Anda di halaman 1dari 13

SULIT

011

NAMA
KELAS
SEKOLAH
RENDAH
SERI
CAHAYA
BANDAR BARU PERMAS JAYA, 81750
MASAI
UJIAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2016
TAHUN 5
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
1 jam

011
Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nama dan kelas anda pada


ruangan yang disediakan.
2. Kertas soalan ini mengandungi dua
bahagian: Bahagian A, dan Bahagian
B.
3. Kamu dikehendaki menjawab semua
soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
4. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A
diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
5. Bagi Bahagian B, jawapan kamu
hendaklah ditulis pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa:
Skor
Bahagian
Soalan
Penuh
A

Skor
Diperoleh

20
4
6

5
8
7

Jumlah

50

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak


Disediakan oleh
Disemak oleh
Disahkan oleh

: Encik Mohamad Norshahamy bin Padimin


: Puan Lilis Shafinaz binti Pornomo
: Encik James Ting Ang Chui
-BAHAGIAN A[20 markah]

011 Bahasa Melayu

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

011

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Guru Besar berucap di atas pentas. ______________ merasmikan Karnival Sains Dan
Teknologi di dalam dewan sekolah.
A Dia
B Beliau
C Mereka
D Anda

_______________mahu berangkat sekarang, titah Sultan Amiruddin kepada panglima


baginda.
A
B
C
D

Beta
Patik
Tuanku
Baginda

Beberapa ekor semut__________________ kuih donat yang dihidangkan di atas meja


itu.

A
B
C
D

mengerumuni
memusingkan
mendekatkan
mengelilingi

Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _____________.
A cerah
B
pudar
C luntur
D masam

Mereka telah mendiami rumah itu ____________ beberapa tahun yang lalu.
A dengan
B
dalam
C sejak
D untuk

______________ penduduk di taman itu menghadapi masalah kerana bekalan air terpaksa
dicatu.
A
B
C
D

011

Masing-masing
Sekalian
Setengah
Semua
[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

Wanita itu mempunyai _______________ yang amat menawan.


A paras rupa
B
kakitangan
C bijak pandai
D mata kepala

Kanak-kanak yang ___________ itu amat pandai menari.


A
B
C
D

011

ayu
kacak
comel
anggun

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Datuk meniup lilin yang dicacakkan di _____________ kek hari lahirnya.


A tepi
B atas
C sisi
D belakang

10 Mak Cik Aminah memimpin tangan anaknya ______________ berjalan perlahan-lahan di


tepi pantai.
A meskipun
B kecuali
C tetapi
011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT
D
11

011

sambil

_________________ di tengah sawah itu tumbang akibat ditiup ribut malam tadi.
A Anting-anting
B
Angin-angin
C Layang-layang
D Orang-orang

12 _____________, cantiknya kraf tangan yang kamu buat ini!


A Aduhai
B Amboi
C Hai
D Wah

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Ikan di dalam ______________ itu boleh dimakan apabila telah masak secukupnya.
A
B
C
D

pengukus
mengukus
berkukus
kukusan

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14

Jangan bermain di tepi jalan raya, kata datuk kepada cucunya.


A Datuk melarang cucunya bermain di tepi jalan raya.
B Datuk menggesa cucunya bermain di tepi jalan raya.
C Datuk meminta cucunya bermain di tepi jalan raya.
D Datuk menyuruh cucunya bermain di tepi jalan raya.

15 Tayar basikal yang pancit itu telah dipam oleh Kamal.


A
B
011

Tayar basikal Kamal yang pancit itu dipamnya.


Kamal dipam oleh tayar basikalnya yang pancit.
[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT
C
D

011

Kamal telah mengepam tayar basikalnya yang pancit itu.


Tayar basikal mengepam Kamal yang pancit itu.

Pilih perkataan bergaris dengan betul


16 A

Pondok di tepi sawah itu rendang.

Layang-layang Azmir naik rendang.

Warna bulu ayam rendang itu sangat cantik.

Rendang ayam ini sedap tetapi agak pedas.

Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu pagi, keldai meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Keldai
meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sungguh segar. Pada masa yang
sama, tiada haiwan yang berada di situ. Keldai dapat meragut rumput dengan senang hati.
Oh, sungguh beruntung aku hari ini! kata keldai dengan riangnya.
Tiba-tiba, keldai ternampak seekor serigala yang sedang kelaparan menuju ke
arahnya.
Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku melarikan diri, sudah tentu
serigala berjaya mengejar aku, bisik keldai yang sedang ketakutan. Tiba-tiba keldai
mendapat akal. Keldai memberanikan dirinya, keldai berpura-pura berjalan dengan
selamba menuju ke arah serigala.
Apakah yang sedang berlaku? Mengapakah kamu tidak melarikan diri apabila
ternampak aku? Tanya serigala kehairanan.
Tiada gunanya aku melarikan diri kerana kamu akan mengejar dan menangkap
aku. Akhirnya, aku akan menjadi makanan kamu, kata keldai dengan berani.
Memang betul kata kamu itu, tambah serigala lagi.
Wahai serigala, kakiku tertusuk duri, bolehkah kamu mencabutnya? Tanya keldai
berpura-pura berbuat baik.
Baiklah, kata serigala.
Keldai pun menghulurkan kakinya kepada serigala. Ketika serigala tunduk untuk
mencabut duri itu, keldai segera menendang muka serigala dengan kuat. Serigala menjerit
011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

011

sekuat hati kerana kesakitan. Hidung serigala telah berdarah dan beberapa batang giginya
patah. Keldai pula membuka langkah seribu meninggalkan serigala yang menjerit-jerit
kesakitan itu.

17 Simpulan bahasa langkah seribu dalam petikan bermaksud


A
B
C
D

meninggalkan kawan dengan segera.


lari dengan cepat akibat takut.
menyelamatkan diri.
berlari setempat.

18 Mengapakah keldai berasa beruntung?


A Dapat meragut rumput di padang.
B Ternampak seekor serigala.
C Kakinya sakit tercucuk duri.
D Dapat meragut rumput sehingga kenyang.
19 Serigala berasa kehairanan kerana
A keldai tidak melarikan diri sebaik sahaja terlihat dirinya.
B keldai kekenyangan meragut rumput.
C keldai berjaya menendang mukanya.
D kaki keldai tertusuk duri.
20 Pilih pernyataan yang benar tentang keldai.
A Meragut rumput ketika hari hampir senja.
B Meragut rumput di tepi sungai.
C Seekor binatang yang bijak.
D Gagal menipu serigala.

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

011

-BAHAGIAN B[15 markah]


Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.
sejak
supaya

dan
namun

dari
dengan

Amy dan Faizah berkawan ______________ kecil lagi. Mereka selalu bermain bersama,
belajar bersama dan ke sekolah bersama. Hubungan mereka sangat akrab _____________
dahulu hinggalah mereka menjangkau usia 17 tahun. Ketika mereka hanya tinggal beberapa
minggu sahaja lagi hendak menduduki SPM, berita buruk diterima oleh Faizah. Faizah
disahkan menghidapi penyakit kanser darah. Hayatnya hanya untuk beberapa bulan sahaja
lagi. Walaupun Faizah sangat sedih apabila mendapat berita ini, ______________ dia tetap
tabah. Dia tidak mahu Amy turut berasa sedih. Faizah menerima keadaan itu _____________
sabar dan berserah. Dia mahu, kawan baiknya itu berjaya dalam SPM nanti.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat Tanya:

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

011

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan : Azman berasa sangat gembira ketika hendak pulang ke kampung kerana
dia sudah lama tidak berjumpa dengan datuk dan neneknya.
[2 markah]

b.

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Emak

Amira

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
c.

011

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

011

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Malam itu selepas terawih, saya sekeluarga mengemas pakaian untuk pulang ke
kampung nenek. Selesai solat Subuh keesokan harinya, kami terus bertolak ke kampung
nenek di Arau, Perlis. Kami tiba di kampung kira-kira pukul 12.00 tengah hari.
Nenek dan datuk sedang merebus ketupat dan memasak pelbagai jenis lauk. Mereka
sungguh gembira kerana kami pulang berhari raya bersama-sama mereka. Selesai berbuka
puasa dan solat Maghrib, kami menikmati ketupat, rendang dan pelbagai juadah yang
dimasak oleh nenek.
Datuk dan nenek memang menunggu kepulangan kami untuk membakar lemang.
Malam itu, kami sekeluarga membakar lemang. Adik-adik seronok bermain bunga api dengan
saudara-mara. Ayah memerhati keselamatan mereka.
Keesokan hari, kami bangun awal. Sebelum ke masjid, saya sekeluarga memohon
maaf daripada datuk dan nenek. Saya memeluk dan mencium ibu dan ayah serta memohon
maaf daripada mereka. Selepas solat Aidilfitri, kami sekeluarga menikmati juadah yang
disediakan. Lemang menjadi pilihan hati saya kerana bekas tangan saya malam tadi.
Saya dan keluarga berpeluang beraya dengan saudara-mara di sekitar kampung. Kami
menunggang basikal beramai-ramai. Kami mendapat duit raya. Setelah seminggu berada di
kampung, kami berkemas untuk pulang. Tahun ini saya dapat mengumpulkan banyak duit
raya. Pengalaman berhari raya di kampung sungguh menyeronokkan saya.
a. Bilakah penulis dan keluarganya pulang ke kampung nenek?
_____________________________________________________________________
011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

10

011
[1 markah]

b. Nyatakan hidangan yang dimasak oleh nenek dan datuk penulis.


i.

______________________________

ii.

______________________________
[2 markah]

c. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis semasa hari raya?


i.
ii.

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
[ 2markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Setiap orang mempunyai rakan baik dan tidak terkecuali saya. Nama rakan baik saya
ialah Muhammad Irfan. Saya dan kawan-kawan yang lain memanggilnya Irfan. Dia
dilahirkan pada 29 April di Hospital Batu Pahat. Usia dia kini ialah 12 tahun. Walaupun dia
dua tahun lebih tua daripada saya, namun hubungan kami sangat rapat.
Kami menjadi sahabat baik sejak saya berusia lima tahun lagi. Sikapnya yang ramah
dan ceria menyebabkan saya amat suka berkawan dengannya. Dia juga seorang yang sangat
rajin dan berbudi bahasa.
Selain aktif dalam bidang sukan, Irfan juga amat bijak dalam semua mata pelajaran
terutamanya mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik. Dia selalu mendapat pujian
daripada guru-guru dan menjadi murid contoh di sekolah kami. Irfan tidak kedekut akan ilmu
yang dimilikinya. Dia selalu memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid yang lain.
Di sekolah, Irfan merupakan seorang pengawas yang sangat berdisiplin. Dia
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, adil dan berdedikasi. Oleh sebab itu, dia
telah dilantik menjadi ketua pengawas semasa berada di Tahun Enam.
Irfan seorang yang sangat petah apabila bercakap. Dia kerap mewakili sekolah dalam
pertandingan syarahan, bercerita, sajak, pantun dan berlakon. Irfan mempunyai bakat yang
sangat meluas dan mampu mempamerkan persembahan yang sangat baik. Tahun hadapan,
Irfan akan melangkah ke sekolah menengah. Saya berharap agar persahabatan kami kekal
hingga ke akhir hayat.
a. Ketika ini, penulis berusia _________________________.
[1 markah]

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

11

011

b. Mengapakah penulis suka berkawan dengan Irfan?

[ 2 markah]
c. Bagaimanakah Irfan menjalankan tugasnya di sekolah?

[ 2 markah]

d. Pada pendapat anda, wajarkah Ifran diberikan anugerah murid cemerlang? Jelaskan
pernyataan anda.

[ 3markah]

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
SIMPANG PULAI, Sabtu Sekurang-kurangnya empat cerun bukit dikenal pasti mengalami
pergerakan kecil tanah berikutan hujan sejak lima hari yang lalu. Jabatan Kaji Cuaca Ipoh
melaporkan semua cerun tersebut dalam keadaan terkawal.
Cerun-cerun yang terbabit ialah di jalan susur ke Simpang Pulai, jalan ke Pos Slim
dan jalan ke Kampung Bukit Raja. Para pengguna yang sedang menuju ke Cameron
Highlands diminta berhati-hati semasa melalui jalan tersebut.
Menurut Pengarah Jabatan Kaji Cuaca Ipoh, Encik Mahmood, pergerakan kecil
tersebut dijangka akan berlarutan selagi hujan tidak berhenti. Oleh itu, pihak Jabatan Kaji
Cuaca akan sentiasa memantau lokasi tersebut demi memastikan keselamatan pengguna di
jalan itu terjamin.
Pada masa yang sama, beliau mengingatkan para pemandu agar mematuhi had laju
yang telah ditetapkan iaitu 50 kilometer sejam. Para pemandu juga diharapkan tidak sekalikali memotong kenderaan di hadapan. Selain itu, pemandu juga diingatkan agar memasang
lampu kenderaan ketika hujan atau semasa kabus tebal.

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

12

011

Pihak Jabatan Kaji Cuaca Ipoh meminta para pengguna jalan raya segera
menghubungi mereka jikalau ternampak pergerakan tanah di mana-mana lokasi yang
berhampiran.
a. Nyatakan cerun yang mengalami pergerakan kecil tanah.

i.

______________________________________________

ii.

______________________________________________
[2 markah]

b. Apakah punca pergerakan kecil tanah berlaku?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[1 markah]
c. Kepada siapakah pengguna jalan raya boleh melaporkan kejadian pergerakan tanah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[1 markah]
d. Berikan makna perkataan berikut:
i.

Cerun

: ___________________________________

ii.

Berhati-hati

: ___________________________________

iii.

Lokasi

: ___________________________________
[ 3 markah]

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

SULIT

13

011

-KERTAS SOALAN TAMAT-

011

[Lihat Sebelah]
SULIT

Anda mungkin juga menyukai