Anda di halaman 1dari 14

JENIS – JENIS AYAT

AYAT PENYATA
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan
dengan maksud untuk menyatakan atau
menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.
contoh:
a) Murid-murid sedang mengulang kaji
pelajaran di perpustakaan.
b) Nani tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Ayah sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Sabah.
AYAT PENYATA
 Ayat contoh:
 a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji
pelajaran di perpustakaan.
 b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari
ini.
 c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
 d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
 e) Kami sekeluarga akan melancong ke
Taiwan.
AYAT TANYA

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan


untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat
tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya
dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat
dalam tulisan.
AYAT TANYA
 Ayat contoh:
 a)  Adik masih belum makan?
 b)  Pertandingan perbahasan itu akan
diadakan minggu hadapan?
 c)   Bas itu sudah bertolak?
AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat
jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan
AYAT PERINTAH
 a) Ayat Suruhan
 - Minumlah teh ini dahulu.
 b) Ayat Larangan
 -  Jangan petik bunga itu.
 - Usah bermain di tepi jalan.
 - Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
 c) Ayat Silaan
 - Silalah pakai topi keledar.
 - Jemput makan bersama-sama.
 d) Ayat Permintaan
 - Minta anda semua bersabar.
 - Tolong ambilkan saya secawan air.
AYAT SERUAN
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk
melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira,
sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat
seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi,
wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!
AYAT SERUAN
 Ayat contoh:
 a) Amboi, cantiknya gadis itu!
 b) Wah, mahalnya baju ini!
 c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
 d) Cis, berani kamu pukul saya!
 e) Syabas, kamu telah menang!
BINA AYAT TANYA
BINA AYAT PERINTAH
BINA AYAT SERUAN
AYAT PENYATA
NYATAKAN JENIS AYAT
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)
2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa.
(____________)
3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)
4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang
mengerikan itu. (____________)
5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)
6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu.
(____________)
7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)
8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)
9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)
10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan.
(___________)

Anda mungkin juga menyukai