Anda di halaman 1dari 3

Cerpen : Tikus Kampung Dan Tikus Bandar

Pada suatu petang, Tikus Bandar telah pulang ke kampung untuk melawat sepupunya iaitu Tikus
Desa. Tikus Desa telah menghidangkan makanan seperti jagung, anggur dan epal kepada Tikus
Bandar. Tetapi Tikus Bandar tidak menyukai makanan tersebut seraya berkata kepada sepupunya. “
Datanglah ke bandar dan lihatlah sendiri kehidupan kami di bandar.”

Memandangkan Tikus Desa tidak pernah menjejakkan kaki ke bandar. Maka Tikus Desa yang teruja
telah bersetuju menerima pelawaan Tikus bandar. Apabila Tikus Desa sampai di bandar, dia begitu
terkejut melihat suasana bandar. Tikus Desa tidak selesa dengan kawasan di bandar yang dipenuhi
bunyi bising. Apatah lagi dia nyaris dilanggar oleh kereta yang mundar –mandir di jalan raya.

Akhirnya, mereka sampai di tempat tinggal Si tikus Bandar. Tikus Bandar menjemput sepupunya
masuk. “Marilah masuk .” Tanpa melengahkan masa, Tikus Desa mengikut Tikus Bandar ke meja
makan. Tikus Desa begitu gembira apabila melihat pelbagai jenis makanan lazat terhidang di atas
meja. Ketika mereka ingin menyantap makanan yang lazat itu, tiba-tiba terdengar jeritan yang kuat .
“ Pergi dari sini, Pencuri ! Nanti aku pukul kamu !”

Tikus-tikus tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sebaik sahaja mereka berjaya
menyelamatkan diri, Tikus Bandar meminta maaf. “Maafkan aku atas kejadian sebentar tadi. Mari
kita ke rumah lain. Di sana mungkin terdapat lebih banyak makanan dan selamat.”

Tikus Desa menjawab kepada Tikus Bandar. “Terima kasih sahaja, Biarlah aku pulang ke kampung.
Walaupun makanan aku tidak lazat dan kehidupanku sederhana. Tetapi aku memiliki kehidupan
yang aman dan tenang.

Peristiwa seram yang tidak dapat dllupakan


Saya dilahirkan pada tahun 2008 di Hospital Kapit dan membesar di sana. Saya begitu gemar
menunggang basikal bersama kawan-kawan saya. Kadang-kadang saya berbasikal sehingga lewat
petang dan malam. Pada suatu malam, saya pulang lewat ke rumah dan terus menuju ke bilik
mandi.

Semasa saya sedang mandi tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan dari dalam mesin basuh. Namun
bunyi tersebut lenyap sebaik sahaja saya mengalihkan pandangan ke arah mesin tersebut. Tiada
sebarang perkara yang mencurigakan mungkin itu hanya imaginasi saya.

Ketika saya mengenakan pakaian, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan cermin dari arah luar. Saya
terkejut serta-merta bulu roma saya meremang. Saya mula ketakutan dan jantung saya berdegup
kencang. Tiba-tiba pintu bilik saya diketuk, saya mengeletar ketakutan. Sejurus itu terdengar suara
ibu memanggil saya untuk makan malam. Saya menarik nafas lega.

Selesai makan malam , saya membantu ibu saya mencuci pinggan. Bunyi ketukan misteri kembali
menjelma. Kini ketukan misteri itu kedengaran dari arah pintu dapur. Tanpa melengahkan masa,
saya bergegas masuk ke bilik.

Sekitar jam 8.30 malam, saya sedang menyiapkan latihan di dalam bilik. Saya berusaha melupakan
bunyi-bunyi ketukan yang misteri itu. Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran nama saya dipanggil
seseorang. Bunyi suara tersebut datang dari atas siling yang berlubang di dalam bilik saya. Perasaan
ingin tahu meluap-luap dalam diri saya. Saya segera mendapatkan tangga lalu memanjat ke atas
siling.

Keadaan di dalam lubang tersebut sangat gelap. Saya menyuluh melihat keadaan di dalam lubang
tersebut. Mata saya terhenti apabila melihat sesuatu objek seolah-olah jasad manusia. Kaki saya
mula terasa longlai, badan saya mula mengeletar ketakutan. Tiba-tiba jasad tersebut bergolek laju
ke arah saya. Jasad tersebut merupakan mayat seorang wanita. Pandangan saya menjadi gelap.

Keesokkannya harinya, saya tersedar daripada pengsan. Saya terasa sakit di bahagian kaki. Kaki saya
mempunyai kesan calar dan berdarah. Saya segera menceritakan kepada ibu dan ayah tentang
kejadian yang berlaku semalam. Mereka membawa saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Akhirnya, lubang yang menakutkan di dalam bilik saya telah ditutup dan ditampal dengan kayu oleh
ayah. Saya juga tidak ketakutan lagi apabila berada di dalam bilik bersendirian.

Anda mungkin juga menyukai