Anda di halaman 1dari 3

Latihan Cuti Sekolah

Tatabahasa: Kata Ganda


_______________________

Nama: _______________________
Kelas :

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.


1.

Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan


burung.
A. kisi-kisi
C. tupai-tupai
B. orang-orang
D. laying-layang

2.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan


filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
C. porak-peranda
B gelap-gelita
D. terang-benderang

3.

Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika


menyertai aktiviti mewarna.
A comot-momot
C. serba-serbih
B koyak-rabak
D. compang-camping

4.

Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.


A hidup-hidup
C. betul-betul
B bulat-bulat
D. terang-benderang

5.

Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.


A bebola
C. dedaun
B jejari
D. kekabu

6.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan


Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
C. terbahak-bahak
B terkebil-kebil
D. tergelak-gelak

7.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.


A berkelip-kelip
C. berderet-deret
B berpinar-pinar
D. berliku-liku

8.

Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.


A dedaun
C. bebola
B kekabu
D. bebiri

9.

Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
C. bebola
B kekabu
D. bebiri

10. Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh


bangunan pencakar langit itu.
A haru-biru
C. kusut-masai

B keluh-kesah

D. tunggang-langgang

11. Sereena membalut hadiah itu ___________.


A kemas-kemas
C. kuat-kuat
B ketat-ketat
D. erat-erat
12. Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat
keracunan makanan.
A lemah-longlai
C. hiruk-pikuk
B lemah-gemalai
D. cirit-birit
13. Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap
pemuda itu tidak berbalas.
A tercungap-cungap
C. teresak-esak
B terbahak-bahak
D. tersipu-sipu
14. Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana
jalan itu merupakan jalan pintas.
A ulang-alik
C. mundar-mandir
B bolak-balik
D. lalu-lalang
15. Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong
yang
digunakan untuk menyimpan air minuman.
A kekuda
C. kekisi
B sesiku
D. lelabu
16. Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang
kemalangan.
A bersaing-saing
C. berluncur-luncur
B berbaris-baris
D. berderet-deret
17. Banyak __________ rendang yang ditanam di kawasan rekreasi itu.
A dedahan
C. dedaun
B pepohon
D. reranting
18. Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.
A jentik-jentik
C. anai-anai
B pijat-pijat
D. kura-kura
19. Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang
popular itu.
A ulang-alik
C. mundar-mandir
B lalu-lalang
D. mandi-manda
20. Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan
C. keanak-anakan
B kemalu-maluan
D. kemerah-merahan

21. Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun
yang
mengetahuinya.
A lambat-laun
C. senyap-senyap
B sorok-sorok
D. sayup-sayup

B dekat-dekat

D. diam-diam

32. Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat


tadi.
A hangar-bingar
C. dolak-dalik
B kucar-kacir
D. remeh-temeh

22. Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
A kusut-masai
C. comot-momot
B serba-serbih
D. compang-camping
23. Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden
rompakan kedai emas kelmarin.
A bertukar-tukar
C. berbalas-balas
B berhujah-hujah
D. berganti-ganti
24. Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
C. kumat-kamit
B lintang-pukang
D. lalu-lalang
25. Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan
membuat
pemeriksaan kebersihan.
A huru-hara
C. kelam-kabut
B remeh-temeh
D. kacau-bilau
26. Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
A mentah-mentah
C. semua-semua
B senang-senang
D. betul-betul
27. Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat
terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
C. terhuyung-hayang
B tersekat-sekat
D. terhincut-hincut
28. Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco
A berulang-alik
C. bersiar-siar
B meliang-liuk
D. membeli-belah
29. Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoisepoi bahasa.
A berkibar-kibar
C. bersiar-siar
B meliang-liuk
D. membeli-belah
30. Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
A bergumpal-gumpal
C. berkepul-kepul
B bersimpul-simpul
D. berketul-ketul
31. Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng
motorsikal ayahnya.
A erat-erat
C. betul-betul

33. Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.


A berketul-ketul
C. bergumpal-gumpal
B berbonggol-bonggol
D. bersimpul-simpul
34. Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk
mendengar ceramah yang disampaikan oleh caloncalon yang
bertanding.
A berhimpit-himpit
C. berebut-rebut
B berpusu-pusu
D. berbaris-baris
35. Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________
tidak kelihatan gondol.
A rumput-rampai
C. semak-samun
B gunung-ganang
D. bukit-bukau
36. Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A terketar-ketar
C. termangu-mangu
B tergigil-gigil
D. terkial-kial
37. Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari
jadinya yang ke-14.
A berseri-seri
C. berpinar-pinar
B berkilau-kilau
D. bersinar-sinar
38. Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.
A berbuai-buai
C. bergoyang-goyang
B berkibar-kibar
D. bergerak-gerak
39. Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.
A calar-balar
C. comot-momot
B bengkak-bengkil
D. bengkang-bengkok
40. Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya
yang sibuk itu.
A dekat-dekat
C. nyaris-nyaris
B kadang-kadang
D. hampir-hampir

Kertas soalan tamat

Anda mungkin juga menyukai