Anda di halaman 1dari 10

SET 1(GALUS)

Soalan 1-23
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Sejak .mula belajar di bandar, sikapnya mulai berubah.
A awak
B dia
C kamu
D kita

2. Amirul amat gemar mengekses internet menggunakan
di rumahnya.
A televisyen
B peti sejuk
C radio
D komputer

3. Slip peperiksaan itu ..dengan rapi di dalam sebuah laci.
A disimpan
B menyimpan
C simpanan
D simpankan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.


4. Anita dan Mei Ling..piala kemenangan mereka.
A mengepit
B menjunjung
C menjulang
D menatang

5. Ayahskru yang longgar sebelum membenarkan adik mengayuh basikal
itu.
A merapatkan
B mengetatkan
C mendekatkan
D menguatkan

6. Tayar motosikal abang menjadi..setelah terkena paku semasa dalam
perjalanan pulang dari pejabatnya.


A kemek
B kempis
C penyek
D leper
7. Kereta itu.terbabas kerana kecuaian pemandunya di sebuah selekoh
tajam.
A iras-iras
B dekat-dekat
C nyaris-nyaris
D benar-benar

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah



8. Emak sedangkaki seluar abang yang labuh.
A menggunting
B mengerat
C mencantas
D memangkas

9. Puan Sohani mengambil sekeping kertas dari.laci di bilik darjah 1 Airbus.
A sisi
B luar
C dalam
D tengah

10. anak perempuan Dr. Rashidah sedang menuntut di Mesir dalam
jurusan perubatan.
A Berdua-dua
B Kedua-dua
C Dua
D Kedua

11. Hampir..daripada pekerja kilang itu hilang punca pendapatan akibat
masalah kegawatan ekonomi.
A semua
B beberapa
C sesetengah
D separuh

12. Murid yang berasal Kajang itu tidak suka bercampur-
gaulmurid-murid yang sudah lama belajar di sini.
A daripada.dengan
B dari.terhadap
C dari..dengan
D daripada..terhadap

13. Buku cerita kanak-kanak yang laris di pasaran itu telah dikarang
.seorang penulis muda.
A dengan
B oleh
C demi
D dari

14. Rupa-rupanya adik sengaja bersembunyi di sebalik se..pokok serai
ketika dipanggil oleh abang.
A batang
B ruas
C baris
D rumpun

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah




15. Adnan menunggang basikal sambil membawa se pisang.
A biji
B sikat
C gugus
D tandan

16. .keadaan mangsa kemalangan itu setelah beberapa hari dirawat di
hospital,tanya Aida kepada jirannya.
A Dimanakah
B Mengapakah
C Kenapakah
D Bagaimanakah

17. ..kerana kamu telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan!
A Nah
B Syabas
C Takziah
D Amboi







Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.










18. Ramu .basikalnya yang rosak ke sebuah bengkel berhampiran
rumahnya.
A menarik
B mengheret
C menuntun
D mengusun

19. Kirana meminta maaf dia sampai lewat ke sekolah.
A tetapi
B kerana
C lalu
D sejak

20. Pemuda yang melakukan kesalahan itu terpaksadi dalam penjara
selama dua tahun kerana kesalahan yang sama.
A meringkuk
B menetap
C bermalam
D tinggal

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah



21. Pak Cik Leong sedang.......................buah-buahan yang dibeli oleh pelanggannya.
A menimbang
B membungkus
C membalut
D mengira




22. Zalina yang itu tidak membenarkan kawan-kawannya meminjam
pensil warna kepunyaannya.
A ringan tulang
B tangkai jering
C buruk siku
D hidung tinggi

23. Jalan menuju ke Cameron Highland dahulunya.sehingga ramai
yang pening sewaktu menuju ke sana.
A bersimpang-siur
B berlekak-lekuk
C berlopak-lopak
D bengkang-bengkok

24. Encik Tajul mengait buah kelapa di belakang rumahnya semasa cuti hujung minggu
lalu.
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
A menjolok
B mencolok
C memangkas
D mencantas

Pilih perumpamaan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

25. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu ..kerana
sama padan.
A bagai pinang dibelah dua
B bagai isi dengan kuku
C bagai dakwat dengan kertas
D bagai aur dengan tebing

Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan.

26. Agaknya bilakah Mak Uda akan berangkat ke Pulau Tioman untuk bercuti?
A Saya pasti Mak Uda tidak berminat untuk ke sana.
B Mak Uda memang akan ke sana pada cuti hujung minggu ini.
C Entahlah, saya pun tidak pasti.
D Mungkin betullah sangkaan awak itu.

