Anda di halaman 1dari 2

Ayat Aktif

1. Ayat yang mengutamakan pelaku.


2. Ayat yang kata kerjanya berawalan imbuhan –men
 Contoh: Ali membaca buku.

Pelaku Objek
Kata kerja

Ayat Pasif

1. Ayat yang mengutamakan objek kata kerja transitif daripada pelaku.


a. Contoh: Buku dibaca oleh Ali.

Objek Kata kerja Pelaku


2. Bentuk ayat pasif ialah
a. Tidak berawalan (kata kerja berawalan –men digugurkan) dan didahului dengan kata
ganti nama diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
Bola itu saya tendang.
Borang itu perlu anda isi.
b. Berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya:
Baju itu dibasuh oleh kakak.
Meja besar itu ditolak oleh mereka.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
a. Ayat pasif diri pertama , iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan dan didahului
kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita,saya dan sebagainya.
b. Ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan –men dan didahului
kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau dan sebagainya.
c. Ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan –di diikuti kata sendi
oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda dan sebagainya.

Contoh penukaran Ayat Aktif kepada Pasif

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama dan Diri Kedua.


1. Saya mencuci kasut sekolah. 1. Kasut sekolah saya cuci.
2. Aku akan memetik bunga itu. 2. Bunga itu akan aku petik.
3. Engkau patut memulangkan duitnya. 3. Duitnya patut engkau pulangkan.
4. Kamu perlu membaiki kereta itu. 4. Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga


1. Mereka mengecat bangunan. 1. Bangunan dicat oleh mereka.
2. Baginda meminta rakyat supaya 2. Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar. bersabar.
3. Beliau mengarahkan orang ramai supaya 3. Orang ramai diarahkan oleh beliau
beratur. supaya beratur.

Latihan

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Puan Mariam meletakkan periuk belanga di atas rak yang disediakan khas untuk barangan
dapur.
2. Kita mesti melafazkan ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat.
3. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir di majlis kesyukuran atas
kelahiran cucu pertama mereka.
4. Pak Kodi memajakkan tanahnya kepada syarikat itu untuk dijadikan tempat penanaman sayur-
sayuran.
5. Kita akan melaksanakan tugas menceriakan kawasan taman perumahan ini bersama-sama.

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.


2. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.
3. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.
4. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.
5. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.

Anda mungkin juga menyukai