Anda di halaman 1dari 4

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil sebarang objek

atau penyambut selepas kata kerja tersebut. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua jenis.

1) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap

Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya.


Kata kerja jenis ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat ayat atau sebagai
unsur ini dalam frasa kerja kerana ia boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi untuk memberi maklumat tambahan.
Contohnya :
1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menangis.
3. Buah mangga itu sudah masa

2) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan
pelengkap yang berupaya sama ada perkataan nama, kata adjektif
atau frasa sendi nama.
Contohnya:
a. Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya :
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Mereka tidur berbantalkan lengan.
4. Rumahnya bertiangkan batang meranti.

b. Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:


1. Buah-buahan itu menjadi buruk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.
4. Ayam itu berkokok nyaring.

c. Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:


1. Mereka bermain di padang sekolah.
2. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
3. Burung itu hinggap di dahan pokok.
4. Pelajar itu melawat ke Kuala Lumpur.
LATIHAN
Isikan kata kerja yang sesuai pada tempat kosong.
Garisi pelengkap yang terdapat dalam ayat yang berikut.

1. Kucing itu bermain dengan bola merah.

2. Budak itu mengejar kucing liar yang mencuri makanannya.

3. Remaja-remaja itu sangat suka lepak di hujung jalan mati itu.

4. Kanak-kanak dilarang bermain di kawasan lombong itu kerana

sungguh bahaya.

5. Ular sawa itu telah menelan seekor anak kambing.

6. Pondok itu diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi.

7. Bayi itu menangis teresak-esak kerana terlalu lapar.

8. Ibu Kim Ho gemar membuat kek coklat dan kek keju.

9. Rombongan itu bercadang untuk melawat ke Muzium Negara.

10. Ayah Kalang bekerja sebagai pegawai polis.

Anda mungkin juga menyukai