Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TEMUDUGA KETUA PENGAWAS SEKOLAH

SK TERIANG, KUALA KLAWANG

A MAKLUMAT DIRI PELAJAR.

1. Ceritakan tentang diri anda  

2. Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas?

3. Mengapa anda memilih jadi pengawas ini?

4. Apakah keputusan peperiksaan anda?


5. Adakah anda aktif dalam bidang kokurikulum?
6. Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah?

7. Bolehkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian?

8. Bolehkah anda hadiri program-program yang dijalankan


pada waktu cuti sekolah?

9. Adakah anda mempunyai pengalaman menjadi pengawas sebelum ini ?

10. Adakah anda pernah memegang jawatan-jawatan lain sebelum ini?

B. UJIAN KEBOLEHAN PENYELESAIAN MASALAH.

1. Apakah tindakan anda sekiranya dibuli semasa menjalankan menjalankan


tugas?

2. Anda dikehendaki bertugas mengawasi perhimpunan pagi, apakah tindakan


anda  sekiranya kawan karib anda sendiri tidak mengikuti arahan anda?

3. Seorang murid darjah 1 bergaduh dengan murid darjah 5. Siapa yang bersalah dan
perlu meminta maaf?

4. Adakah awak perlu upah, Nama, atau gelaran.

5. Kamu hendak cepat ke Makmal Komputer bagi kelas seterusnya. Kamu lihat ada
kelas Tahun 2 yang bising dan tiada guru di dalamnya. Adakah kamu perlu
mengutamakan kelas kamu demi menghormati guru atau kamu mempunyai
pilihan lain?

6. Bagaimakah tindakan kamu jika rakan anda melawan anda jika mereka ditegur
?
7. Apa patut kamu lakukan jika kamu didapati bersalah kerana tidak mejalankan
tugas ?

C. PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH

1. Sebutkan dua tugas pengawas

2. Apa makna peraturan?

3. Apa kaitanya peraturan dengan disiplin?

4. Mengapa sekolah perlu menjaga disiplin murid?

5. Boleh kamu nyatakan dua peraturan kelas?

6. Ketika dalam perhimpunan sekolah, apakah disiplin yang paling utama perlu
dijaga?

7. Jika diberi peluang, apakah peraturan sekolah yang ingin kamu tambah / buang /
perbaiki? Mengapa?

D. SAHSIAH DAN MORAL

1. Lafaz niat solat

2. Apa pendapat kamu mengenai rasuah?

3. Surah pendek / Ayat Lazim / Juz Amma

4. Kawan mengajak kamu ke Perpustakaan Awam Daerah untuk belajar, tetapi ayah
meminta tolong mencuci kereta. Apa keputusan kamu?

5. Doa Qunut

6. Sebutkan aspirasi kamu mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai