Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN UNTUK MEMBINA PELAN STRATEGIK BERKUALITI

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD BUSTAMAN BIN HAJI ABDUL MANAF
Pensyarah Cemerlang Pengurusan pendidikan (DG54)
Jabatan Pengurusan Inovasi (kualiti)
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROSES UTAMA 1
PRA PERANCANGAN
1. Menubuh jawatankuasa pembinaan dan pelaksanaan perancangan strategik dan membuat pembahagian tugas
untuk pengumpulan maklumat
2. Pengumpulan maklumat tentang:
a. Latar belakang organisasi
b. Pencapaian organisasi yang lepas (dalam semua aspek)
c. Laporan analisis prestasi program/strategi lepas

3. Mengenalpasti mandat dan arahan-arahan terkini dari stakeholder


4. Mengatur satu sesi taklimat kepada semua staf terhadap konsep dan faedah pembinaan perancangan strategik bagi
meningkatkan tahap kesediaan dan komitmen semua anggota organisasi untuk proses membina dan melaksanakan
perancangan strategik atau perubahan baru.
FOKUSKAN LATIHAN KEPADA ASPEK MEMBINA TABIAT BERFIKIR SECARA STRATEGIK.
5. Membina plan untuk membina perancangan strategik khususnya jika bengkel pembinaan perancangan diadakan di
luar.
PROSES UTAMA 2
MENDEFINISIKAN HALATUJU ORGANISASI

1. Menyemak Mandat (Akta, Dasar Kerajaan, Pekeliling-pekeling)


2. Menyemak pernyataan Misi
3. Menyemak pernyataan Visi
4. Menyemak pernyataan Piagam Pelanggan
5. Menyemak pernyataan Moto/Slogan, Logo dan Warna organisasi
6. Membuat penambahbaikan bagi semua perkara di atas, jika perlu.

PROSES UTAMA 3
ANALISA MAKLUMAT PERSEKITARAN

1. Persekitaran Dalam Organisasi (khususnya tentang Kekuatan & kelemahan)


2. Persekitaran Luar Organisasi (PEST: Khususnya tentang peluang dan Ancaman/Cabaran)
3. Membuat analisis Jurang (gap analisis)
4. Membuat analisis stakeholders
PROSES UTAMA 4
PEMBINAAN STRATEGI UNTUK MENCAPAI MISI dan VISI

1. Mengenalpasti dan memilih Isu-Isu Strategik yang boleh dijadikan keutamaan (priority) ( apa yang kritikal untuk
capai mandat, misi dan visi)
2. Membentuk Matlamat strategik/KRA/Teras Strategik
3. Menetapkan Objektif untuk setiap matlamat yang telah ditetapkan) bersama Indikator Prestasi Utama (KPI) dan
sasarannya (3-5 tahun)
4. Menjana dan memilih strategi bagi mempastikan tercapainya setiap objektif yang telah ditetapkan
5. Membina Pelan Tindakan/Taktikal, Pelan Operasi/huraian kerja (prosedur kerja) dan Pelan Kontigensi bagi setiap
strategi yang dipilih untuk dilaksanakan.

PROSES UTAMA 5
PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK

1. Membuat perancangan strategi untuk penyampaian dan pelaksanaan Pelan Strategik secara berkesan dengan
memberi lebih perhatian kepada isu-isu berikut: Kepimpinan berkesan, Mengurus Perubahan secara strategik,
Memupuk Budaya Kerja Berpasukan, Pembinaan Iklim Kerja yang kondusif (Quality of Work Life), motivasi staf dan
Pengurusan Berasaskan Prestasi.
2. Menjalan aktiviti penyeliaan, pengauditan dan penilaian keberkesanan atau impak setiap strategi atau pelan
tindakan yang dilaksanakan secara berjadual dan sistematik berasaskan pendekatan Balanced Scorecard
3. Mengurus sistem penyimpanan rekod kepada proses/ tindakan yang dilaksanakan dengan sistematik
4. Mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan proses kerja secara berterusan.
5. Membuat mesyuarat kajian semula bagi mengkaji prestasi pelaksanaan Pelan Strategik secara sistematik dan
berjadual (sekurang-kurangnya sekali dalam setahun operasi) dan Kajian Semakan Semula (Pertengahan Penggal)
secara menyeluruh (intensif) pada tahun ketiga prestasi pelaksanaan pelan strategik.

Anda mungkin juga menyukai