Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI Membaca Petikan

Baca arahan dan petikan dengan teliti untuk mendapatkan idea keseluruhan

Garisi kunci soalan yang terdapat dalam arahan soalan. antara kunci soalan termasuklah nilai murni, pengajaran, amalan baik, kebaikan-kebaikan dan faedah-faedah.

Kemudian kenal pasti isi-isi atau idea-idea yang terdapat dalam petikan tersebut.

cari pernyataan isi yang terdapat dalam petikan, biasanya pernyataan isi terdiri daripada perkataan, rangkai kata atau satu ayat yang boleh membawa maksud.

Tukarkan pernyataan isi kepada niilai atau pengajaran berdasarkan kehendak soalan

Gunakan penanda wacana dan kata penegas yang sesuai untuk menghubungkaitkan ayat

CONTOH : Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti. Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.

Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan. 5 pengajaran yang diperoleh daripada petikan 1. 2. 3. 4. 5. berazam berkeyakinan tekun menghargai masa bekerjasama

Contoh Jawapan Kita hendaklah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Malah keazaman yang disertakan dengan keyakinan akan dapat memantapkan uasaha kita lagi. Kita tidak haruslah berputus asa apabila menghadapi kegagalan. sebaliknya, kita haruslah berusaha dengan tekun untuk berjaya. Selain itu, kita haruslah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti berkunjung ke perpustakaan.Kita sewajarnya mengamalkan semangat bekerjasama seperti belajar secara kumpulan akan memupuk sikap kerjsama antara satu sama lain.

l Nilai Perbuatan / aktiviti / tindakan / frasa 1 RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah /buat kerja rumah /buat jadual waktu belajar /menyiapkan kerja sekolah /buat latihan 2 TOLONG-MENOLONG MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/ mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah 3 BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersamasama/bergilir-gilir/bersepakat 4 BAIK HATI Memaafkan kesalahan /menolong orang /menghulurkan derma /belanja kawan makan /tidak berdendam 5 PEMURAH/ MURAH HATI Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan

makan/menolong/membantu/berkongsi 6 JUJUR

bercakap 7 AMANAH

benar/mengakui

kesalahan/tidak

mengambil

harta

benda

orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan 8 RELA/SANGGUP BERKORBAN Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela 9 MENGHARGAI MASA Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan 10 MENGHARGAI / MEMBALAS JASA Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit 11 PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur 12 BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang. 13 MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

14 MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton 15 MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar 16 SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah 17 TABAH/SABAR/ CEKAL Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/ dugaan/diejek/dihina/dibuli 18 PERAMAH/MUDAH MESRA Bertanya khabar/menyapa kawan 19 IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan 20 KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin 21 RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya 22 TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru Mengikut peraturan 23 SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit Ziarah kematian ucap takziah Beri makanan kepada jiran / tolong jiran 24 BERTANGGUNG JAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif 25 BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut 26 KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu 27 BERSIKAP SEDERHANA Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru 28 BIJAKSANA / BIJAK BERFIKIR /

BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir. 29 BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doktor 30

DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh 31 BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut 32 BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

Anda mungkin juga menyukai