Anda di halaman 1dari 6

BROSUR KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK BERASASKAN

PENDEKATAN BALANCED SCORECARD.

PENGENALAN

Pengurusan strategik menjadi sebagai satu rangka kerja yang tersusun dan sistematik.Ia perlu
diterapkan dalam set minda pada setiap ahli organisasi.Organisasi tidak dapat meramal dengan
tepat tentang masa hadapan. Walau bagaimanapun, perancangan strategik dapat dijadikan
sebagai satu alat percubaan untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-
perubahan pada persekitaran masa depan secara sistematik dan strategik. Ia akan menjadikan
organisasi bertindak secara aktif bagi menghadapi sebarang perubahan dan seterusnya pula
memimpin perubahan tersebut, bukannya sebagai pengikut dalam perubahan tersebut.
Perancangan strategik mampu menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang cemerlang,
melakukan sesuatu yang betul, dengan betul, pada orang yang betul, pada tempat yang betul,
pada masa yang betul dan dalam belanjawan yang betul.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi latihan, peserta-peserta akan:

1. Memahami kaedah untuk memahami hala tuju organisasi dan seterusnya berupaya
menterjemahkannya/berkongsi dengan semua staf
2. Menguasai kemahiran untuk menetapkan fokus pencapaian utama organisasi melalui
pembinaan bidang keberhasilan utama (KRA), objektif, KPI dan sasaran prestasi.
4. Menguasai kemahiran untuk merangka strategi dan pelan tindakan untuk
meningkatkan prestasi organisasi
5. Merangka pelan implementasi pelan strategik secara berkesan.
6. Menguasai kemahiran kepimpinan strategik dan berfikir strategik bagi memastikan
objektif 1 hingga 5 tercapai dengan cemerlang.

KANDUNGAN KURSUS

 Pengenalan kepada konsep pengurusan strategik , perancangan strategik dan sistem


pengurusan prestasi strategik bagi meningkatkan prestasi organisasi.
 Penyediaan pelan pra perancangan yang berkesan.
 Penilaian prestasi organisasi bagi memahami persekitaran organisasi yang meliputi
aspek:
1. Aspirasi atau hala tuju organisasi yang meliputi Mandat/Dasar Kerajaan, Misi, Visi
dan Nilai organisasi.
2. Analisa Persekitaran Dalaman dan Luaran Organisasi: Kekuatan dalaman dan
kelemahan dalaman. Peluang luaran dan cabaran luaran berasaskan aspek PESTAU
(politik, ekonomi, sosial, teknologi, Alam sekitar dan undang-undang)
 Mengenalpasti isu strategik dan bidang keberhasilan utama (BKU)/matlamat strategik
atau perkhidmatan teras sebagai fokus untuk mencapai keperluan dasar, misi dan visi
yang ditetapkan
 Memperjelaskan/menterjemah BKU kepada operasi melalui pembinaan:
1. Objektif jangka pendek dan panjang antara 3 hingga 5 tahun
2. Pemetaan objektif bagi mempastikan objektif sejajar (align) dengan dasar, misi dan
visi berasaskan pendekatan Balanced Scorecard. Penjajaran “alignment” di buat
supaya setiap objektif sejajar dengan hala tuju yang ditetapkan melalui penilaian
sebab-akibat dan pemetaan strategi (objektif)
3. KPI (petunjuk prestasi utama) termasuk Kamus Data KPI
4. Sasaran prestasi dan perkembangannya antara 3-5 tahun
5. Inisiatif/strategi untuk mencapai objektif tersebut.
6. Pengoperasian strategi kepada pelan tindakan dan operasi
7. Pembinaan pelan implementasi dan kawalan prestasi pelan strategik
8. Pelaksanaan pelan srategik secara berkesan
9. Penilaian dan pelaporan prestasi
8. Peranan pemimpin dan warga organisasi bagi mempastikan langkah 1 hingga 9 di
laksanakan dengan berkesan.

