Anda di halaman 1dari 45

Disediakan oleh

MD SUKRI BIN SAAD


SK KAMPONG JAWA

IA
1. Ayah membeli perabot baharu. Ia dibuat daripada
kayu jati.

2. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah


pemelajaran. Ianya dilakukan menggunakan kaedah
tinjauan.
Kata ganti nama diri ia hanya digunakan untuk manusia, bukan untuk
binatang, benda atau kata nama abstrak.
Bentuk ianya ialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri ia
tidak boleh digabungkan dengan kata ganrti nama diri nya.
1. Ayah membeli perabot baharu. Perabot itu dibuat
daripada kayu jati.
2. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah
pemelajaran dan dilakukan menggunakan kaedah
tinjauan.

KATA GANTI NAMA


DIRI TANYA
1. Nama pelajar baru itu apa?

2. Nama kucing kesayangan kamu siapa?


Perkataan apa tidak boleh digunakan untuk bertanyakan nama orang
sementara siapa tidak boleh digunakan untuk bertanyakan nama
bukan manusia
1. Nama pelajar baru itu siapa?
2. Nama kucing kesayangan kamu apa?

KATA GANTI NAMA


DIRI TANYA
1. Siapa nama pelajar baru itu ?

2. Apa nama kucing kesayangan kamu ?


Kedua-dua ayat di atas salah partikal -kah perlu hadir bersamasama dengan kata ganti ganti diri tanya dalam ayat tanya
songsang.
1. Siapakah nama pelajar baru itu ?

2. Apakah nama kucing kesayangan kamu ?

SIAPA-SIAPA
1. Apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.
2. Siapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.

3. Ambillah mana satu yang kamu suka.


Ketiga-tiga ayat di atas salah kerana kekeliruan penggunaan kata
ganti tanya diri dengan kata ganti tak tentu .
1. Apa-apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.
2. Siapa-siapa/Sesiapa yang melanggar disiplin pasti akan
dihukum.
3. Ambillah mana-mana satu yang kamu suka.

PILIHANRAYA ATAU
PILIHAN RAYA
1. Pilihanraya umum negara jiran kita baru sahaja selesai
dilangsungkan.

2. Bandaraya itu sangat pesat membangun.


Kesalahan dari segi kata majmuk yang telah ditetapkan. Dalam kata
majmuk kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali
kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur.
1. Pilihan raya umum negara jiran kita baru sahaja slesai
dilangsungkan.
2. Bandar raya itu sangat pesat membangun.

KATA MAJMUK BERCANTUM


A

ANTARABANGSA

PESURUHJAYA

BUMIPUTERA

SURUHANJAYA

BERITAHU

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA

SUKARELA

KAKITANGAN

TANDATANGAN

KERJASAMA

TANGGUNGJAWAB

MATAHARI

WARGANEGARA

OLAHRAGA

KOMPLEKS BELI-BELAH
1. Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke
pusat membeli-belah.
2. Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar
bersantai di kompleks membeli-belah pada waktu
persekolahan.
Frasa nama kompleks membeli-belah bermaksud kompleks yang
melakukan kerja membeli-belah Sedangkan maksud sebenarnya ialah
tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah Bentuk yang betul
ialah kompleks beli-belah.
Contoh-contoh lain seperti pusat cuci kereta, medan letak kereta, bilik
rehat .
1. Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke pusat beli-belah.
2. Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di
kompleks membeli-belah pada waktu persekolahan.

IALAH DAN ADALAH


1. Budak yang menangis itu adalah adik saya.
2. Warna kegemaran saya ialah biru

3. Sijil-sijil itu disediakan ialah untuk peserta yang mengambil


bahagian.
4. Pemenang anugerah itu dipilih adalah berdasarkan undian
penonton

5. Adalah disahkan bahawa Najwa binti Sabree telah


mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat
PKG Simpang Empat.

Kata pemeri ialah hanya hadir sebelum kata nama atau frasa nama
dalam ayat. Kata pemeri adalah pula akan hadir sebelum frasa adjektif
atau sendi nama. Kedua-dua kata pemeri tidak boleh digunakan pada
permulaan ayat.

IALAH DAN ADALAH

1. Budak yang menangis itu ialah adik saya.

2. Warna kegemaran saya adalah biru.


3. Sijil-sijil itu disediakan adalah untuk peserta yang mengambil
bahagian.
4. Pemenang anugerah itu dipilih berdasarkan undian penonton

5. Dengan ini / Dengan sukacita disahkan bahawa Najwa binti


Sabree telah mengambil bahagian dalam pertandingan pidato
peringkat PKG Simpang Empat.

PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA

1. Pengembala itu sedang melihat kambingnya meragut


rumput.
2. Budak lelaki itu mengembala lembu di sebuah ladang.

Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g apabila diimbuhkan


dengan awalan peN- dan meN- huruf g tersebut tidak digugurkan.
Contohnya. pengganas, penggali, menggamit dan menggulai.
1. Penggembala itu sedang melihat kambingnya meragut
rumput.
2. Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah ladang.

PELIBATAN DAN PELIHATAN


1. Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari
dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa
Tengah mendapat pujian penduduk tempatan.
2. Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar
semakin meningkat dari setahun ke setahun.

3. Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani


pembedahan selaput mata.
4. Pada pelihatan saya beliau merupakan calon yang
paling layak untuk menyandang jawatan itu.
5. Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar
semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Kedua-dua bentuk imbuhan peN- di atas adalah


betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan
secara bertukar ganti dalam ayat.
Perkatan penglibatan dan penglihatan merupakan
bentuk yang mantap dan digunakan secara meluas
manakala perkataan pelibatan dan pelihatan
dianggap betul dari segi rumus tatabahasa
walaupun jarang-jarang digunakan.

PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN


1. Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan
sebagai pengurus syarikat itu.
2. Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah
disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam.
3. Perlaksanaan program pembangunan luar bandar telah
banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.

4. Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu


telah diumumkan tengah hari tadi.

Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR-an.


Contohnya, perkataan bergaduh boleh menerima imbuhan peR-an
menjadi pergaduhan. Imbuhan meN- akan membentuk kata nama
terbitan peN-an. Oeh sebab itu , tidak wujud bentuk kata nama
perlantikan, perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan. Hal ini demikian
kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlaksana dan
berlucut.

PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN


1. Encik Muhammad telah menerima surat pelantikan
sebagai pengurus syarikat itu.
2. Peletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah
disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam.
3. Pelaksanaan program pembangunan luar bandar telah
banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.

4. Berita pelucutan jawatan pengerusi syarikat


multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

BANYAK
1. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat
menghasilkan karya yang bermutu.

2. Penulis yang banyak mempunyai pengalaman dapat


menghasilkan karya yang bermutu.
3. Penulis yang mempunyai pengalaman yang banyak
dapat menghasilkan karya yang bermutu.
Perkataan banyak tergolong dalam golongan kata bilangan tak
tentu dan kata adjektif. Oleh sebab itu, ayat (1) adalah betul kerana
kata adjektif transitif mempunyai diikuti oleh kata bilangan yang
menjadi penerang jumlah frasa nama. Begitu juga halnya dengan
ayat (2) dan ayat (3) yang tidak mendatangkan apa-apa masalah
kepada pengguna bahasa. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.

SEBUAH IMPIAN
1. Setiap warganegara seharusnya mempunyai sebuah impian
yang unggul.
2. Kita perlu bersatu padu untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmonis.

Kata abstrak seperti impian, masyarakat, pandangan, dan hujah


tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan. Bentuk yang
sepatutnya ialah kata bilangan suatu atau sesuatu ataupun tanpa
sebarang perkataan.
1. Setiap warganegara seharusnya mempunyai suatu impian
yang unggul.
2. Kita perlu bersatu padu untuk mewujudkan suatu masyarakat
yang harmonis.

SALING
1. Kita perlu saling bantu-membantu untuk kepentingan kita
sendiri.

