Anda di halaman 1dari 2

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-

Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk
mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
di Bangkok semasa proses pendatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok.
Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina). Tun Abdul Razak
(Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Prinsip utama ASEAN


Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

 Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti


nasional semua negara
 Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur
tangan luar, subversif atau koersion (coercion)
 Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
 Menolak penggunaan ketenteraan
 Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New
Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

 Brunei Darussalam
 Filipina
 Indonesia
 Kemboja
 Laos
 Malaysia
 Myanmar
 Singapura
 Thailand
 Vietnam
 Timor Leste (Bukan ahli. Taraf negara pemerhati)

Rukun-rukun yang digariskan dalam piagam ini termasuk:

 Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau.


 Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedaulatan, sikap berkecuali dan
identiti kebangsaan negara anggota ASEAN.
 Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta
penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan.
 Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan sosial
dan perdagangan berbilang hala.
 Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau.
 Pelantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN.
 Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk
diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN.
 Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti Kesatuan
Eropah)
 Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta keupayaan
mengadakan sidang kecemasan.
 Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada Hari ASEAN
pada 8 Ogos.

Pelancaran[sunting | sunting sumber]


Pada 15 Disember 2008, para wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia
untuk melancarkan Piagam yang ditandatangani pada bulan November 2007 ini, dengan
tujuan menuju ke arah "komuniti seumpama Kesatuan Eropah".[6] Piagam ini menjadikan
ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal
yang melibatkan 500 juta penduduk di rantau ini

Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:

1. "Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara


anggota".
2. "Penyelesaian pertikaian secara aman".
3. "Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara anggota".
4. "Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar".[7]

Bagaimanapun, diakui bahawa krisis kewangan global yang berlaku ketika ini menjadi
ancaman kepada matlamat-matlamat yang dibayangkan piagam ini,[8] serta mengemukakan
cadangan badan hak asasi manusia untuk dibincangkan di sidang kemuncak akan datang pada
Februari 2009. Kenyataan ini mencetuskan pertikaian kerana badan ini tidak berkuasa
mengenakan sekatan atau menghukum negara-negara yang mencabuli hak asasi rakyatnya,
maka keberkesanannya adalah terhad.[9]

Anda mungkin juga menyukai