Anda di halaman 1dari 5

Ragam Ayat

1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

                        (a) ayat penyata;

                        (b) ayat tanya;

                        (c) ayat perintah;

                        (d) ayat seruan.

2. Keterangan dan contoh ayat- ayat tersebut adalah seperti berikut:

 (a) Ayat penyata

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.

Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda,


kejadian, dan sebagainya.

   Contohnya:

                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.

                        ii. Lembu itu akan dijual.

IIIBudak-budak itu bermain di tepi longkang.

   (b) Ayat tanya

1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,


binatang dan sebagainya.

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya

i.  Berapakah harga kasut itu?

ii.  Sudahkah adik minum susu?

iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.


1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan
mengapa.

2. Diakhiri dengan partikel -kah.

Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.

2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )

contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang


melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada

a. Ayat Suruhan

b.Ayat Permintaan

c.Ayat Larangan

d.Ayat Silaan

Contohnya:

a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.

2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.

Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.

            Turunlah dari sini sekarang juga.

Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.

2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.


Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.

            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .

2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.

3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Contoh : Jangan minum air itu.

            Usahlah menangis lagi.

Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.

3. Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.

            Jemputlah menikmati

Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(d) Ayat seruan

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit,
hairan dan sebagainya.

Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:

i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!

ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!

Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.

2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.


3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:

(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.

(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……

(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri
kedua. Contohnya:

            i. Bola itu saya tendang.

            ii. Borang itu perlu anda isi.

(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu
dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:

(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata
ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.

(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata
ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.

(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4.         Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.

Contohnya:

Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.

(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.

(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.

(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.

(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.

(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.

(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga


(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.

(b) Baginda meminta rakyat supaya (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya

bersabar. bersabar.

(c) Beliau mengarahkan orang ramai (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau

supaya beratur. supaya beratur.

(d) Dia sedang menjahit baju. (d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.

2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.

3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.

4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.

5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi pa

Anda mungkin juga menyukai