2. Kedua-dua pihak yang bertelagah diminta saling bermaafmaafan.


Perkataan saling merujuk kepada perbuatan yang dilakukan secara
timbal balik. Oleh itu, kata kerja ganda tidak perlu digunakan lagi.
Jika hendak digandakan, perkataan saling tidak perlu digunakan.
Oleh itu ayat di atas dianggap tidak tepat dan perlu dibetulkan.

1. Kita perlu saling membantu untuk kepentingan kita sendiri.


2. Kedua-dua pihak yang bertelagah diminta bermaaf-maafan.

BERASA
1. Meng Seng merasa kecewa apabila permohonannya ke
universiti ditolak.
2. Mereka merasa kagum melihat keindahan Putrajaya.
Ayat di atas salah kerana kata kerja merasa bermaksud mengalami
rasa dengan lidah.Kata kerja yang sepatutnya ialah berasa yang
bermaksud mengalami perasaan di dalam hati.
1. Meng Seng berasa kecewa apabila permohonannya ke
universiti ditolak.
2. Mereka berasa kagum melihat keindahan Putrajaya.

MAKNA JUSTERU
1. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru
itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan
undang-undang jalan raya.
2. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru,
pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undangundang di negara ini.
Makna justeru ialah kebetulan,tepat,dan kena benar . Satu lagi
maknanya ialah malahan atau bahkan yang mendasari
pembentukan ayat di atas. Oleh sebab itu, kedua-dua ayat itu tidak
gramatis kerana yang sepatutnya digunakan ialah oleh sebab itu.
2. Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Oleh
sebab itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan
undang-undang di negara ini.

SEKALIPUN ATAU SEKALI PUN


1. Orang tua itu masih bekerja sekali pun hari sudah petang.
2. Kalau pun ada, tidak terbayar kita harganya.
3. Barang itu tetap dibeli olehnya baik murah atau pun mahal.

Penggunaan pun dalam bahasa Melayu tergolong dalam kata


penegas atau partikel. Kata penegas pun ada yang dieja rapat dan
ada yang dieja terpisah. Kata penegas pun yang dieja terpisah
daripada perkataan yang mendahuluinya, jika pun bermaksud:
a) Juga - Abang pun pergi ke sekolah.
b) Bahkan - Bercakap pun dia tidak boleh, apatah lagi berhujah.
c) Biar - Betapa sukar pun tugasan itu, Ali tetap akan
menyudahkannya.
d) Menguatkan pokok ayat Tiada seorang pun atlet yang melepasi
syarat yang ditetapkan.
e) Turutan - Selepas itu, operasi besar-besaran pun diadakan.
f) Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh memberikan
pandangan masing-masing.

Sebaliknya, pun yang dieja rapat hanya terdiri daripada 13


perkataan sahaja. Perkataan-perkataan itu ialah:
adapun

mahupun

andaipun

meskipun

bagaimanapun

sekalipun,

biarpun

sungguhpun,

kalaupun

ataupun.

kendatipun

walaupun.

lagipun

BILA DAN APABILA


1. Bila guru tiada di bilik darjah murid-murid berbuat bising.
2. Kita perlu berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.

Bila merupakan kata tanya yang berfungsi untuk menanyakan sesuatu


dalam ayat tanya atau yang membawa maksud pertanyaan dalam
ayat penyata.
Apabila pula merupakan kata hubung yang berfungsi
menghubungkaitkan ayat. Kedua-dua jenis kata ini tidak boleh
bertukar ganti penggunaannya.
1. Apabila guru tiada di bilik darjah murid-murid berbuat bising.
2. Kita perlu berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan.

KATA PENGUAT
1. Lantai itu sangat licin-licau kerana baru sahaja dicuci.
2. Suasana di pesta pantai itu amat riuh-rendah.
3. Sungguh kusut-masai rambut pemain bola sepak itu.

Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan frasa adjektifnya kerana


kata ganda yang digunakan telah memberi maksud sangat / amat /
sungguh.
Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.
1. a)
b)
2. a)
b)

Lantai itu sangat licin kerana baru sahaja dicuci.


