Anda di halaman 1dari 5

KATA NAMA

1. Kata nama am digunakan untuk menamakan manusia, binatang,


tempat, tumbuh-tumbuhan atau benda.

2. Kata nama terdiri daripada kata nama dan kata nama khas.

KATA NAMA AM

1. Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu benda,


orang, binatang dan tempat secara umum.

2. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali di permulaan


ayat.

3. Jenis-jenis kata nama am terbahagi kepada:

Kata Nama Am Contoh Ayat contoh

Kata Nama Am Ayam, kucing, 1. Kak Lina bertugas


Benda Hidup lembu, sebagai guruBahasa Malaysia di
petani, polis, sekolah itu.
guru.
2. Pokok bunga mawar yang
ditanam oleh ibu berbunga lebat.

Kata Nama Am Meja, buku, 1. Mereka sekeluarga berhenti


Benda Tidak kayu, masjid, untuk bersolat di masjid kampung
Hidup sekolah, klinik itu.

2. Rizal terjaga daripada tidur


apabilacahaya matahari
menembusi tingkap biliknya.
KATA NAMA KHAS

1. Kata nama khas membawa maksud khusus kepada sesuatu


nama orang, benda, binatang atau tempat.

2. Huruf pertama untuk kata nama khas mestilah dimulakan


dengan huruf besar.

3. Kata nama khas juga terbahagi kepada kata nama khas benda
hidup dan kata nama khas benda tidak hidup.

Kata Nama Contoh Ayat contoh


Khas

Kata Nama Jamaludin, 1. Datuk Farhan merupakan


Khas Benda Ravi, Si pengerusiKelab Belia Taman
Hidup Comel, Bahagia.
Profesor
2. Kakak mengelap bulu Si
Razak
Tompoksetelah memandikannya.

Kata Nama Bank 1. Kami mengadakan ulang kaji


Khas Benda Negara, berkumpulan di Perpustakaan
Tidak Hidup Korea, Jalur Negara.
Gemilang,
2. Carine memenangi tempat
Rakan Sains
pertama dalam peraduan yang
diadakan dalam majalah Rakan
Sains.
KATA ARAH
1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan
atau hala sesuatu benda.
2. Kata arah didahului dengan kata sendi nama.
3. Contoh kata arah adalah seperti berikut:

Kata Arah Ayat Contoh

atas Adik duduk di atas riba ibu.

antara Salmi duduk di antara Noni dan Fanny di dalam kelas.

bawah Kambing peliharaan Pak Mat berlindung


di bawahrumah apabila hari hujan.

belakang Di belakang rumah itu terdapat sebatang pokok manga


yang berbuah lebat.

dalam Zaki menyimpan nombor telefon ibunya


ke dalamtelefon bimbitnya.

depan/hadapan Pengawas itu berdiri di hadapan murid-murid semasa


perhimpunan.

hilir Wartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran


suangi yang berlaku di hilir sungai itu.

hulu Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak


di hulusungai.

luar Maya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice


dariluar pagar rumah sahaja.

penjuru/sudut Almari itu diletakkan di penjuru bilik Aina.

seberang Di seberang sungai itu ada sebuah pondok yang usang.

sisi Zizan berdiri di sisi kuda yang hendak ditunggangnya.

tengah Murid-murid lelaki itu sedang bermain bola di tengah


padang.
KATA KERJA

1. Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang


dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.

2. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja
tak transitif.

KATA KERJA TRANSITIF

· Kata kerja transitif mesti disertai objek iaitu kata nama untuk
membentuk ayat yang sempurna.

· Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang


dilakukan oleh pembuat (subjek)ke atas sesuat benda (objek).

· Kata kerja transitif diikuti oleh objek atau penyambut untuk


melengkapkan maksudnya.

· Objek dalam kata kerja transitif adalah terdiri daripada frasa


nama.

Predikat

Subjek Kata kerja Transitif objek

Kamal menendang bola.

Rahim menangkap Ikan.

Kakak menjemur kain.


KATA KERJA TAK TRANSITIF

· Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan tentang
sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) ke atas
diri sendiri.

· Kata yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan


maksudnya. Contohnya:

Predikat

Subjek Kata Kerja Tak Objek


Transitif

Adik tidur di atas riba ibu.

Ravin membaca buku cerita.

· Kata kerja tak transitif boleh didapati dalam bentuk:

a) Kata asal : makan, tidur, pulang

b) Kata berimbuhan: berlarian, meraikan,


menyanyikan

c) Kata berimbuhan men- : menulis, melompat

d) Kata imbuhan ter- : terkejut, tersenyum

Anda mungkin juga menyukai