belum

优学教育分享 35 www.youxue.com.my
Kata Penguat
212. Hasil karya al-Zahrawi yang ________ popular ialah ensiklopedia
perubatan Al-Tasrif.
A. nian B. sekali
C. paling D. benar

213. Lumut laut ________ tinggi nilainya kerana boleh dijadikan ubat-
ubatan dan menghasilkan pelbagai barangan.
A. benar B. nian
C. betul D. amat

214. Biskut yang rangup itu ________ sedp rasanya.


A. nian B. betul
C. sekali D. sungguh

215. Rasa buah mangga muda itu ________ masam.


A. amat B. betul
C. benar D. sekali

216. Suara penyanyi wanita separuh abad itu merdu ________.


A. betul B. agak
C. paling D. terlalu

217. Murid perempuan yang baru berpindah itu ________ pemalu


orangnya.
A. nian B. agak
C. betul D. benar

218. Laili gemar makan angin ke situ kerana pemandangannya yang indah
________.
A. nian B. agak
C. paling D. terlalu

优学教育分享 36 www.youxue.com.my
Penanda Wacana
219. Bekalan elektrik di rumah kami telah terputus. ________, kami
terpaksa memasang pelita.
A. Meskipun B. Kemudian
C. Namun begitu D. Oleh sebab itu

220. Peter cacat anggota. ________, dia berazam untuk berjaya seperti
orang lain.
A. Sungguhpun begitu B. Hal ini demikian
C. Selain itu D. Akhirnya

221. Kok Keong terpilih ke temu duga pegawai perhutanan. _______, dia
telah membuat persediaan yang rapi.
A. Oleh itu B. Kemudian
C. Malangnya D. Namun begitu

222. Lakaran corak dibuat di atas kain putih. ________, kerja mencanting
dijalankan.
A. Justeru B. Oleh itu
C. Selepas itu D. Di samping itu

223. Pulut itu dikukus sehingga masak. _______, sejukkan pulut di dalam
sebuah bekas.
A. Oleh itu B. Mungkin
C. Kemudian D. Sebaliknya

224. Perniagaan Encik Fansuri semakin maju. _______, beliau memerlukan


seseorang untuk membantunya.
A. Oleh itu B. Di samping itu
C. Namun demikian D. Selain itu

优学教育分享 37 www.youxue.com.my
Sinonim
225. Karina sedang menjemur pakaian pada ampaian di depan rumahnya.
A. melipat B. meletak
C. menyidai D. memusing

226. Keenakan masakan di restoran itu telah menambat hati para


pelanggan.
A. mencuri B. mengikat
C. menahan D. menawan

227. Encik Roy memperoleh laba setelah perniagaan yang diusahakannya


berkembang maju.
A. sihat B. untung
C. bahagia D. malang

228. Rakyat yang baik mestilah patuh akan undang-undang negara.


A. akur B. takut
C. faham D. ingkar

229. Tarian sewang juga dipersembahkan semasa menyambut kedatangan


pelancong.
A. melihat B. merayu
C. menarik D. menerima

230. Cikgu Virmala memberi tugasan kepada murid-muridnya.


A. nasihat B. ucapan
C. kerja D. ujian

231. “Saya sedar akan kesilapan saya yang suka membuang masa selama
ini,” kata Nathan.
A. keinsafan B. kebetulan
C. kesalahan D. keselamatan

优学教育分享 38 www.youxue.com.my
232. Pulut itu dibungkus dengan menggunakan daun pisang.
A. dipasang B. dibalut
C. diletak D. dihiris

233. Mesin pemprosesan keropok itu mudah dikendalikan.


A. sukar B. cepat
C. susah D. senang

234. Kami melihat persembahan makyung yang diadakan di Istana Budaya.


A. pertandingan B. pengeluaran
C. pertunjukan D. permainan

235. Dia berpakaian rapi semasa ke majlis makan malam itu.


A. segak B. kemas
C. tampan D. cantik

236. Ganesh cedera parah dalam kemalangan itu.


A. luka B. cacat
C. sakit D. tempang

237. Husin terhumban ke dalam parit setelah motosikal yang ditunggagnya


terlibat dalam kemalangan.
A. terjun B. tergolek
C. melayan D. tercampak

238. Pada masa lapang, bapa akan menanam sayur di belakang rumah.
A. kosong B. lebar
C. besar D. senggang

239. Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk.