Lantai itu licin-licau kerana baru sahaja dicuci.
Suasana di pesta pantai itu amat riuh.
Suasana di pesta pantai itu riuh-rendah.

3. a) Sungguh kusut rambut pemain bola sepak itu.


a) Kusut-masai rambut pemain bola sepak itu.

KATA PENGUAT
KP HADAPAN

KP BEBAS

KP BELAKANG

paling

amat
sangat
sungguh

sekali
nian
benar

KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN

paling
sekali
Catatan: imbuhan ter dan KPDP. Dibolehkan terkenal sekali, terkemuka
sekali kerana tidak ada bentuk kenal sekali, kemuka sekali.

DALAM DAN DI DALAM


1. Mereka mengadakan mesyuarat tersebut dalam bilik gerakan.
2. Karya itu hendaklah ditulis di dalam bahasa Melayu.

Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah
perkataan dalam akan hadir untuk menunjukkan hala atau tempat.
Misalnya, di dalam atau ke dalam.
Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang
membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau
ruang sepert perkara peristiwa, hal, dan sebagainya. Sepatutnya ayatayat di atas adalah seperti berikut.
1. Mereka mengadakan mesyuarat tersebut di dalam bilik gerakan.
2. Karya itu hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.

ATAS DAN DI ATAS


1. Buku itu diletakkan atas meja.
2. Mei Lin memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan.

Kedua-dua ayat di atas adalah salah. Penggunaan frasa sendi nama di


atas menunjukkan arah atau kedudukan. Perkataan atas membawa
pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperti perkara,
bahasa, peristiwa, bidang, dan sebagainya. Kedua-dua ayat di atas
perlu dibetulkan seperti yang berikut.
1. Buku itu diletakkan di atas meja.
2. Mei Lin memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.

ANTARA DAN DI ANTARA


1. Masalah sosial pelajar merupakan di antara perkara yang
dibincangkan.
2. Rumah Lilian terletak antara dua bangunan yang tinggi itu.

Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah.
Sebagai kata arah, antara digunakan di belakang kata sendi nama di
yang membentuk di antara yang menunjukkan tempat atau kedudukan
fizikal yang mempunyai jarak.
Sebagai kata sendi nama, antara hadir di hadapan kata nama dan
frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak
mempunyai jarakAyat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut.
1. Masalah sosial pelajar merupakan antara perkara yang
dibincangkan.
2. Rumah Lilian terletak di antara dua bangunan yang tinggi itu.

ANTARA DAN DI ANTARA

Selain itu, perkataan antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama
boleh didahului oleh ayat yang menunjukkan perbandingan seperti
ayat contoh di bawah.
3. Antara Kangar dengan Johor Bahru banyak perbezaannya.

Kata yang menjadi pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi
nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung
dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti
oleh lebih daripada dua frasa.
Penggunaan yang betul sebagai panduan adalah seperti yang berikut:
4. Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.
5. Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri
Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada minggu hadapan.

ANTARA DAN DI ANTARA


Bagi menunjukkan lingkungan tentang jarak, masa dan sebagainya,
kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama
hingga. Contohnya:
5. Pameran itu dibuka kepada orang ramai antara pukul 8.00 pagi
hingga 8.00 malam.
6. Diskaun antara 20 peratus hingga 50 peratus ditawarkan untuk
barangan elektrik di kedai itu.

KEPADA ATAU DARIPADA


1. Salmah memohon restu kepada Tuhan agar hajatnya dikabulkan.
2. Dolah meminta maaf kepada ayah atas keterlanjuran katanya.

Kedua-dua ayat di atas salah kerana kata sendi nama yang sepatutnya
dipadankan dengan kata kerja memohon atau meminta ialah daripada.
Ayat di atas sepatutnya ditulis seperti berikut:
1. Salmah memohon restu daripada Tuhan agar hajatnya dikabulkan.
2. Dolah meminta maaf daripada ayah atas keterlanjuran katanya.

SELAIN ITU
1. Merokok membahayakan kesihatan. Selain daripada itu, amalan
merokok membazirkan wang.

