Anda di halaman 1dari 17

Penulisan Karangan Naratif

Soalan: Pada mulanya, usaha kamu untuk membetulkan sesuatu


keadaan telah mendapat tentangan. Namun, akhirnya, usaha kamu
itu berhasil. Ceritakan peristiwa tersebut. (Oct Nov 2018)
Apakah itu karangan naratif?

• Berbentuk penceritaan

• Memberikan gambaran atau menceritakan semula


sesuatu peristiwa atau pengalaman yang dialami

• Mempunyai penyelesaian dan penutup cerita


Perkara-perkara yang perlu difikirkan:

1. Menghasilkan pengenalan yang baik

2. Mempunyai plot cerita yang menarik dan mengikut struktur tertentu

3. Gaya bahasa yang menarik – menggunakan frasa-frasa berbunga dan


peribahasa

4. Mempunyai dialog yang dapat ‘menghidupkan’ cerita


PLOT Klimaks (Kemuncak Cerita)
Rakan-rakan Adam memperkenalkannya kepada

(Contoh) dadah. Mereka mendesaknya untuk mengambil dadah


jika mahu terus berkawan dengan mereka. Tempat di
mana mereka berada tiba-tiba diserbu polis. Semasa
di balai polis, Adam mendapat tahu tentang keadaan
ibunya yang tenat di hospital.

Konflik (Masalah) Pasca Klimaks


Adam mula bergaul dengan remaja-remaja nakal.
Mula menghisap rokok dan mencuri di kedai-kedai. Adam menerima berita bahawa ibunya telah
meninggal dunia. Adam tidak dapat melihat ibunya
Ibu sering tidak sihat tetapi enggan menjalani buat kali yang terakhir kerana berada di bawah
pemeriksaan kesihatan di klinik. tahanan polis.

Watak / Perwatakan Penyelesaian


Adam: seorang anak yang degil dan Adam menyesal kerana bertindak mengikut
mementingkan diri sendiri nafsu dan tidak mendengar nasihat ibunya.
Dia bertekad untuk berubah dan membina
Ibu: seorang ibu yang penyayang dan kehidupan baru sebaik sahaja di selesai
bertanggungjawab menjalani hukuman penjara.
Menghasilkan Pengenalan

• Pengenalan merupakan salah satu bahagian penting dalam karangan


naratif

• Pengenalan yang baik boleh menarik perhatian para pembaca

• Ada beberapa jenis pengenalan yang boleh dihasilkan:


1. Imbas kembali
2. Bunyi-bunyian
3. Gambaran suasana sekeliling
4. Dialog
5. Perbuatan watak
Pengenalan: Imbas Kembali

Juraian air mata mengalir dan membasahi lurah pipiku setiap kali
aku menatap gambar kami berdua. Tidak kusangka persahabatan
yang terjalin selama hampir setahun itu akan berakhir begini.
Kenangan pahit, manis, suka dan duka persahabatan kami berdua
masih segar dalam ingatanku…
Pengenalan: Bunyi-bunyian

“Boom!” Bunyi buku terjatuh di ruang tamu, mengejutkan aku


yang sedang menutup jendela di bilikku. Bunyi kuat itu
hampir-hampir membuatku terlompat kerana terlalu terkejut.
Pengenalan: Gambaran suasana sekeliling

Embun pagi masih boleh terasa. Ayam-ayam jantan sudah mula


berkokok menandakan hari sudah semakin pagi. Angin bayu meniup di
celah-celah rambutku yang kusut masai. Aku melangkah keluar dari
pondok usang itu untuk mengambil air dari perigi untuk dibuat mandi.
Menggigil tubuh badanku apabila bayu pagi terasa di tubuhku semasa aku
berjalan ke arah perigi yang terletak kira-kira sepuluh meter dari pondok
nenekku yang hampir menyembah bumi itu.
Pengenalan: Dialog

“Siapa budak itu?”

“Eh! Dia macam orang luar!”

“Pelajar-pelajar sekalian. Hari ini ada seorang pelajar pertukaran


dari Sekolah Menengah Tomoeda. Namanya Hiirugou Zeru,” kata
Encik Lim, guru menengah 4A. “Ada orang yang hendak
menolongnya menyesuaikan diri di sini?” tanya Encik Lim lagi.
Pengenalan: Perbuatan Watak

Aku sedang menunggu bas 172 yang akan ke Jalan Bahar untuk
menjalankan tugasku pada setiap hujung minggu. Akhirnya bas
sampai juga ke perhentian bas. Aku memanjat anak tangga bas dan
melabuhkan punggungku di tempar duduk yang paling belakang. Itu
tempat kegemaranku. Setelah membetulkan dudukku, aku mula
berkhayal tatkala melihat ke luar tingkap.
Latihan

Hasilkan sebuah pengenalan bagi soalan


karangan yang dibincangkan semalam.
-Rujuk perancangan kamu untuk memastikan pengenalan yang
dihasilkan sesuai bagi plot yang telah kamu rancangkan.
WATAK DAN PERWATAKAN

• mewujudkan tidak lebih dari 3 watak dalam cerita kamu


- 1 watak utama
- 2 watak sampingan

Kamu boleh:
• Ceritakan tentang hubungan antara watak
• Ceritakan bagaimana sikap dan perbuatan watak menjadi punca berlakunya
konflik
• Ceritakan reaksi dan perasaan watak terhadap kejadian yang berlaku
dalam cerita
Penulisan Klimaks

• Salah satu bahagian penting dalam karangan naratif selain


pengenalan

• Berfungsi untuk mengekalkan minat pembaca terhadap cerita

• Kemuncak cerita – mengekalkan minat melalui suspens


Contoh Klimaks

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Banyak kedai di pusat membeli belah sudah mula
ditutup. Lisa dan rakan-rakannya membuat keputusan untuk pulang memandangkan
mereka mempunyai kuliah pada keesokan harinya. Mereka pun mula melangkah keluar
dari tempat yang berhawa dingin itu. Setelah rakannya menaiki kereta, Lisa berjalan
menuju ke perhentian bas. Niat di hati adalah untuk menaiki bas pulang ke asrama. Lisa
berasa ngantuk, memandangkan sudah sehari dia bersiar-siar. Tambahan pula, dia tidur
lewat malam sebelumnya kerana perlu menyelesaikan tugasan sekolah. Tanpa sebarang
amaran, bunyi hon yang kuat menyelubungi keadaan di sekelilingnya. Dia menoleh ke
kanan dan ternampak sebuah kereta menuju dengan laju ke arahnya. Dia tidak sempat
berbuat apa-apa. Dia merasakan seolah-olah tubuhnya itu ibarat burung yang patah
sayapnya. Tubuhnya terbujur kaku di jalan raya yang gelap itu, menunggu bantuan yang
amat diperlukannya. Pada saat itu, wajah ibunya terpancar di ingatan…wajah seorang ibu
yang selama ini telah dia lukai.
Bagaimana untuk menghasilkan suspens bagi
klimaks?

• Sila rujuk slaid sebelum ini.

• Klimaks yang baik mempunyai kriteria-kriteria berikut:


1. Menggambarkan perbuatan/perasaan
2. Urutan peristiwa yang berbentuk deskriptif – gunakan frasa berbunga
3. Senario yang runcing (kemalangan, diburu polis, menanti saat menerima
keputusan peperiksaan)
Penyelesaian

• Penutup cerita
• Penyelesaian yang baik mengandungi pengajaran (sesuatu yang
dipelajari oleh watak dari peristiwa yang berlaku)
• Bahagian yang baik untuk menggunakan peribahasa
Latihan

• Buat perancangan (planning) bagi soalan naratif yang diberikan. Tuliskan


perancangan kamu di lembaran kerja yang diberikan oleh Cikgu Yati pada hari
Jumaat, 11 Mac 2022.

• Pastikan:
1. Gunakan salah satu jenis pengenalan (contoh: dialog, bunyi, imbas kembali)
2. Rancangkan plot berdasarkan struktur yang telah diajarkan (pengenalan, watak
dan perwatakan, konflik, klimaks, pasca klimaks dan penutup)
3. Selain bahagian pengenalan, bahagian-bahagian plot yang lain boleh ditulis
dengan ringkas sahaja tetapi masih perlu gunakan ayat lengkap.
4. Tidak perlu gunakan dialog, peribahasa atau frasa berbunga kerana ini
perancangan

Anda mungkin juga menyukai