Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN

EKSPOSITORI MENENGAH 3 HML/EKSPRES

CIRI-CIRI KARANGAN
EKSPOSITORI
1. Berdasarkan fakta dan pengetahuan am
2. Tidak perlu bahasa yang puitis atau
berbunga 3. Laras formal
4. Tidak ada plot
5. Isi perlu disokong dengan contoh-contoh yang
dihuraikan dengan bernas
CONTOH-CONTOH KARANGAN
EKSPOSITORI
1. Belia hari ini takut akan kegagalan. Bersetujukah
kamu dengan pernyataan ini? Mengapa?
2. Membeli barang secara dalam talian merupakan
cara yang terbaik untuk membeli-belah.
Bersetujukah kamu? Mengapa?
3. Pusat beli-belah di estet perumahan mendatangkan
lebih banyak mudarat daripada faedah.
Bersetujukah kamu? Mengapa?
STRUKTUR KARANGAN
EKSPOSITORI
1. Pendahuluan (1 perenggan)
(Nyatakan pendirian; pilih 1 pendirian sahaja)

2. 4 ISI (A.PeC.K) (sekurang-kurangnya 4


perenggan) *beri contoh-contoh autentik (berita,
media sosial dll.)

3. Penutup (1 perenggan)
(tekankan semula pendirian kamu dan sertakan
harapan/saranan tentang topik tersebut)
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
1. Fakta
2. Takrif/Definisi
3. Persoalan+Fakta
4. Peribahasa
5. Suasana
6. Kata-kata pujangga/Mutiara
kata 7. Statistik
CONTOH PERMULAAN
(TAKRIF/DEFINISI) SOALAN:
KEPESATAN TEKNOLOGI
MENDATANGKAN LEBIH BANYAK
MUDARAT DARIPADA MANFAAT.
BERSETUJUKAH KAMU? MENGAPA?
Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan
teknologi sebagai suatu aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis
dalam industri. Manfaat pula ditakrifkan sebagai guna
atau faedah yang diperoleh, manakala keburukan
membawa maksud kekurangan ataupun hal yang tidak
baik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan
teknologi telah mendatangkan banyak akibat buruk
kepada masyarakat dunia. Sungguhpun begitu, tidak
dapat dinafikan bahawa manfaat yang dijana teknologi
melebihi kekurangannya.
CONTOH PERMULAAN
(FAKTA)
SOALAN: MEMBELI BARANG SECARA DALAM
TALIAN MEMBAWA LEBIH BANYAK KEBURUKAN
DARIPADA MANFAAT. BERSETUJUKAH KAMU?
MENGAPA?
Membeli-belah merupakan salah satu keperluan
dalam hidup yang sering kita lakukan dalam kehidupan
seharian. Dengan kemajuan teknologi dewasa ini,
proses membeli barang kini lebih mudah dan canggih
dengan adanya wadah membeli-belah dalam talian
seperti Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi. Tidak
dinafikan bahawa membeli barang secara dalam talian di
platform-platform ini membawa banyak kebaikan. Namun,
kita juga harus akur bahawa membeli barang secara dalam
talian ada kekurangannya.
CONTOH PERMULAAN
(PERSOALAN+FAKTA) SOALAN:
MEMBELI BARANG SECARA DALAM TALIAN
MEMBAWA LEBIH BANYAK KEBURUKAN
DARIPADA MANFAAT. BERSETUJUKAH KAMU?
MENGAPA?
Pernahkah anda membayangkan kehidupan tanpa
pembelian dalam talian? Dengan adanya pelbagai kemudahan
yang disajikan oleh kepesatan teknologi dan internet, aktiviti
membeli-belah yang dahulunya hanya boleh dilakukan secara
fizikal kini boleh dilakukan tanpa perlu keluar rumah. Proses
membeli-belah kini lebih mudah dan canggih dengan
adanya wadah membeli-belah dalam talian seperti
Shopee, Lazada, Zalora, Carousell dan banyak lagi.
Tidak dinafikan bahawa membeli barang secara dalam
talian melalui wahana-wahana ini membawa banyak
kebaikan. Sungguhpun begitu, kita juga harus akur bahawa
membeli barang secara dalam talian mempunyai
kekurangannya.

Anda mungkin juga menyukai