Antara kesalahan dalam penggunaan penanda wacana ialah


penggunaan selain daripada itu. Kata sendi nama mestilah diikuti oleh
frasa nama dan kesalahan sekiranya digunakan kata atau frasa kata
yang lain. Selain dan daripada merupakan kata sendi nama dan tidak
boleh hadir berurutan. Oleh sebab itu, ayat di atas perlu dibetulkan
seperti yang berikut:
1. Merokok membahayakan kesihatan. Selain itu, amalan merokok
membazirkan wang.

TERTARIK OLEH
1. Banyak pelancong asing tertarik dengan keindahan semula jadi di
Pulau Redang, Terengganu.
2. Pemuda luar negara itu terpikat dengan keayuan gadis Melayu.
3. Suria terpesona dengan kemerduan suara penyanyi yang terkenal
itu.
4. Serpihan kaca itu terpijak abang saya.

Perkataan tertarik, terpikat, terpesona dan terpijak dalam ayat di atas


merupakan kata kerja transitif pasif. Penggunaan kata kerja di atas
hendaklah diikuti oleh kata sendi nama oleh seperti ayat di bawah.
1. Banyak pelancong asing tertarik oleh keindahan semula jadi di
Pulau Redang, Terengganu.
2. Pemuda luar negara itu terpikat oleh keayuan gadis Melayu.
3. Suria terpesona oleh kemerduan suara penyanyi yang terkenal itu.
4. Serpihan kaca itu terpijak oleh abang saya.

MENEMUI DAN MENEMUKAN


1. Anuar telah menemui kad pengenalannya yang hilang di dalam
bilik tidur.
2. Anuar akan menemukan kawan lamanya di pusat beli-belah.

3. Kad pengenalan Anuar yang hilang telah ditemuinya di dalam bilik


tidur.

Perkataan menemui bermaksud bertemu dengan sementara


menemukan pula bermaksud berjumpa dengan sesuati yang dicari.
Ayat yang betul ialah:
1. Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam
bilik tidur.
2. Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah.
3. Kad pengenalan Anuar yang hilang telah ditemukannya di dalam
bilik tidur.

meNkan & meNi


1. Cikgu Arifin mengajar Bahasa Melayu kepada murid tahun lima.
2. Cikgu Arifin mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid tahun
lima.
3. Cikgu Arifin mengajarkan murid tahun lima Bahasa Melayu.
4. Cikgu Arifin mengajar murid tahun lima Bahasa Melayu.
5. Encik Wong menamakan anaknya John.
6. Encik Wong menamai anaknya John.

7. Makanik itu sedang membaiki kereta yang rosak itu.


8. Mekanik itu sedang membaikkan kereta yang rosak itu.
9. Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu.
10.Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.

Penggunaan membaiki, membaikkan, melupai, melupakan adalah


betul kerana sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan
meNkan dan meNI yang penggunaannya saling berganti tanpa
membezakan makna.

MEMBELI DAN MEMBELIKAN


1. Ayah berjanji membelikan kasut roda untuk adik pada hari jadinya.
2. Ibu membelikan sayur di pasar raya.
3. Ibu membeli adik ubat batuk di farmasi.
4. Encik Amirul membeli isterinya sebuah kereta baharu.

Perkataan membeli dan membelikan merupakan kata kerja transitif.


Perkataan membeli hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak
bernyawa sebagai objek tepat, manakala membelikan diikuti oleh kata
objek bernyawa sebagai tepat. Ayat yang betul ialah:
1. Ayah berjanji membeli kasut roda untuk adik pada hari jadinya.
2. Ibu membeli sayur di pasar raya.
3. Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi.
4. Encik Amirul membelikan isterinya sebuah kereta baharu.

MEMPERLEBAR ATAU MEMPERLEBARKAN


1. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan.
2. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar jalan lagi.

3. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan lagi.

