Anda di halaman 1dari 8

Dalam unit ini, kamu akan mempelajari awalan yang membentuk kata nama.

Awalan tersebut adalah seperti yang berikut

peN peR-

Awalan peN- terdiri daripada pelbagai bentuk, iaitu

peN-

pe-

pem-

pen-

peng-/penge

Lihatlah contoh penggunaan awalan peN- yang berikut.

pe-

pem-

+ ladang
+ wangi
+ rakam
+ pukul
+ tari
+ karang
+ sangkut
+ baca
+ berita
+ besar

= peladang
= pewangi
= perakam
= pemukul
= penari
= pengarang
= penyangkut
= pembaca
= pemberita
= pembesar

pen-

+ syarah
+ damai
+ cari
peng-/penge- + halang
+ adil
+ gali
+ edar
+ cat
+ lap

= pensyarah
= pendamai
= pencari
= penghalang
= pengadil
= penggali
= pengedar
= pengecat
= pengelap

Daripada contoh ini, kamu pelajari bahawa apabila kata dasar itu dibubuhi dengan imbuhan peN-,
perkataan itu akan menjadi kata nama yang menerangkan:-

orang (contohnya : peladang, pengadil dan pengecat)


sesuatu alat (contohnya : pewangi, penyangkut dan perakam)

Awalan peR- jarang digunakan dan bilangan perkataannya terhad. Lihatlah contoh
penggunaan awalan peR- yang berikut.

per-

+ asap
+ bara
+ tapa
+ buru
+ tanda

= perasap
= perbara
= pertapa
= perburu
= pertanda

Setelah kata dasar itu diberi imbuhan peR-, perkataan itu menjadi kata nama yang
menerangkan:

alat atau tempat (contohnya : perasap dan perbara)


orang yang melalukan kerja (contohnya : pertapa dan perburu)

Latihan
Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang berikut.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

pemalu
pembantu
pencerita
penggali
pengebom
penyelidik

Anda mungkin juga menyukai