A. terkena B. terbabit
C. terjatuh D. terlanggar

优学教育分享 39 www.youxue.com.my
Antonim
240. Suatu ketika dahulu, buruh paksa digunakan untuk menyiapkan jalan
kereta api.
A. sukarela B. degil
C. ikhlas D. mahir

241. Kain selimut itu akan diagihkan kepada mangsa banjir.


A. dibahagikan B. dihadiahkan
C. diambil D. dibuang

242. Cikgu Ahmad memarahi Badrul kerana mengingkari arahannya.


A. menyukai B. mematuhi
C. menjalankan D. mengkhianati

243. Buku-buku abang bertaburan di dalam bilik.


A. terselamat B. tersusun
C. bersepah D. berselerak

244. Abang terpaksa menggunakan kaki palsu setelah terlibat dalam


kemalangan jalan raya.
A. tulen B. kacukan
C. tiruan D. campuran

245. Sejak memulakan perniagaan pada bulan lalu, dia mendapat rugi besar.
A. untung B. kontrak
C. faedah D. modal

246. Kapal terbang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa


Kuching.
A. berangkat B. bertolak
C. berlepas D. berjalan

优学教育分享 40 www.youxue.com.my
247. “Sudah sebulan hujan tidak turun. Air sungai pun sudah semakin
cetek,” kata ketua kampung kepada penduduk Kampung Wawasan.
A. rendah B. dalam
C. tinggi D. tohor

248. Rumah besar itu terbiar usang sejak pemiliknya meninggal dunia.
A. kuat B. kukuh
C. tegap D. baharu

249. Tenangkan fikiran kamu ketika menjawab soalan-soalan yang


dikemukakan oleh penemu duga itu.
A. Kusut B. Luas
C. Sibuk D. Lapang

250. Banyak adat resam yang dianggap kolot dan tidak sesuai diamalkan
pada masa sekarang.
A. moden B. pintar
C. lama D. cerdas

251. Pasukan bola sepak negara telah mara ke perlawanan akhir setelah
berjaya menewaskan pasukan lawan.
A. kalah B. gagal
C. sampai D. menang

252. Tuan puteri yang cantik itu sangat disayangi oleh dayang-dayang.
A. jelita B. kacak
C. hodoh D. tampan

253. Negara Malaysia telah merdeka dan mencapai kemajuan mengikut


acuan sendiri.
A. dilepas B. dibebas
C. dijajah D. diarah

优学教育分享 41 www.youxue.com.my
Ayat Sama Maksud
254. Pak Busu menambat sampan itu pada sebatang tiang.
A. Pak Busu menambat sebatang tiang pada sampan itu.
B. Sebatang tiang tertambat pada sampan Pak Busu itu.
C. Sampan itu ditambat oleh Pak Busu pada sebatang tiang.
D. Sampan Pak Busu tertambat pada sebatang tiang.

255. Meja itu telah dilap oleh Kuan Meng dengan sehelai kain.
A. Sehelai kain telah Kuan Meng lap pada meja itu.
B. Meja itu telah Kuan Meng lap dengan sehelai kain.
C. Kuan Meng dilap oleh meja itu dengan sehelai kain.
D. Kuan Meng mengelap meja itu dengan sehelai kain.

256. Cikgu Nadia mengajarkan Bahasa Malaysia dan Matematik di sekolah


itu.
A. Bahasa Malaysia dan Matematik diajarkan oleh Cikgu Nadia di
sekolah itu.
B. Mengajar Cikgu Nadia Bahasa Malaysia dan Matematik di sekolah
itu.
C. Diajar oleh Bahasa Malaysia dan Matematik Cikgu Nadia di sekolah
itu.
D. Bahasa Malaysia dan Matematik mengajar Cikgu Nadia di sekolah
itu.

257. Almari itu tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun.


A. Almari itu tidak terbuka oleh sesiapa pun.
B. Sesiapa pun tidak dapat membuka almari itu.
C. Almari itu tidak dapat membuka sesiapa pun.
D. Sesiapa pun tidak dapat dibuka oleh almari itu.

优学教育分享 42 www.youxue.com.my
258. Murthi memapah adik keluar dari parit besar itu.
A. Parit besar itu dipapah adik Murthi keluar.
B. Adik memapah Murthi keluar dari parit besar itu.
C. Adik dipapah oleh Murthi keluar dari parit besar itu.
D. Murthi dipapah oleh adik keluar dari parit besar itu.

259. Mereka mengail ikan di sungai yang berdekatan dengan rumah Lee
Wong.
A. Ikan dikail oleh mereka di sungai yang berdekatan dengan rumah
Lee Wong.
B. Rumah Lee Wong yang berdekatan dengan sungai dikail ikan oleh
mereka.
C. Ikan mereka kail di sungai yang berdekatan dengan rumah Lee
Wong.
D. Mereka dikail ikan di sungai yang berdekatan dengan rumah Lee
Wong.

260. Kami menaiki bas itu di Stesen Bas Jalan Hang Tuah.
A. Stesen Bas Jalan Hang Tuah kami naiki.
B. Bas Hang Tuah dinaiki oleh kami di stesen bas itu.
C. Bas itu kami naiki di Stesen Bas Jalan Hang Tuah.
D. Bas itu dinaiki oleh kami di Stesen Bas Jalan Hang Tuah.

261. Pelukis terkenal yang melukis gambar yang tergantung pada dinding
itu.
A. Gambar yang tergantung pada dinding itu dilukis oleh pelukis
terkenal.
B. Gambar yang tergantung pada dinding itu melukis pelukis terkenal.
C. Gambar yang tergantung pada dinding itu terkenal dengan pelukis.
D. Gambar yang tergantung pada dinding itu pelukis terkenal lukis.

优学教育分享 43 www.youxue.com.my
262. Buku cerita itu telah dibalut oleh Lay Sin dengan plastik.
A. Plastik telah membalut buku cerita itu.
B. Buku cerita itu telah Lay Sin balut dengan plastik.
C. Lay Sin membalut plastik dengan buku cerita itu.
D. Lay Sin telah membalut buku cerita itu dengan plastik.

263. Saya membeli baju kebaya itu di Butik Gayaku.


A. Saya membeli Butik Gayaku di baju kebaya itu.
B. Baju kebaya itu saya beli di Butik Gayaku.
C. Butik Gayaku membeli baju kebaya saya.
D. Baju kebaya saya itu Butik Gayaku beli.

264. Kami yang menjual kuih-muih itu.


A. Kuih-muih itu kami yang jual.
B. Kuih-muih itu dijual oleh kami.
C. Menjual oleh kami kuih-muih itu.
D. Kuih-muih itu tidak terjual oleh kami.

265. Kamu memancing ikan ini di sungai?


A. Pancing ikan sungai ini kamu?
B. Ikan ini kamu pancing di sungai?
C. Ikan ini pancing kamu di sungai?
D. Ikan ini dipancing oleh kamu di sungai?

266. Sampah itu dibuang olehnya ke dalam tong sampah.


A. Tong sampah membuang sampah itu.
B. Sampah itu terbuangnya ke dalam tong sampah.
C. Dia membuang sampah itu ke dalam tong sampah.
D. Sampah itu membuangnya ke dalam tong sampah.

优学教育分享 44 www.youxue.com.my
Jawapan

1. D 39. A 77. C 115. C 153. B 191. B 229. D


2. A 40. B 78. A 116. A 154. D 192. A 230. C
3. A 41. C 79. D 117. C 155. C 193. C 231. C
4. B 42. D 80. A 118. A 156. B 194. D 232. B
5. D 43. C 81. D 119. B 157. B 195. C 233. D
6. A 44. C 82. C 120. A 158. D 196. A 234. C
7. D 45. A 83. D 121. D 159. C 197. B 235. B
8. D 46. B 84. B 122. D 160. D 198. A 236. A
9. A 47. D 85. C 123. A 161. D 199. D 237. D
10. B 48. B 86. B 124. A 162. A 200. C 238. D
11. A 49. C 87. C 125. C 163. A 201. A 239. B
12. A 50. C 88. B 126. B 164. B 202. B 240. A
13. D 51. C 89. C 127. D 165. A 203. A 241. D
14. B 52. B 90. B 128. A 166. B 204. A 242. B
15. A 53. D 91. D 129. D 167. A 205. B 243. B
16. A 54. D 92. D 130. C 168. B 206. C 244. A
17. D 55. C 93. C 131. D 169. B 207. C 245. A
18. A 56. B 94. B 132. C 170. B 208. C 246. C
19. C 57. C 95. A 133. B 171. D 209. B 247. B
20. A 58. D 96. B 134. C 172. A 210. B 248. D
21. D 59. B 97. C 135. A 173. A 211. C 249. A
22. C 60. C 98. D 136. B 174. D 212. C 250. A
23. D 61. C 99. C 137. A 175. A 213. D 251. A
24. A 62. C 100. D 138. C 176. A 214. D 252. C
25. D 63. A 101. D 139. A 177. D 215. A 253. C
26. C 64. B 102. C 140. B 178. D 216. A 254. C
27. B 65. C 103. A 141. D 179. D 217. B 255. D
28. C 66. C 104. A 142. D 180. D 218. A 256. A
29. A 67. A 105. A 143. A 181. B 219. D 257. B
30. C 68. C 106. D 144. B 182. C 220. A 258. C
31. C 69. A 107. C 145. B 183. B 221. A 259. A
32. C 70. B 108. A 146. A 184. A 222. C 260. C
33. B 71. A 109. B 147. D 185. C 223. C 261. A
34. C 72. A 110. D 148. B 186. D 224. A 262. D
35. C 73. C 111. C 149. A 187. B 225. C 263. B
36. C 74. B 112. B 150. C 188. B 226. D 264. A
37. D 75. B 113. C 151. B 189. A 227. B 265. B
38. B 76. C 114. A 152. B 190. D 228. A 266. C

优学教育分享 45 www.youxue.com.my
优学教育分享 46 www.youxue.com.my

Anda mungkin juga menyukai