Tempoh masa: 2 hari

Kerangka Pelaksanaan Sesi Latihan (program)

Hari Pertama:

Modul 1

 Pengenalan kepada konsep pengurusan strategik dan perancangan strategik


 Pengenalan kepada konsep kepemimpinan strategik dan kemahiran “soft skill”
pemimpin strategik: Pemikiran Strategik
 Pendekatan penilaian prestasi organisasi Balanced Scorecard

Output:
 Peserta menguasai pengetahuan tentang perancangan strategik dan pendekatan
yang lebih mudah berasaskan kerangka Balanced Scorecard.

Modul 2

 Penyediaan pelan pra perancangan yang berkesan.


 Penilaian prestasi organisasi bagi memahami persekitaran organisasi yang meliputi
aspek:
1. Aspirasi atau hala tuju organisasi yang meliputi Mandat/Dasar Kerajaan, Misi, Visi
dan Nilai organisasi.
2. Analisa Persekitaran Dalaman dan Luaran Organisasi: Kekuatan dalaman dan
kelemahan dalaman. Peluang luaran dan cabaran luaran berasaskan aspek PESTAU
(politik, ekonomi, sosial, teknologi, Alam sekitar dan undang-undang)
3. Analisa pemegang taruh (Stakeholders)
4. Analisa ‘Scenario’masa depan
5. Analisa jurang prestasi (gap analisis)
Output:
 Pelan pra perancangan, jawatankuasa kerja, Hala tuju (dasar, misi, visi dan nilai)
dan maklumat tentang persekitaran dalaman dan luaran organisasi. Maklumat
stakeholder dan jurang prestasi.

Modul 3

 Memperjelaskan isu strategik untuk capai misi dan visi dan menterjemah
Bidang keberhasilan utama (BKU/ KRA)/Teras/ Matlamat strategik kepada operasi
melalui pembinaan:
 Objektif (min 3 tahun)
 Membuat penjajaran “alignment” supaya setiap objektif sejajar dengan hala
tuju yang ditetapkan melalui penilaian sebab-akibat dan pemetaan strategi
(objektif)
 KPI (petunjuk prestasi utama) bersama Kamus Data KPI
 Sasaran prestasi dan perkembangannya
 Penjanaan inisiatif strategik untuk mencapai objektif bersama Kamus Data
Inisiatif

Output:
BKU/KRA dan Objektif, organisasi. Peta penjajaran strategi, KPI, sasaran prestasi dan
inisiatif strategik. Pemilik KPI dan pelaksana inisiatif strategik. 2 kamus data: KPI dan
Inisiatif strategik.

Hari Kedua:

Sambung modul 3 pada hari pertama.

Modul 4
 Pengoperasian strategi kepada pelan tindakan dan çascading ke bawah
untuk di operasikan.

 Pembinaan pelan implementasi dan kawalan prestasi pelan strategik

Output:
Pelan Tindakan tahunan, pelan cascading, pelan implementasi dan kawalan prestasi

Modul 5
Peranan kepemimpinan strategik dalam formulasi dan implementasi strategi dengan
berkesan
Kemahiran berfikir strategik pengupaya kejayaan pelan strategik

Output:
Peranan pemimpin strategik dan Kemahiran berfikir strategik
Kaedah:
 Kuliah interaktif
 Penilaian kendiri berasaskan inventori.
 Gallery walk
 World Cafe
 Bengkel dan pembentangan kumpulan

Tentatif Program

Tempoh masa: 2 hari (8.30 pagi hingga 5.00 petang)

Hari Pertama:

8.30-10.30 pagi Ice breaking


Modul 1
Pengenalan kepada konsep pengurusan strategik dan perancangan
strategik
Pengenalan kepada konsep kepemimpinan strategik dan kemahiran
“soft skill” pemimpin strategik: Pemikiran Strategik
Pendekatan penilaian prestasi organisasi Balanced Scorecard

10.30-11. 00 pagi Rehat

11.00- 12.30 T/hari Modul 2


Penyediaan pelan pra perancangan yang berkesan.
Penilaian prestasi organisasi bagi memahami persekitaran organisasi
yang meliputi aspek:
1. Aspirasi atau hala tuju organisasi yang meliputi Mandat/Dasar
Kerajaan, Misi, Visi dan Nilai organisasi.

12.30- 2.15 petang Rehat

2.15- 5.00 petang


Analisa Persekitaran Dalaman dan Luaran Organisasi: Kekuatan
dalaman dan kelemahan dalaman. Peluang luaran dan cabaran luaran
berasaskan aspek PESTAU (politik, ekonomi, sosial, teknologi, Alam
sekitar dan undang-undang)
Analisa pemegang taruh (Stakeholders)
Analisa ‘Scenario’masa depan
Analisa jurang prestasi (gap analisis)
Hari Kedua

8.15- 10.00 pagi


Modul 3

 Memperjelaskan isu strategik untuk capai misi dan visi dan


menterjemah Bidang keberhasilan utama (BKU/ KRA)/Teras/
Matlamat strategik kepada operasi melalui pembinaan:
 Objektif (min 3 tahun)
 Membuat penjajaran “alignment” supaya setiap objektif sejajar
dengan hala tuju yang ditetapkan melalui penilaian sebab-akibat
dan pemetaan strategi (objektif)
 KPI (petunjuk prestasi utama) bersama Kamus Data KPI
 Sasaran prestasi dan perkembangannya
 Penjanaan inisiatif strategik untuk mencapai objektif bersama Kamus
Data Inisiatif

10.00 – 10.30 pagi Rehat

10.30-12.30 t/hari sambung modul 3

12.30- 2.15 petang Rehat

2.15 – 5.00 Modul 4


 Pengoperasian strategi kepada pelan tindakan dan çascading ke
bawah untuk di operasikan.
 Pembinaan pelan implementasi dan kawalan prestasi pelan strategik

Modul 5
Peranan kepemimpinan strategik dalam formulasi dan implementasi
strategi dengan berkesan
Kemahiran berfikir strategik pengupaya kejayaan pelan strategik
Biodata Fasilitator

Nama: Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf

Bertugas: Pensyarah Cemerlang Bidang Pengurusan Pendidikan (Gred DG 54) di Institut


Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelayakan Pendidikan:
B.A (hons) – Pengkhususan Geografi dan Pengurusan (USM)
Diploma Pendidikan ( UM)
Sarjana Sains (Pengurusan )- Pengkhususan Kepimpinan Strategik (UUM)
Melanjutkan pelajaran M.Phil & PhD dengan pengkhususan Perancangan Strategik (University
of York, England) dan kini dalam proses menyiapkan tesis (pembetulan) bersama dengan UPSI.

Pengalaman Latihan Peningkatan Kompetensi:


1. World Trade Institute, New York . USA dalam bidang strategic management skills.
2. Innotech, Manila, Filipina dalam bidang Quality Assurance in Education
3. Berkelulusan dan berdaftar (IRCA London) senagai Lead Auditor MS ISO 9000
semenjak 1997.
4. University Adelaide, Australia dalam bidang leadership and management skills
khususnya Balanced Scorecard and Performance Prism.
5. University Waikato, New Zealand dalam bidang Coaching and Mentoring Skills
for Educational Leaders.

Pengalaman Konsultasi

Lebih dari 18 tahun berpengalaman memberi konsultasi dalam bidang perancangan strategik,
pemikiran strategik, pengurusan perubahan, kemahiran kepimpinan, Benchmarking dan MS
ISO 9000 kepada perlbagai peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Kolej Universiti,
beberapa badan kerajaan lain dan agensi swasta.

Konsultasi peringkat antrabangsa: Vietnam, Laos, Indonesia dan Afghanistan.

Buku terkini:

Perancangan Strategik Sekolah, PTS Publication, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai