Anda di halaman 1dari 24

JENIS-JENIS AYAT

LEZAWATI BINTI AHMAD YUSOP


PITO-BAHASA MELAYU
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2011
JENIS-JENIS AYAT

AYAT PENYATA AYAT TANYA

AYAT SERUAN AYAT PERINTAH


AYAT PENYATA
 Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan
maksud membuat satu pernyataan.

 Ayat penyata mempunyai tujuan untuk


menyatakan atau memberi keterangan tentang
sesuatu hal.

 Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat


keterangan.
Contoh Ayat Penyata

1. Nadiah seorang jurugambar.


2. Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
3. Abdullah sedang tidur.
4. Bunga ros itu harum baunya.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat 
dengan pembinaaan dan pengembangan
bahasa.
AYAT SERUAN
 Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan
nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan
suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah,
takjub, geram, sakit, dan sebagainya.

 Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan


dengan
tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama
ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak.
Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya,
ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan
sebagainya.
Contoh Ayat Seruan

1) Amboi, garangnya kakak kamu itu!

2) Wah, besarnya rumah kamu!

3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan

kamu itu!

4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!


AYAT TANYA

Ayat tanya Ayat tanya


tanpa kata dengan kata
tanya tanya

 Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk


tujuan menanyakan sesuatu hal.
Contoh Ayat Tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan


menanyakan sesuatu hal.

Contoh : 

Apa yang kamu buat di sini?

Kamu hendak pergi ke mana?


Ayat Tanya tanpa kata tanya

Ayat yang lazimnya diucapkan dengan


nada meninggi sebelum kesenyapan pada
akhir ayat.

Contoh :

1)Dia tersenyum ?

2)Adik masih menangis ?


Ayat Tanya tanpa kata tanya

Ayat yang lazimnya diakhiri dengan


partikel –kah?

Contoh :

1)Dia ke sekolahkah ?

2)Mereka berlepas pagi


tadikah ?
Ayat Tanya dengan kata tanya
 Ayat yang menggunakan kata tanya.
 Kata tanya: Apa, Siapa, Berapa, mengapa,

dan Bagaimana.

Ayat Tanya Ayat Tanya


dengan kata ganti dengan frasa
nama tanya sendi nama tanya
Ayat Tanya dengan kata tanya

Ayat Tanya Kata ganti nama tanya:


dengan kata ganti 1)Apa?
nama tanya 2)Siapa?
3)Mana?

Contoh ayat

1)Benda itu apa?


2)Gurunya siapa?
3)Adik awak mana?
Ayat Tanya dengan kata tanya
Frasa sendi nama tanya:
Ayat Tanya 1)Di mana ?
dengan frasa 2)Dari mana?
sendi nama tanya 3)Sejak bila?
4)Bagaimana?
5)Dengan Siapa

Contoh ayat

1)Tuan tinggal di mana?


2)Mereka datang dari mana?
3)Penyakit ini merebak sejak bila?
AYAT PERINTAH
 Ayat yang mengandungi unsur arahan atau
kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap
pendengar.

 Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan


satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua
seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya
digugurkan.

 Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk


menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta
AYAT PERINTAH
 Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah
dan menurun dengan nada keras pada mana-
mana perkataan yang hendak ditekankan
maksudnya bertujuan untuk mendapat respon
pendengar. 

 Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel –


lah. Dengan adanya partikel –lah, maka nada
suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk
melembutkan perintah.

 Contoh:
“Duduklah di tempat masing-masing”
AYAT PERINTAH
 Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata
khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong,
minta dan sebagainya.

Contoh Ayat Perintah:

1) Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki


peperiksaan.
2) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.
3) Silalah ke pentas utama.
4) Tolong jaga kebersihan kawasan 
rumah masing-masing”
JENIS-JENIS AYAT PERINTAH

AYAT SURUHAN AYAT LARANGAN

AYAT AYAT SILAAN


PERMINTAAN
AYAT SURUHAN
Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan
kepada pendengar.

Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri


daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh
predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan,
contoh:
“Tutup pintu itu.”

Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut:


“Awak tutup pintu itu.”

Partikel –lah turut boleh digunakan dibahagian predikat ayat


suruhan, 
contohnya:
“Tutuplah pintu itu.”
AYAT SILAAN
Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan
seseorang.

Lazimnya digunakan pada permulaan ayat.

Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.

Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas “-lah”.

Contoh ayat:

1. Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran


tersebut.

2. Jemputlah dudu kdibangku yang disediakan diruang tamu.


AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti


minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan
pertolongan.

Contoh-contoh ayat permintaan:

1)Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.


2)Minta tuan benarkan kami masuk.
3)Minta kamu semua bertenang.
4)Tolong tutup pintu depan itu.
5)Tolong selesaikan pergaduhan ini.
6)Tolong hantarkan jawapan sebelum 
hari Ahad.
AYAT PERMINTAAN
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak
membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat
dalam jenis ayat larangan. 

Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul.

*Sila jangan merokok.


*Tolong jangan bising.
*Minta jangan berludah.

Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa Melayu. 
AYAT LARANGAN
Ayat larangan ertinya ayat yang menggunakan kata larangan .

Contoh kata larangan :-

Jangan
Usah
Usahlah
Tidak usah
Janganlah

Contoh ayat larangan :-

1)Jangan duduk di sini


2)Janganlah menangis
3)Usahkau pedulikan dia.
4)Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
AYAT LARANGAN
Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :-

1)Dilarang merokok

2)Ditegah membuang sampah di kawasan ini.


PERBEZAAN
Ayat Suruhan: memberi arahan kepada orang

Ayat Larangan: melarang orang dari melakukan


sesuatu

Ayat Silaan: mempersilakan atau menjemput seseorang

Ayat Permintaan: memohon permintaan dan


pertolongan

Anda mungkin juga menyukai