Anda di halaman 1dari 23

Aspek

Tatabahasa
SINTAKSIS:

JENIS-JENIS AYAT
Jenis- jenis ayat
Ayat-ayat dalam bahasa Melayu

boleh dibahagikan kepada empat

jenis, iaitu

ayat penyata

ayat tanya

ayat perintah

ayat seruan.
1.Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan

atau menerangkan sesuatu hal.

Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Ayat contoh:

a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.


2. Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk

menanyakan sesuatu hal.

Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu

(i) ayat tanya dengan kata tanya

(ii) ayat tanya tanpa kata tanya.

Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.


Masihkan anda ingat
kata tanya dan
penggunaannya?
Ayat tanya dengan kata
tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya

seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana, berapa dan sebagainya.

Ayat contoh:

a) Barang itu apa?

b) Pemain piano itu siapa?

c) Hari jadi kamu bila?

d) Pejabat pos di mana?

e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

Ayat tanya perlu menerima partikel "-kah" apabila kata tanya diletakkan di

hadapan ayat.

Ayat contoh:

a) Apakah barang itu?

b) Siapakah pemain piano itu?

c) Bilakah hari jadi kamu?

d) Di manakah pejabat pos?

e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?


Ayat tanya tanpa kata
tanya

Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan

meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?

b) Pemuda itu malas?

c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?


Ayat tanya tanpa kata
tanya
3. Ayat perintah
Ayat perintah terbahagi
kepada empat iaitu:
Ayat Suruhan
Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Tutup tingkap itu.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.

1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.


2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.

1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.


2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segera.
4. Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti

takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.

Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.

Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan

sebagainya.

Ayat contoh:

a) Amboi, cantiknya gadis itu!

b) Wah, mahalnya baju ini!

c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!

d) Cis, berani kamu pukul saya!

e) Syabas, kamu telah menang!


Apakah kata seru
yang anda ketahui?
Kamu mesti
ingat ya
anak-anak.
Terdapat juga ayat seru tanpa menggunakan kata seru.
Latihan
Tentukan jenis ayat di bawah :

1.Aduh, sakit kakiku ini!


2. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5 .Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?
KUIZ?

https://quizizz.com/join?gc=331744

SEDIA? YA TIDAK
SEDIA?

Anda mungkin juga menyukai