Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Angin tidak dapat ditangkap, asap tidak dapat digenggam.
Maksud : Sesuatu hal yang tidak dapat dirasakan.
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.
Maksud: Orang terkenal jika ia mati dalam beberapa lama masih disebut-sebut orang
namanya.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


Ayat Aktif
1. Saya sudah menyiapkan
semua kerja sekolah.
2.Kami mesti
menumpukan perhatian
apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu
mengajarnya menulis jawi.
4. Ayah membelah kayu
api itu.
5. Mereka sedang
menganyam tikar
mengkuang itu.

Ayat Pasif
1. Semua kerja sekolah telah
saya siapkan.
2.Perhatian mesti kami
tumpukan apabila guru
mengajar.
3. Menulis jawi perlu kamu
ajar kepadanya.
4. Kayu api itu dibelah oleh
ayah.
5. Tikar mengkuang itu
sedang dianyam oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif


Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif
mempunyaobjek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak
mempunyai objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan
beta)
2. Ayat pasif diri kedua
3. Ayat pasif diri ketiga

- (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)


- (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.


a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)
Rumah itu saya bina.
b)
Kereta itu kami beli.
b)
Jambatan itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?

c) Ayat Pasif Diri Ketiga


Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat
pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri
kedua.

Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti


pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. ()
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. ()
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b) Nasi itu telah saya tanak. ()
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? ()

Anda mungkin juga menyukai