Soalan 27, pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27. 1 Warga emas memang agak sensitif jika dibandingkan dengan golongan muda.
11 Pisang emas memang sedap kalau dimakan mentah-mentah
111 Kaum wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan barang emas.
1V Budak yang emas itu telah dapat diselamatkan.
A 1 dan 11
B 11 dan 111
C 111 dan 1V
D 1 dan 1V

Soalan 28,pilih ayat-ayat yang betul.

28. 1 Dia tidak mahu makan bila tidak disuap oleh neneknya.
11 Bawalah kereta dengan berhati-hati agar tidak terlibat dalam kemalangan.
111 Nah,ambillah wang ini buat belanja sehari dua ini!
1V Kenapakah wajah datuk muram sahaja sejak malam tadi?
A 1 dan 11
B 11 dan 111
C 111 dan 1V
D 1 dan 1V

Soalan 29,pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

29. Kuna sudah berada di hospital ini selama dua hari dua malam kerana menjaga datuknya
yang mengalami masalah sesak nafas.
A Datuk Kuna dijaga olehnya di hospital pada hari ini kerana mengalami masalah
sesak nafas.
B Kuna terpaksa bermalam di hospital ini selama dua hari dua malam kerana
mengalami masalah sesak nafas.
C Masalah sesak nafas menyebabkan Kuna terpaksa ditemani oleh datuknya dihospital
ini selama dua hari dua malam.
D Kuna bermalam di hospital ini kerana menemani datuknya yang mengalami masalah
sesak nafas selama dua hari.

Soalan 30,pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

30. Kita perlu mengetahui banyak perkara tentang negara ini jika kita mahu
menjadi seorang pemandu pelancong.
A Apakah ciri-ciri penting untuk menjadi seorang pemandu pelancong?
B Bagaimanakah syaratnya untuk menjadi seorang pemandu pelancong yang baik?
C Siapakah yang paling layak untuk menjadi seorang pemandu pelancong?
D Adakah saya layak untuk menjadi seorang pemandu pelancong?


Soalan 31 hingga 35 berdasarkan laporan di bawah.


Laporan Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Putri Perdana
Sekolah Kebangsaan Putri Perdana telah mengadakan sambutan Hari Guru bagi tahun 2013
dengan meriahnya pada 16 Mei 2013. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sambutan telah
diadakan dengan meriah pada tahun ini. Majlis sambutan tersebut bermula seawal jam 8.00
pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.
Tepat jam 8.00 pagi loceng dibunyikan.Semua warga sekolah berkumpul di dewan sekolah
yang telah dihias indah dengan bunga-bungaan seperti bunga ros merah dan orkid. Di
samping itu, riben berwarna-warni menghiasi pintu masuk ke dewan. Semua murid
menaburkan bunga rampai sebaik para guru memasuki dewan tersebut.
Acara pertama ialah nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu sekolah. Tujuan
dinyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai adalah untuk menyemaikan perasaan cinta
akan negara dan sekolah sendiri. Sebaik sahaja para guru duduk,semua murid mengucapkan
Selamat Hari Guru secara beramai-ramai. Selepas itu, wakil murid membacakan doa. Guru
Besar pula membacakan perutusan Menteri Pelajaran dan perutusan Pengarah Pelajaran
Malaysia.
Berikutnya, murid-murid mempersembahkan drama yang berkaitan dengan tugas harian para
guru. Para guru amat berterima kasih kepada murid-murid yang mempersembahkan drama
yang menghiburkan itu. Seterusnya murid-murid dihiburkan dengan telatah para guru yang
menyanyi secara beramai-ramai. Jika saban hari semua murid hanya melihat para guru
mengajar,pada hari sambutan ini mereka gembira kerana dapat mendengar suara para guru
menghiburkan mereka.
Akhir sekali diadakan acara sukaneka antara murid dan guru. Pelbagai acara disediakan untuk
para guru seperti isi air dalam botol,tarik tali dan meleret bola. Acara tamat kira-kira jam
11.00 pagi. Semua warga sekolah berasa amat seronok.


Laporan disediakan oleh, 19 Mei 201
naimah
( NAIMAH BINTI NAZLI)
Setiausaha Sambutan Hari Guru,
Sek.Keb.Putri Perdana.



31.Pada pendapat kamu,apakah tujuan sambutan Hari Guru diadakan saban tahun?
A Untuk menggembirakan seluruh warga sekolah.
B Untuk menghargai sumbangan para guru terhadap anak muridnya.
C Bagi membolehkan murid dan guru menyertai pelbagai acara.
D Sebagai acara tahunan setiap sekolah

32. Apakah acara menarik yang dapat dilihat oleh murid Sek.Keb.Putri Perdana semasa
sambutan Hari Guru berbanding hari-hari lain?
A Acara sukaneka
B Persembahan nyanyian
C Acara membacakan perutusan
D Acara nyanyian Negaraku

33. Siapakah yang tidak terlibat dalam Sambutan Hari Guru seperti dalam petikan?
A Guru Kelas
B Pengerusi PIBG Sekolah
C Ketua Pengawas
D Guru Penolong Kanan

34. Pilih pernyataan yang betul
A Guru Penolong Kanan sekolah membacakan perutusan Perdana Menteri
B Hanya murid-murid tahap dua yang terlibat dengan sambutan Hari Guru
C Sambutan Hari Guru berakhir jam 1.00 tengah hari
D Semua warga Sek.Putri Perdana gembira semasa Sambutan Hari Guru.

35. Perkataan menyemai dalam petikan boleh digantikan dengan
A menghasilkan
B menghiburkan
C memupuk
D menuai


Soalan 36 hingga 40 berdasarkan berita di bawah.


RAWANG, 20 Ogos - Sekolah Kebangsaan Kemahang (1) telah mengadakan
pertandingan mendeklamasikan sajak sempena Hari Bahasa peringkat sekolah.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama
Kelab Tradisional Kebudayaan. Menurut Pengerusinya, tujuan diadakan pertandingan
seperti ini adalah untuk menyemai perasaan bangga terhadap warisan seni turun-
temurun dan mengekalkannya melalui acara yang dipertandingkan.

Pertandingan telah berlangsung pada 18 Ogos 2012 bermula jam 9.00 pagi. Para
peserta telah mula mendaftarkan diri seawal jam 8.30 pagi. Sepuluh minit
sebelum pertandingan bermula, undian telah diadakan bagi menentukan giliran
para peserta. Menurut pengerusi pertandingan, seramai 11 orang peserta telah
mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini.

Seramai empat orang guru pakar telah dijemput untuk menghakimi pertandingan
mendeklamasikan puisi ini. Antara kriteria yang diambil kira ialah kelancaran,
intonasi dan suara serta pengamatan terhadap puisi yang dideklamasikan. Sebaik acara
bermula, seorang murid telah mendeklamasikan sebuah sajak sebagai pembuka tirai.

Pertandingan yang meriah itu telah berlangsung selama dua jam lebih.Para peserta
yang mengambil bahagian telah mempamerkan kebolehan masing-masing dengan
gaya dan cara tersendiri ketika mendeklamasikan puisi.Para guru berasa kagum dan
bangga dengan kebolehan semua murid yang terlibat.

Selepas selesai semua peserta mengambil bahagian, tibalah masa yang dinanti-
nantikan iaitu acara penyampaian hadiah. Tiga orang peserta yang mendapat tempat
teratas dan lima orang peserta telah diberi hadiah sagu hati. Murid-murid yang gagal
merebut sebarang tempat telah diberi sijil penyertaan.




36. Apakah acara yang telah diadakan oleh Kelab Tradisional Kebudayaan
Sek.Kebangsaan Kemahang (1)?
A Acara menulis puisi untuk kanak-kanak
B Acara mendeklamasikan puisi
C Acara kebudayaan tradisional
D Acara mendeklamasikan puisi dalam kalangan guru

37. Apakah tujuan utama pertandingan tersebut diadakan?
A Untuk membolehkan murid mendeklamasikan puisi
B Memberi peluang kepada murid-murid mendengar puisi
C Memupuk perasaan bangga terhadap keunikan budaya sendiri
D Melatih murid berani untuk menyertai pertandingan

38. Pada pukul berapakah pertandingan itu berakhir?
A 9.00 pagi
B 10.00 pagi
C 11.00 pagi
D Tidak diberitahu

40. Berapa orang pesertakah yang telah menerima hadiah?
A tiga orang
B lapan orang
C lima orang
D sebelas orang














SKEMA JAWAPAN SET 1

1. B 11. D 21.A 31. B
2. D 12. C 22.B 32. B
3. A 13. B 23.D 33. B
4. C 14. D 24.A 34. D
5. B 15. D 25.A 35. C
6. B 16. D 26.C 36. B
7. C 17. B 27.A 37. C
8. A 18. C 28.C 38. C
9. C 19. B 29.B 39. C
10.B 20. A 30.A 40. B

Anda mungkin juga menyukai