Ayat-ayat di atas di atas salah kerana kata adjektif tidak boleh


menerima imbuhan apitan mempeR--kan. Selain itu, kata adjektif
yang bergabung dengan imbuhan awalan rangkap mempeRmembawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Maka, kata
adjektif berimbuhan juga tidak boleh diikuti oleh perkataan lagi.
1. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar jalan.
2. Pekerja-pekerja itu sedang melebarkan jalan.

MENCINTAI DAN MENCANGKUL


1. Oleh sebab Suraya sangat menyintai suaminya, dia sanggup
melakukan apa-apa sahaja.
2. Pak Kamal sedang menyangkul tanah di kebun sayurnya.

Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan imbuhan meN-


kata dasar yang bermula dengan huruf c akan dikekalkan hurufnya.
Contohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan mencegah. Bagi ayat
di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c digantikan dengan huruf ny
sehingga menerbitkan bentuk yang tidak tepat.
1. Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya, dia sanggup
melakukan apa-apa sahaja.
2. Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun sayurnya.

HURUF PANGKAL

P,K,T,S

Huruf pangkal bagi kata yang dimulakan dengan huruf P,K,T dan S akan
digugurkan apabila menerima awalan meN- .
SALAH

BETUL

mempastikan

memastikan

mengagumkan

mengagumkan

mentanggal

menanggal

mensuap

menyuap

KEMASUKAN DAN MEMASUKKAN


1. Hasrina memasukan data itu ke dalam komputer peribadinya.
2. Kemasukkan pelajar ke IPTA bertambah setiap bulan.

3. Abu menunjukan arah ke bangunan itu kepada pelancong asing.


4. Pertunjukkan wayang kulit mendapat sambutan hangat.

Akhiran -kan digunakan untuk mmenerbitkan kata kerja manakala


akhiran -an digunakan untuk menerbitkan kata nama.
1. Hasrina memasukkan data itu ke dalam komputer peribadinya.
2. Kemasukan pelajar ke IPTA bertambah setiap bulan.
3. Abu menunjukkan arah ke bangunan itu kepada pelancong asing.
4. Pertunjukan wayang kulit mendapat sambutan hangat.

TULIS DAN TULISKAN


1. Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada
80 patah perkataan.

Ayat di atas salah penggunaan kata kerjanya kerana tidak sepatutnya


diletakkan imbuhan akhiran -kan. Ayat sebenarnya merupakan ayat
perintah daripada transformasi ayat aktif seperti yang berikut:
a. Anda hendaklah menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan. (Ayat aktif)
b. Sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan hendaklah anda tulis. (Ayat pasif)
c. Hendaklah anda tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan. (Ayat pasif songsang)
d. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak lebih daripada 80
patah perkataan. (Ayat perintah)

AYAT PASIF
1. Buku itu dibaca oleh saya.
2. Buku itu dibaca oleh awak.
3. Kereta yang mereka naiki terbabas ketika hujan.

Ketiga-tiga ayat di atas salah dari segi struktur ayat. Ayat pasif yang
pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua
tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan di-, sementara ayat
pasif yang pelakunya terdiri daripada kata ganti ketiga perlu
menggunakan kata kerja pasif berimbuhan di-.
1. Buku itu saya baca.
2. Buku itu awak baca.
3. Kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas ketika hujan.

AYAT PASIF
4. Buku itu saya telah baca.
5. Buku itu awak perlu baca.

Ayat (4) dan ayat (5) di atas salah mengikut Hukum Aneksi Persona
yang menegaskan bahawa kata ganti nama diri pertama dan kedua
mestilah diikuti oleh kata kerja pasif, dan tidak boleh disisipkan
dengan unsur-unsur lain. Maka, ayat-ayat di atas perlu dibetulkan
seperti yang berikut:
4. Buku itu telah saya baca.
5. Buku itu perlu awak baca.

AYAT PASIF
6. Saya telah baca buku itu.
7. Awak perlu baca buku itu.

Kedua-dua ayat di atas salah dari segi strukturnya kerana tidak


mematuhi hukum ayat pasif songsang. Ayat pasif songsang yang
betul adalah seperti berikut:
6. Telah saya baca buku itu.
7. Perlu awak baca buku itu.

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai